mizalisyaf
Kitorang sekeluarga jadi juga pulang ke rawang sabtu lepas.. Bertolak dari shah alam hampir jam 11 dan tiba di sana sejam kemudian.. Mak abah dah lelap pon.. Tapi seperti biasa mak akan layan budak2 ni sampai diorg tido.. Memandangkan isyraf dah puas tido dalam kereta dan si alya pula sangat teruja jumpa neneknya, diorang taknak tido.. Mama dan ayah pula layan lord of the ring.. Kol 2.30am barulah budak2 ni lelap.. Tu pon lepas bagi botol susu.. Aku dan abangku sayang tido kol 3..

Tghari semalam kitorg pulang ke gombak.. Saje melawat umah lama kitorg yang terbiar kosong.. Hmm dah tak boleh dipanggil rumah pon sebab yang tinggal hanyalah ruang depan rumah kampung terdiri daripada 2 bilik tidur dan beranda.. Bahagian lain semuanya dah roboh dan dirobohkan.. Bila tengok tinggalan rumah tu dan membayangkan keadaannya dulu semasa kami tinggal di situ, terasa rumah itu amat sempit.. Tapi itulah dia rumah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan.. Memikirkan rumah itu membuatkan hati terasa sebak..

Kami pulang ke sana tidak sia-sia.. Rambutan sedang masak ranum.. Tapi sayang pokoknya tinggi dan galah tidak cukup panjang.. Kami juga sempat melawat sepupu aku yang patah tangan dan kaki akibat kemalangan.. Kemudian menziarah mak long pula..

Perut dah berkeroncong sebab kami belum makan tengahari lagi.. Mak mencadangkan kami makan di taman melati.. Aku ok saje.. Sedang kami menunggu nasi ayam berempah, terdengar bunyi dentuman agak kuat.. Sebuah kereta perdana hitam melanggar viva hitam yang diletakkan di bahu jalan.. Viva itu pula menghentam exora yang diletakkan di hadapannya.. Manakala exora itu melanggar viva putih di hadapannya.. Semua gara2 pemandu perdana hitam itu terlelap ketika memandu.. 4 buah kereta terlibat.. Yang paling teruk pastinya perdana dan viva hitam itu.. Exora kelihatannya ok saja, mungkin kemik sedikit.. Viva putih itu pula jatuh bumpernya dan kemik di bahagian kiri..

Sehingga kami sudah habis makan, barulah selesai perbincangan antara pemandu itu.. Yang pasti pemandu perdana itu salah.. Tapi pemilik kereta lain juga salah kerana meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.. Jalan itu sempit.. Kereta yang diletakkan di bahu jalan atau sebenarnya boleh dikatakan di atas jalan raya pun merupakan tindakan tidak wajar.. Hmm apa nak buat, benda nak jadi.. Kadang2 kita tak salah pon boleh kena langgar juga..

Selesai makan, kami menuju ke tesco rawang.. Tujuan utama beli susu budak2 ni.. Mujur tengah sale harga murah.. Beli beberapa barang keperluan yang lain sebelum pulang ke tasik puteri.. Jam 9.30, kami bergerak pulang ke shah alam.. Orang lain sibuk membuat persiapan persekolahan, mujurlah masa kami belum tiba..
mizalisyaf
cepatnya masa berlalu.. Dah weekend pon.. If aku masih bekerja di syarikat itu, dah tentu malam tadi aku pulang lewat.. Ntah2 tak balik langsung sebab semalam adalah last day untuk buat posting dalam sistem lama.. Ooo lupakan pasal pengalaman pahit itu.. I am happy now sitting on a couch, watching tv while kids playing on their own..

Arini abangku sayang keje.. Stock count for 3rd quarter.. Hmm dah keje bidang akaun itu laa kejenya.. Closing, stock count, accruals, audit.. Tu belum campur daily operation..

Meh cite pasal menu yang kami nikmati.. Semalam aku masak daging masak kicap.. Arini ayam masak merah plak.. Perasan tak menu yang aku masak jarang guna santan melainkan nasi lemak.. Teringin juga masak menu baru tapi kebanyakannya time consuming dan leceh.. Tgh aku sibuk masak kang, budak2 usik itu ini.. Ohh tidak.. Biar menu simple janji perut kenyang..

Malam ni cadangnya nak balik rawang.. Tapi tak confirm lagi.. 2-3 hari ni abang tak sihat.. Demam, sakit kepala, sakit pinggang.. Tgk ptg kang camne.. Kalo ok, plan berjalan seperti yang dirancang.. Kalo tak, dok umah jer laa jawabnya.. Huhu
mizalisyaf
rajin plak aku update blog hari ni? Itu tandanya hati senang.. Haha..

For dinner, aku masak sup ayam + kentang.. Telur dadar.. tak masak sayur mlm ni sbb aku sorang je pon yang makan sayur.. Sebenarnya sup ayam ni permintaan abangku sayang.. Dia sakit tekak, so saje laa nak makan sesuatu yang boleh melegakan.. Aku turutkan aje sebab semua bahan ada.. Guna rempah ratus original ok.. Tak guna sup bunjut kali ni sebab dah expired.. Nampak sangat jarang masak.. Hehe..

Jadi surirumah ni kerjanya asyik masak dan basuh pinggan.. Tabah juga laa.. Slowly adapting to new life.. Jiran2 aku ni pon sure pelik apsal laa minah ni suka guna lesung batu.. Tiap kali nak masak sambal, mesti berbunyi lesung batu tu.. Eh bukan takat sambal.. Nasi goreng, sup dan apa2 masakan yang memerlukan bawang yang dikisar laa..

Aku memang tak buat stock bawang yang siap dikisar.. Sebabnya dulu aku jarang masak.. Skang ni dok umah, menganggur, takde pendapatan sendiri maka kena laa selalu masak.. Kalo asyik tapau makanan je, lagi cepat laa duit simpanan aku susut.. Huhu.. Risau jugak sebenarnya bila pikir pasal duit ni.. tapi aku yakin, akan tiba masanya hidup kami akan berubah.. InsyaAllah..

mizalisyaf
setelah berapa lama tak makan, arini aku dapat makan lauk kegemaran iaitu sambal sardin.. Yes, simple sgt dengarnya kan? Tapi dah berapa kali aku amik lauk sambal sardin yg org jual, semuanya tak kena dengan selera aku.. Kebanyakannya rasa hanyir.. Hari ni aku masak sendiri ikut citarasa aku..

Seronok betul melantak 2 pinggan nasi.. Budak2 tak makan pedas.. So diorg just makan nasi lauk telur dadar, sup sayur n kicap manis.. Aku sorang laa yg abiskan sambal sardin tu.. Tapi beli cap ayam brand tin kecik je pon.. Seketul je ikannya.. Kalo dulu, selalu gak dapat 2-3 ketul ikan yg kecik.. Lauk ni tak perlu tinggalkan untuk abangku sayang sebab dia tak gemar sardin.. Totally opposite!

Nanti nak try masak satu lagi lauk kegemaran aku iaitu sambal tempoyak udang.. Tu pon abang tak makan.. Tapi ni ntah bile nak tanya resipi kat mak.. Susah2 sangat, mintak mak masakkan jer laa.. Hehe..

**Tadi dapat sms dari akak proton.. Dia kata berita aku berenti keje dah tersebar luas.. Takpe laa, mulut tempayan boleh ditutup.. Mulut manusia ni boleh ke nak dijahit? Pastinya group lama aku gembira gila dengar berita ni! Tapi bak kata abang, diorang kecoh2 pon diorang tetap kena buat keje poning kepala.. Aku ni dengan happy nya boleh lepak2 golek2 kat umah.. Kan?
mizalisyaf
it's boxing day today n tomorrow.. Kalo kat uk ni, dah tentu kitorang gi shopping sakan.. Emm aku tak sakan sgt kot.. Tp aku kan suka window shopping.. Masih teringat lg kitorg shopping handbag MNG.. Ya Allah, tuhan je yg tahu seronoknya beli barang harga diskaun ni..

Semalam sempena cuti krismas, kitorang gi Setia City Mall.. A very nice place for shopaholic.. Berbagai jenama fesyen terkenal ada.. H&M, Uniqlo, Zara, Nichii, Clark dan macam2 lagi.. Parkson pon ada.. Aku beli apa? None! Haha.. Just makan KFC, lepak kat playground tepi taman tasik dan menyaksikan air pancut.. Abang laa ada beli few things kat farmasi.. Tu je.. At least kitorang dah jejakkan kaki ke tempat yang baru dibuka 6 bulan..

Isnin, kitorang gi Sunway Pyramid.. Abang nak repair dan upgrade laptop.. Quite ok gak laa harga yang dikenakan untuk increase RAM, hard disk, install latest OS and antivirus.. Ni yang membuatkan aku pon nak beli new laptop ni.. Huhu.. My Toshiba laptop yg beli 8 tahun dulu dah outdated laa.. Waaaa

Hmm ahad lepas, kitorang plan ke Desa Water Park.. Aku bangun awal masak nasi lemak untuk breakfast.. Lepas sarapan, off we go to Taman Desa.. Mak aih, parking penuh giler! Tak jadi masuk.. Aku ajak abang gi midvalley megamall.. Pusing punya pusing, tak jumpa parking entrance.. Terlajak masuk highway balik.. So proceed ke Sogo plak.. Lama gak beratur nak masuk parking.. Just beli few things..

Hajat nak mandi manda belum tertunai.. Google tempat mandi manda area kl, terjumpa laa pasal warisan rimba di kemensah.. Blakang zoo negara.. Sampai sana, parking penuh gak.. Hampa betul.. Nak gi sunway lagoon, mahal sgt.. Nak gi i city, pon mahal gak dan tak berbaloi untuk gi setakat sejam dua.. At last kitorang gi wetworld shah alam.. Punya laa jauh gi pusing sana sini, kat shah alam jugak laa dapat main air..

Alya n isyraf laa paling seronok.. Sampai arini alya asyik cerita pasal mandi ombak.. Menggigil tepi kolam laa.. Hmm, layankan jer laa budak2 ni sementara boleh.. Kalo aku dah dapat keje baru nanti belum tentu dapat luangkan masa camni.. Enjoying every moment of being jobless..


kids at playground
mizalisyaf
Setelah hampir sebulan menganggur, aku menjadi fobia untuk apply keje baru di jobstreet.. Kalo dulu setiap hari pasti ada jawatan yang dipohon, sekarang ni aku amat selective.. Bila baca job descriptions, mula laa terbayang kerja yg melambak sampai terpaksa stay back.. Ohh kenapa jadi camni?

Jobstreet ni pon pelik.. Dlm byk2 keje yg aku apply, semua status "received".. Company tu tak tgk langsung ke resume aku.. 2 application unsuccessful.. Yg lg pelik, company yg reject aku tu boleh iklankan vacancy yg sama setelah tamat tempoh iklan tu.. Dalam beratus orang yg apply, takde sorang pon layak? Something fishy kan?

Tapi hari ni hati aku terubat skit bila resume aku di"view" 2 times.. Company di Glenmarie.. Walopon kerja yg ditawarkan tu bertaraf contract 6 months to 1 year only, aku rasa ok laa.. Kalo dapat, aku boleh menambahkan pengalaman kerja.. Lagipon mana tahu aku dapat kerja lain yang lebih elok, takde laa susah sgt nak resign.. Takyah notis sampai 2-3 bulan.. Tgk laa ada rezeki ke tak..

Bila borak dengan abangku sayang, dia nasihatkan aku apply company kecik2 je dulu.. Yang boleh tawarkan gaji 2k pon ok laa untuk menampung beban personal loan dan untuk perkara penting yg lain.. Yer aku cuba carik kerja yang sesuai.. Tapi skang ni byk company yg nak pekerja yg fasih berbahasa cina.. Kat company yg aku keje sebulan tu, ada sorang minah melayu (bertudung lagi) yang pandai berbahasa cina.. Kagumnya!

Ni nak breakfast.. Lambat makan, perut ni mula la mencucuk2..
mizalisyaf
Rasa amat bertuah kerana dapat bekerja dan menetap di shah alam.. Segalanya ada di sini..

Masa mula2 keje proton, memang fail bab jalan2 dan seksyen2 di shah alam.. Aku pernah stuck dlm jam, sampai ke rawang mengambil masa 2 jam.. Bila berkawan dgn abangku sayang, mula laa belajar jalan short cut, jalan alternatif dan cuba jalan baru..

Since aku tak bekerja ni, abang selalu layankan kitorang yg kebosanan dok umah.. Bawak pusing2 area shah alam.. Mana taknya, dok umah tak keluar2 ni boleh jadi buntu.. Aku tak suka tgk tv.. Mujurlah ada tab ni untuk aku browse internet.. Budak2 yg kecik tu pon suka buat perangai bila di rumah.. Nampak jer ayah balik, sibuk nak ajak keluar.. Yerlaa, diorg kan dah biasa main2 kat taska, ada byk aktiviti, ada ramai kawan..

Bila bosan je, ajak abang gi giant, tesco, carrefour yg merata di shah alam.. Sbb tempat tu berbumbung.. Skang musim hujan, tak sesuai gi taman.. Lagipon pasaraya ada playland untuk budak2.. At least diorg leh main permainan yg masukkan duit syiling tu.. Lagi satu, skang ni abang ada new addiction.. Suka dok kat kerusi urut yg ada kat pasaraya, RM1 for 3 minutes.. Ok laa kan..

Skang ni ada fun fair kat parking stadium melawati tau.. Kitorg sempat laa naik ferris wheel dan budak2 pon dapat laa naik keretapi kecik tu.. 1 token berharga RM2.. Pastu ada selangor agrofest yg menjual pelbagai hasil tanaman dan ternakan dari sekitar selangor.. Tak sure bila start dan bila plak abisnya program tu.. Untuk cuci mata tu memang sesuai sangatlah

Ntah berapa lama aku akan jadi fulltime housewife ni agaknya.. Just wait n see
mizalisyaf
Terima kasih kepada kawan2 yang prihatin dgn nasib aku yg jobless ni..

Thanks fina sbb sudi nak submitkan resume aku ke company ko keje skang.. Memandangkn company tu ada byk cawangan all over the world, aku risau plak kena outstation or working hour yg xnormal.. Let me think deeply, kalo betul aku bersedia utk tu, aku pass resume yer!

Thanks juga utk hafidz.. Walopon ko ignore msg aku kat fb sbb ko ingat aku main2, at last ko tau gak cerita yg sebenar.. Kalo ada rezeki, kita leh keje company yg sama lg.. Ingat tak masa kat lancaster dulu, ko ckp kita akan sama2 keje di proton.. Then lepas 3 thn, ko tinggalkan aku..

To zara, thanks sbb sudi jadi pendengar setia keluh kesah aku.. Ada masa kita jumpa ek!

Paling penting, terima kasih kepada abangku sayang.. Sepanjang sebulan keje di kl, abang kena jemput budak2 dr taska, bg diorg mkn, hantar n jemput midah kat stesen komuter even jemput midah di klcc pagi2 buta.. Terima kasih atas sokongan dan dorongan sayang selama ni.. Kita sempat merasa hasil titik peluh di syarikat itu untuk tempoh 26 hari saja..

Maaf kepada keluarga aku terutamanya abah kerana menghampakan perasaan kalian.. Aku tau kalian amat bangga pabila midah dpt kerja di bangunan berkembar yg gah itu.. Ketahuilah, rezeki ada di mana2.. Kalopon bukan untuk aku, insyaaAllah rezeki anak2 itu ada.. Terima kasih kerana memahami..
mizalisyaf
rasa pelik dan janggal bila status aku berubah dari ibu bekerjaya kepada surirumah sepenuh masa.. Hidup aku berubah 100%.. Aku tau segala yg berlaku ada hikmahnya.. Genap 2 minggu aku meninggalkan syarikat itu.. Sayang memang sayang.. Menyesal? Tak mungkin..

Sepanjang 2 minggu ini apa yg aku lakukan? Khamis, 29 nov aku tido sepanjang hari.. Qada tido gara2 tak tido sbb nak siapkan board paper for budget 2013 & 5 yrs plan.. Huhu.. 30hb, masih berehat tenangkan fikiran.. Masih berkira2 nak resign atau tidak.. Mlm tu kitorg satu family gi makan pizza sempena menyambut bday Alya ke 3..

Sabtu, abang ot.. So lepak je kat umah.. Ahad, kitorg gi taman botani negara aka bukit cerakah.. Sejam tunggu shuttle bus nak masuk taman tu, tak jugak dpt naik sbb ramai gile org.. Cuti sekolah kan.. Dah bas tu hanya sebuah, setiap setengah jam.. Tak masuk akal! End up kitorg blah je.. Rugi RM16.. Aku janji nak jumpa mak abah, angah n kak farida kat sana.. tukar plan, jumpa kat akuarium tepi wetworld shah alam

Nasib tak menyebelahi kitorg.. Akuarium tu tutup laa plak sbb nak berpindah ke ape ntah.. Dah laa ujan.. So kitorg gerak ke aeon bukit tinggi.. Nak mkn kat pizza hut, full house laa plak.. Kitorg gi pizza hut kota kemuning.. Eh kenapa asyik mkn pizza je? Actually aku n abang ada redeem maybank treatpoints untuk voucher kfc/pizza hut.. Masa bday alya tu, system diorg rosak, xleh guna voucher.. Kena bayar cash.. That's why nak jugak mkn pizza lg on sunday..

Mlm tu aku n budak2 follow diorg blk rawang.. Sbbnya isnin kitorg nak gi bukit merah laketown resort.. Abangku sayang tinggal umah sbb keje, tak cuti.. Kitorg stay kat suria service apartment.. Ada 2 bilik.. 1 bilik utk angah laki bini, 1 bilik untuk mak n alya.. Aku n isyraf tido atas sofa bed di ruang tamu.. Selesa gak laa n breakfast pon ok.. Mlm tu kitorg gi ikut pakej night hoot.. Gi naik feri tgh mlm then melawat ecopark iaitu mini zoo.. Gile gelap, nampak binatang bila diorg suluh je.. Tp dpt tgk diorg bg mkn buaya..


Selasa, kitorg gi pulau org utan plak.. Pusat pemuliharaan org hutan.. Mana anak org utan yg lahir xcukup bulan, ibunya mati or sakit akan diambil dan dijaga kat nursery.. Then gi ecopark lg.. Kitorg sempat naik skycycle yg mana kena kayuh sendiri guna tangan.. Lenguh jugak laa..





Rabu, kitorg mandi manda di bukit merah water park.. Org tak ramai sbb weekdays.. Puas main air, kitorg pon pulang ke rawang.. Sampai umah kol 9pm.. Khamis, kitorg lepak je.. Mlm tu abangku sayang jemput kitorg pulang ke shah alam.. Hilang bebanan masalah kerja di minda aku..
mizalisyaf
kusangka penghijrahan membawa nasib yg lebih baik.. Ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.. Tak pasti betul atau tidak peribahasa itu.. Maksudnya, tempat baru pon bermasalah juga.. Ntah laa.. Mana2 pon sama je.. Kalo dah nama mkn gaji, kena laa hadapi karenah org.. Unless aku bukak bisnes sendiri.. Aku laa bos, aku gak kuli..

Minggu pertama, ok laa.. Org lama ada untuk mengajar aku.. Start minggu kedua, makin terasa bahang kesibukan kerja.. Dahlaa pc slow giler.. SAP pon masih guna version lama.. Baru nak migrate to ECC6.. Minggu ke3, aku gi training di bangi.. Bos contact suruh siapkan report.. Without laptop provided, aku buat keje kat umah guna laptop abangku sayang.. What a company!

Hujung minggu ke 3, aku kena dtg weekend to finish board paper.. dahlaa keje weekend, balik kol 4am.. Normal day, aku blk around 9 pm.. Lambat tu.. Semua disebabkan kekurangan staff.. Is it? Dari bulan july during interview aku dgr cerita yg diorg tgh cari new staff... Takkan sampai november tak dpt at least one new staff?

Minggu ke4, kesabaran aku tergugat.. Aku xblk rumah untuk siapkan keje.. Dahlaa on my birthday.. I just went home at 7pm, the next day.. Giler ke apa? Hp aku kiok sampai abang xdpt contact aku.. Risau n bengang giler dia.. Abang suruh aku blah, tinggalkan unfinished report mcm tu je.. Tp aku plak rasa serba salah.. Aku siapkan juga report itu..

Blk rumah, tgk ada birthday kek dlm fridge.. Sayu hati aku.. Diorg nak celebrate bday aku tp aku dok ofis sepanjang hari.. Dah laa weeked pon takde masa bersama family.. Sampaikan alya bertanya kat aku masa tgh bersiap gi ofis "mama, kita nak gi jalan ke? Kakak nak gi jalan.." meleleh air mata aku ni.. Siapa yg ada anak pasti tau mcm mana perasaan aku time tu..

Ni aku dah 2 hari tak gi ofis.. Tenangkan fikiran.. Aku inform bos yg aku nak antar surat resign.. My bos suruh consider n promise that will never happen again.. Tp aku tak yakin dgn janji manisnya itu.. Dlm tmpoh sebulan ni mana mungkin dpt org baru.. Dah nak year end ni.. Aku tak larat nak handle so much burden.. thn ini, schedule semakin tight, deadline semakin awal berbanding thn2 lepas.. So bos boleh janji blk awal ke? Think before u promise laa..

Yer org bole kata, dah dpt keje company elok pastu nak berenti plak.. Cuba pikir balik.. Gaji n benefit yg dia bagi tu boleh compensate masa bersama keluarga yg hilang tu ker? Kalo aku sakit sbb tak cukup rehat n tido, makan tak tentu masa macam mana plak? Kita keje cari duit untuk apa?
mizalisyaf
Officially aku sudah bergelar ex-proton dan kini bekerja di company lain di KLCC.. dah 4 hari bekerja di sini.. so far so good..

kat company baru ni cuma ada lebih kurang 100 org pekerja sahaja.. staff finance proton pon lebih ramai.. disebabkan staff yg sikit, org kat sini sangat bonding.. kenal each other.. selalu buat makan2, lunch beramai2 sampai 20 orang..

lagi satu, kebanyakan staff kat sini muda belia.. finance staff semuanya blom kawin except aku, new AP exec dan mamat yg dah resign tu.. product costing pon blom kawin.. orang group consol je dah kawin.. disebabkan diorg bujang, slalu laa gi karaoke, main bowling, paintball.. tu memang aku takleh nak masuk laa..

so far paling awal aku balik adalah kol 6.20pm.. huhu.. takpe2.. slowly adapt to this situation.. tp i think proton account is more complicated i guess..
mizalisyaf
Sempena hari-hari terakhir aku di Proton, aku dan zara telah gi lunch.. hanya berdua.. restoran pilihan adalah Yusram Thai Cuisine di Sek 20, Shah Alam..

Setibanya kami di situ, takde orang pon.. lengang.. disebabkan kitorg order in advance, lauk-pauk dah siap dimasak..


Sepanjang makan, kami diiringi oleh alunan piano/keyboard yang dimainkan sendiri orang kedai tu.. restoran ini seperti kami yang punya.. best!

Tapi yang lawaknya, cuba tgk resit di bawah.. do you notice anything?


Adakah kami makan benda yang haram? Babi kailan? bior benor! Salah ejaan.. sepatutnya Baby Kailan.. huhu.. it really made my day laa..

Next time kita boleh lunch together lagi ek.. kat KLCC maybe? hehe
mizalisyaf
Rumah baru kami dah siap.. dah ada nama jalan.. tunggu nak dapat kunci je.. menurut perjanjian yg ditandatangani, kena dapat kunci by 7 January 2013.. 2 bulan je lagi..

semalam kitorg sempat menengok2 dalam rumah yang dah siap dibina tu.. tak sabar nak dok umah sendiri setelah menyewa 4 tahun sejak kawin.. apa2 pon, aku dah ada rumah sendiri sebelum usia 30 tahun..

mari tgk gambar rumah baru kami..

hall from outside

Master bedroom

bathroom dalam master bedroom

2nd bathroom

kitchen.. tak sabar nak pilih kitchen cabinet

2nd bedroom

bilik paling kecik

belakang rumah

Taman Bahagia

Biarpon kecil, ini adalah rumah pertama kebanggaan kami.. Alhamdulillah..
4
mizalisyaf
Nombor 4.. Bukanlah antara nombor yang aku gemari.. Mungkin nombor ini takde dalam tarikh lahir aku..

Tapi kali ini nombor 4 membawa makna yg amat besar dalam hidup aku.. Genap sudah 4 thn usia perkahwinan aku dan abangku sayang.. Bahagianya rasa.. Detik 12 tgh mlm, aku hanya sempat memberi ciuman kerana abangku sayang sudah lelap.. Yer, kami bukanlah jenis yang berjaga sampai tgh malam semata2 untuk memotong kek..

Aku takde hadiah untuk abang.. Masih terfikir-fikir benda yang sesuai.. Takpe laa, tak semestinya kena bagi pada tarikh anniversary kan? Tapi kami berjaya meluangkan masa yang berkualiti bersama.. Hanya berdua..

Masa kitorg kat pasaraya, abang bertanya "mana gelang kaki sayang? Tak pakai ke?" aku jawab "midah mana ada gelang kaki?" abangku sayang terus mengajak masuk ke kedai emas.. I'm speechless..

Hadiah special for our anniversary.. Thank you sayang.. Love u so much..

mizalisyaf
Yeay.. Tercapai impian nak jejakkan kaki ke bangunan baru GM Klang.. Gi sana lepas zohor.. Dari segi layout, aku prefer kenanga wholesale, lebih tersusun.. Tp kat gm klang ni lebih variety.. Ada baju, beg, kasut, toys, home deco, accessories dam mcm2 lg..

First floor adalah utk kedai makan.. Tp xbyk lg yg bukak.. Within few months penuh laa tu.. Hasil rembatan di sana adalah sehelai blouse rm 25, toys for kids dan small pouch for abangku sayang.. Kan aku ckp, aku bukan kaki shopping..

Actually aku nak carik something sebagai buah tangan kpd org ofis sempena my last day at proton.. Tapi takde yg berkenan.. So kitorg gi plak ke mydin usj.. Ada benda yg berkenan tp 2 pilihan warna je.. Tak best.. End up beli groceries je kat situ.. Oh ye, mydin usj tgh renovate tgkt bawah tu.. Bising giler..

Next, gi mkn nasi ayam Pak Mal.. Isyraf dah tido, keletihan.. Alya tanak mkn.. Asyik minum air barli je.. Ok laa dr tak mkn apa2.. Org lain sibuk tgk bola Kelantan vs ATM.. Kitorg tak layan.. Bosan dgn fanatik ni.. Org lain yg dok tgh padang, penyokong plak yg gaduh2.. Mmg Allah dah tentukan jodoh yg terbaik buat kita kan.. Kalo laa dgn ex bf dulu, maybe gaduh psl bola sbb dia for sure sokong team pantai timur.. Aku plak anak jati Selangor.. Huhu
mizalisyaf
It’s shopping time.. minggu lepas, kitorg gi ke Kenanga Wholesale City terletak di area Pudu.. bangunan warna putih ada 10 tingkat yg penuh dgn kedai jual baju dan beg.. syurga membeli belah bagi pemborong.. kalo beli banyak, harga lebih murah.. tapi kalo beli 1 pon quite murah gak..

map copy n paste from KWC website

aku beli sehelai blouse berharga RM29.. abah dapat baju kemeja RM25.. budak2 ni dapat baju harga RM8 dan RM10 sepasang.. kalo ikutkan nafsu dan banyak duit, banyak je benda aku nak beli.. jubah lawa2 berharga RM50 je.. baju punyalah banyak pilihan.. baju kurung warna-warni.. next time boleh gi lagi.. naik lrt pon ok, turun kat stesen Hang Tuah..

pic copy n paste from internet

nanti nak gi ke Plaza GM Klang plak.. September lepas, GM klang dah dibuka di bangunan baru.. bertingkat2 juga.. nanti dah gi sana, aku cerita lagi.. aku suka gi tempat shopping baru.. tapi bukan untuk shopping sgt.. lebih kepada cuci mata.. bila cite kat org yg aku akan keje kat KLCC, ada yg kata “best laa.. time rehat je boleh shopping”.. ye ke? aku tak rasa aku mampu untuk shopping kat tempat mewah camtu.. duit aku tak banyak untuk dibazirkan beli benda2 mahal.. orang lain ye laa kot..

sejak kat KMYS dulu pon, aku prefer outing ke Midvalley compared to KLCC.. Midvalley ada Jusco.. Carrefour kat tingkat bawah skali.. KLCC ada apa? Isetan? Cold Storage? Yg aku suka sbb ada RotiBoy n kolam air pancut je.. haha..

abang kata bila dah jadi part of orang KL, sedikit sebanyak aku akan berubah.. harap2nya berubah ke arah yang lebih baik.. takpe laa.. we’ll see..
mizalisyaf
Everytime balik Rawang, kitorg tak stay kat umah.. for sure akan gi jalan2.. I told u before, aku ni kaki jalan.. terima kasih laa kepada abangku sayang yang sudi drive ke sana sini untuk puaskan hati minah ni.. Last week kitorg ke Menara KL plak..

1st time aku gi sana masa mula2 Menara KL dibuka kepada pengunjung.. that time kitorg takde kereta.. dengan mak, Cik Yah (jiran kitorg kat Gombak) dan adik beradik aku naik bas je.. kitorg tak tau bas nombor berapa gi ke Bukit Nanas tu, so kitorg berjalan kaki dari Jalan Masjid India.. bayangkan waktu tghari panas terik, kitorg ramai2 jalan demi nak tgk bangunan yang gah paling tinggi di dunia waktu tu..

Sampai sana, ramai gila orang.. kena beratur panjang nak naik lift tu.. disebabkan dehydration, aku hampir pengsan.. luckily cepat beli air.. korang tak tau setinggi mana semangat kitorg untuk berjalan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ni.. aku akui cemburu dengan orang lain yang ayahnya ada kereta.. tapi takde kereta sendiri bukan halangan.. bas kan ada.. kitorg pernah naik bas ekspres gi Kelantan ikut Cik Yah balik kampung.. pernah naik bas rombongan gi Padang Besar, Wang Kelian, Terengganu..

bila angah dah start keje, barulah merasa jenjalan naik kereta.. langkah kitorg makin jauh.. boleh dikatakan setiap kali cuti panjang kitorg gi melawat tempat baru.. Semua negeri di semenanjung Malaysia sudah aku kunjungi.. Di bumi Sarawak, baru menjejakkan kaki di Kuching thn lepas ketika sarat mengandung 33 minggu.. tinggal Sabah saja lagi belum sampai..


eh aku nak cerita pasal Menara KL la.. harga tiket untuk ke pelantar pemandangan tu berharga RM39 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak2 dan senior citizen.. kali ni gi dengan mak abah aku.. budak2 ni memang tak paham apa laa.. yg dia berkenan cumalah souvenir comel2 kat situ.. abangku sayang je yang seronok menikmati pemandangan menggunakan teropong.. abah plak sibuk nak cari di mana kawasan Gombak..


lepas puas tawaf berapa kali ntah kat pelantar pemandangan tu, kitorg pon turun.. harga tiket tu pakej dengan 1 tarikan lain yg kita boleh pilih.. animal zone, menunggang kuda or XD theatre.. kitorg pilih gi animal zone.. alya sibuk nak tgk kuda, bila dah dekat takut plak..
mizalisyaf
Hari ni nak cerita apa yer? Asyik cerita hal keje je cam bosan laa plak.. Meh cite pasal jenjalan laa..

Bulan lepas kitorg gi Aquaria KLCC.. mak ikut skali.. harga tiket dewasa RM35 (with Mykad).. budak2 bawah 3 tahun free.. mentang2 nak keje kat KLCC, asyik nak ke sana laa plak.. hehe..

seronok laa si Alya dan Isyraf tgk ikan dan hidupan laut.. tapi si adik lebih seronok naik escalator.. is it escalator? Aku taktau laa nama benda tu.. bila dah sampai ke penghujung, Isyraf tanak turun.. terpaksa dukung.. mostly gambar2 diambil menggunakan my Galaxy Tab.. gambar aku tak banyak laa.. Cuma gambar kat bawah ni je cukup kitorg berlima.. thanks to the Aquaria staff yg baik hati nak tolong snap gambar kitorg..

mizalisyaf
Bila dah antar surat resign, mood nak keje pon makin hilang.. bosan.. malas nak layan.. pengganti tempat aku ni pon dah diketahui cuma takde official letter je lagi.. bila camtu, semua org pon buat keje macam biasa.. aku pon blom start mengajar dan hand over keje ni..

Semalam, aku renew road tax secara online.. senang sgt.. semuanya di hujung jari.. insurance kete amik kat Allianz.. Cik Net (makcik aku) keje situ.. memandangkan kete ni dah lama, kena bayar RM370 je.. bila dah ada insurance, boleh renew kat MyEG.. kosnya RM98.75 termasuklah postage n service fee.. ok laa tu.. tak payah susah2 nak beratur tunggu turn kat kaunter..

Kol 2 pm tadi, mat despatch dr MyEG tu sampai kat Balai Pengawal.. tgk2 ada lagi 2 org proton yg sama2 nak collect road tax diorg.. last year pon ada sorang yg renew roadtax sama dgn aku..

Ok laa.. malas nak menaip.. nak lepak all day long.. i wish!
mizalisyaf
Seronok kan jadi anak “somebody” or berjawatan tinggi..

last time aku gi satu open house.. ada laa minah ni dtg seorang diri ke majlis tu.. tuan rumah memperkenalkan minah tu kepada org lain “Ni anak CEO company X”.. dgn senangnya org lain berbual dan beramah mesra dgn minah tu..

cuba kalau ko adalah orang biasa.. salam je then lantak ko laa nak buat apa.. nak makan ke, dok kat meja mana pon orang tak peduli.. sbb tu aku tak suka gi majlis/acara grand2.. kenduri kawin boleh diterima lagi sbb just dtg makan n blah.. tak perlu lama2..
mizalisyaf
Waahhh.. dah masuk 3 org bertanya kat aku sama ada aku resign untuk jadi full time housewife ke.. pelik.. pelik.. kenapa ek?

zaman sekarang ni, gaji suami sahaja (below 3k) tidak cukup nak menampung kos hidup sekeluarga terutamanya di Lembah Klang ni.. aku tak cakap takde, mungkin ada yang boleh buat begitu.. tapi kitorg tak sanggup nak ikat perut, tak dapat makan sedap2 selalu, tak dpt beli baju baru, tak gi holiday, tak dapat nak balik kampung tiap bulan.. cukup laa zaman kanak2 aku camtu, tapi aku taknak anak2 aku melalui perkara yang sama..

korang cuba pikir.. ni roughly budget kitorg sebulan yg memang kena bayar.. tu belum campur kehendak nafsu lg..

Sewa rumah RM450 (kira murah laa rumah teres 1 tingkat)
Babysitter RM500 (2 org budak)
Kereta RM450
Loan rumah RM350 (ni interest je.. sbb rumah masih dalam pembinaan)
HP Bill RM200 (Data plan)
Utilities RM100 (air free kat Selangor)
Astro RM60 (amik yg basic + discovery channel + cartoon)
Petrol RM300 (minimum – kalo pergi balik keje je)
Susu Budak RM100 (Dugro je)
Drypers RM100 (beli time weekend sale)

Atas ni boleh dikategorikan keperluan laa.. Data plan memang not necessity tapi di zaman serba canggih ni, kita kena laa mengikut arus.. Astro pon bukan keperluan tp kalo takde piring astro tu, kitorg dpt tgk siaran tv yg berbintik2 je laa.. tu belum amik kira belanja makan minum, barang keperluan rumah, personal loan, insurance, bagi duit kat mak abah.. kalo pendapatan abangku sayang RM10k sebulan, maybe aku boleh consider untuk jadi full time housewife..

Reason aku nak keluar dr company ni sbb offer kat sana lebih tinggi.. boss aku pon tanak counter offer untuk beri peluang for my career development.. orang kat sini pon dah tak sabar2 nak aku keluar untuk mengurangkan persaingan diorg.. dan lagi satu, pertukaran keje ini akan menjadikan aku lebih berdikari.. Semoga dipermudahkan..
mizalisyaf
Dear Madam,

RE: Tendering Resignation

Please accept this as formal notice of my resignation from the position of Finance Executive at Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, effective two months from today. My last working day will be 02 November 2012.

Thank you for the opportunities for professional and personal development that have been provided to me during the last six years. Working for this company has been a wonderful experience. I feel privileged to have been part of such a professional team and will miss all my colleagues.

If I can be of any help during this transition, please let me know.

Sincerely,
-Me-

Surat perletakan jawatan.. berat hati nak memberi surat ni kat boss.. tapi mungkin ini yg terbaik buatku..

Meh citer proses dapatkan keje baru ni dari mula..

18/07/2012 - dpt call dr Miss X yg jumpa resume aku dlm Jobstreet.. dia tanya sama ada aku berminat nak keje dgn diorg ke tak..

26/07/2012 - dapat panggilan interview

31/07/2012 - Interview

15/08/2012 - Miss X call untuk dptkan hp no my Referee. My boss kena menjawab byk soalan pasal aku

29/08/2012 - Miss X tanya pasal minimum expected salary

04/09/2012 - Miss X call suruh gi Medical check up

06/09/2012 - Jumpa Miss X utk dapatkan form before Medical check up. She gave the offer letter on the same day.

10/09/2012 - Medical centre call suruh dtg repeat urine test

12/09/2012 - Urine test

13/09/2012 - Call medical centre, the result turns out ok. So I tender my resignation letter today.

Boss dgn berat hati melepaskan aku pergi demi masa depan aku.. lagipon gaji di sana agak tinggi untuk di"counter offer"..

Bergembiralah wahai insan-insan yang tak senang dgn aku.. Semoga korang puas hati!
mizalisyaf
Ada satu malam tu aku tido lewat.. huhu.. actually aku nak tido awal tp abangku sayang ajak berbual.. membincangkan hal masa depan.. chewah.. abang tanya sejujurnya betul ke aku nak keje kat tempat baru tu kalo dapat? Dengan cepat aku ckp tak.. tapi kenapa aku gi interview ek? Apa motif?

Sebagai seorang “perfect melancholic”, “Kapha” dan apa2 laa personality yang berkaitan, aku sememangnya tak suka changes especially yg drastic.. aku selesa berada di satu tempat, melakukan kerja2 rutin dengan bahagianya.. Eh masih tak menjawab lagi soalan kenapa aku nak carik keje lain..

1. aku rasa kurang seronok dengan working environment di sini..
- tapi masa interview that day, Puan interviewer tu cakap environment di mana2 pon tak semestinya best.. it depends on how you adapt and react to the situation.. sangat setuju! Sekarang pon aku dah boleh schedule my jobs accordingly..

2. gaji kat sini kecik berbanding kawan2 yg lain
- Gaji kecik tapi masih boleh hidup senang kan? Rumah ada, kereta ada, makanan dan pakaian cukup.. lagipon sini ada kupon makan, health benefit ok.. gaji kat sana tinggi skit tapi kos bertambah juga..

3. Nak gain new experience
- Kat sini pon tak abis belajar lg.. sibuk nak gi tempat lain! kalo betul nak belajar, leh je ringankan mulut & tebalkan muka gi sibuk2 tanya keje org lain.. bukan menyibuk jaga tepi kain orang yer.. maksudnya kalau tgk org tu bz terlebih, offer diri untuk tolong.. tak pon, discuss dgn bos utk minta transfer ke section lain..

4. Saje nak test market
- Yup.. aku rasa ni adalah reason utama aku gi interview itu.. aku nak tau sejauh mana aku boleh pergi dengan pengalaman kerja yg ada sekarang.. for self satisfaction/self confidence dan membuktikan aku juga layak keje di company yang bagus seperti orang lain..

Aku masih dalam dilemma dan pening memikirkan hal keje.. Pagi tadi company tu dah call suruh dtg medical check up.. Alhamdulillah aku dapat conditional offer subject to passing the medical check up.. once passed, they will issue an offer letter then i can tender my resignation letter to my current employer..

sanggup ke aku nak ulang-alik naik komuter dan lrt sedangkan skang ni aku lepak je dlm kete sebelah abangku sayang? Sanggup ke balik tgh malam dan keje during weekend? Sanggup ke menghadap jem dan karenah ramai org kat tempat baru? Tahan ke dengan tekanan keje baru? Gaji baru cukup ke untuk compensate segala pengorbanan yang terpaksa aku lakukan?

Ya Allah, permudahkanlah segalanya.. berilah petunjuk buatku pilihan mana yang terbaik demi masa depan aku dan keluarga..
mizalisyaf
Thn ni, beberapa org senior berbesar hati untuk buat open house to gather ex-lancaster uni.. 1st open house di bangi by kak mas eli.. Aku tak join sbb seperti dlm entry yg lps, kitorg kepenatan last weekend.. 2nd open house dibuat oleh kak yana n abg bong di tmn selaseh, batu caves.. Actually hati aku nak sgt gi open house ni..

Tetiba dpt sms kak pijah plak buat open house pada hari dan waktu yg sama.. Dan kebetulan wanicute pon jemput ke open housenya pada tarikh yg sama tapi di sebelah ptg.. Dalam poning memikirkan nak gi ke tanak, si helmi (organiser gathering lancastrian) sibuk suruh rsvp dlm facebook.. Paling sentap bila dia update status menyatakan ketidakpuasan hatinya pd org yg tak respond.. Bukan tanak respond, aku tak sure dpt gi ke tak.. At last aku decline invitation tu..

Tadi, lepas asar kitorg gi umah wanicute di bangi.. Besar rumah family dia.. 2 umah Semi D yg dipecahkan dinding dan menjadi sebuah banglo.. Dahsyat family kawan2 aku ni.. Kebanyakannya anak org berpangkat besar.. Sbb tu laa kengkadang inferior gile nak kawan dgn diorg.. Lepas maghrib, gi open house kak pijah..

Lepas isyak, gerak plak ke Batu Caves.. Muka tak malu.. Dah decline invitation pastu muncul plak.. Eh aku dtg bukannya nak mkn sgt.. Sekadar tunjuk muka dan bertemu kenalan lama.. Sampai dpn pintu pagar, cuak gile nak masuk.. Umah besar, mewah.. Jumpe kak masayu dpn umah kak yana.. Dia nak balik pon time tu.. Dia lupa nama aku.. Itu adalah perkara normal bg aku yg pendiam n muka tak lawa mana ni..

Mujurlah bila aku tekan loceng, kak yana cam muka dan ingat nama aku.. Tq kak yana, really appreciate that.. Ada kak jo n abe, kak mas eli, jun, helmi, nizam, zeti, jane n nura.. Of course aku dok dgn nura.. Zara dah blk that time.. Mkn bihun goreng, sosej n kek.. Oh lupa lak citer.. Aku masuk umah kak yana dgn isyraf je.. Abangku sayang dok dlm kete dgn alya.. Bdk2 ni tak sihat, muntah2..

Masa nak blk, budak2 dpt duit raya dr Uncle Helmi n Auntie Yana.. Tq so much..
mizalisyaf
Kan aritu aku cerita pasal interview keje.. pada hari Rabu sebelum raya, aku dpt call dr HR company itu.. dia tanya pasal Reference aku sbb dia nak contact diorg.. maka aku bagi laa nombor tepon 2 orang boss aku.. sorang manager, sorang lg senior manager.. tapi senior manager aku tgh meeting ptg tu..

Manager aku tu telah dicontact immediately after aku bg no hp.. punyalah panjang lebar, banyak soalan diajukan.. dari cara kerja sampai laa attitude aku ditanya.. boss aku ni jawab jerlaa secara jujur.. lagipon nak tipu apanya kan? Aku kan staff yg baik.. hahahahaha.. 2-3 kali jugak laa orang HR tu call aku untuk confirmkan info ptg tu..

Actually, masa bagi no tepon senior manager tu, aku rasa serba salah.. dia sure tak sangka yg aku tgh carik keje lain.. dan sangkaan aku TEPAT.. sejurus selepas dpt sms dr aku untuk mintak permission jadi referee, dia terus reply.. “Ahhh.. internal ke external? U kena menghadap I dulu”.. bila aku jumpa dia the next day, she did say that dia tanak aku gi.. aku ckp, “takpelaa Puan.. ni baru interview, blom dpt offer pon lg.. nanti kalau dpt, baru kita fikir ek!”

Until now, takde sebarang berita dr company itu.. maybe diorg masih dlm proses pemilihan.. or maybe diorg dah dpt calon lain yg sesuai.. aku berserah.. kalau ada rezeki, dapat laa.. dari pembacaan aku (source from internet), bila company contact your referee, itu bermakna u are one of the top candidates and have higher chance to get the job offer.. but if not hired, jangan bersedih! it’s nothing to do with you.. it’s just the other candidate has a better reference.. Just wait n see!

Apa2 pon.. menjawab personality test, short discussion on topics that has nothing to do with your job, interview with panel of interviewer yg baik dan memahami merupakan pengalaman yg sungguh berharga buat aku yg sangat takut gi interview.. Bersyukur untuk itu!
mizalisyaf
Ptg Sabtu sebelum raya tu kitorg bergerak ke Rawang.. singgah beli kuih-muih di bazaar Ramadan Bandar Tasik Puteri, then off we go to KL.. berbuka puasa dlm kete je.. buat apa gi KL malam raya? As usual, kitorg gi shopping kat Jln TAR.. aku dan mak beli jubah.. mak beli tudung.. cadang nak beli baju kurung tapi hujan renyai membantutkan mood aku.. menjelang tgh malam, bertambah ramai org kat situ.. orang nak tunggu jualan lelong tgh malam agaknya..

Raya pertama, kitorg gi beraya di Gombak.. berkunjung ke rumah sedara-mara sebelah mak.. raya kedua, gi berkunjung ke rumah sedara-mara sebelah abah.. di Gombak juga.. dah kata anak jati Gombak.. bila dah besar (2002) baru pindah ke Rawang..

Raya ketiga, kitorg pulang sebentar ke rumah Shah Alam.. basuh baju dan kemas2 barang untuk pulang ke kampung pula.. kitorg sampai Jelebu kol 6pm.. takde org kat umah sbb diorg semua gi beraya kat Felda Palong dan Bahau.. kitorg sempat beraya di 2 buah rumah menjelang senja.. Raya keempat dan kelima, kami berkunjung ke rumah sedara mara sebelah abangku sayang laa plak.. Jumaat ptg, kitorg pulang ke Shah Alam semula..

Sabtu, kitorg gi open house kat Gombak then kenduri kawin di Batu Caves.. pastu gi open house kat Rawang plak before pulang ke Tasik Puteri.. sepupu sepapat aku nak dpt beraya plak.. maka kitorg tapau mee goring mamak je untuk menjamu tetamu..

Malam tu, kitorg gi beraya di rumah Along (abang aku) kat Batang Kali.. balik malam tu, trus flat.. sepanjang pagi sampai tghari semalam kitorg dok berehat kat umah je.. ptg semalam gi Carrefour jap beli barang keperluan rumah dan susu/drypers budak2 ni.. lepas maghrib, gi beraya rumah Along di Kapar plak.. berakhirnya cuti raya selama seminggu.. masa untuk bekerja semula..
mizalisyaf
Raya dah makin dekat.. mood raya makin terasa.. mula laa liat nak wat keje.. mujurlah monthly closing dah settle.. so aku tak bz sgt.. Meh cite skit perkembangan terbaru aku dan keluarga..

Baru2 ni aku gi interview di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia.. dapat tak dpt keje tu belakang kira, yang penting aku dapat pengalaman baru.. kalau ada rezeki, dpt laa.. kalau tak, aku redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku..

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kitorg dah merasa berbuka di 2-2 kampung.. chewahh macamlah Rawang tu kampung? raya tahun ni insyaAllah beraya di Rawang (actually Gombak) then baru pulang ke Jelebu..

Persiapan raya? Aku ada 2 pasang baju kurung Pahang.. satu tu siap tempah jahit manik di tangan.. tudung dah ada 1.. 1 lagi nanti kita shopping malam raya kat Jln TAR ek! Oh ya, aku ada lg sepasang baju kurung yg baru dibeli khas untuk interview yg aku cerita di atas..

Untuk abangku sayang, dah siap sepasang baju melayu.. kain untuk baju melayu dan baju kurung kitorg sama.. beli terus 11 meter utk 4 orang anak beranak.. baju melayu Isyraf pon dah siap.. tinggal baju kurung Alya je yg masih dlm proses.. baju Alya untuk raya ke-2 hingga ke-4 dah ada.. untuk Isyraf kena beli sepasang dua lagi..

Kuih raya dah ada laa skit.. aku beli Mama Carries, Tart Nenas, Popia Simpul, Kapit Peanut Butter & Choc Delight.. Tu je.. kena carik lagi kot nanti.. tapi beli kerepek dan kacang2 je sbb org bukan nak makan sgt biskut raya ni.. Duit raya dah siap tukar.. tinggal nak masukkan dlm sampul duit raya je..

Hmm cite pasal raya ni buat aku excited nak raya.. tak sabarnya!!
mizalisyaf
Malam tadi as usual aku berblogwalking.. terjumpa satu blog ni.. kisah dia yg bersabar melayan karenah anaknya tanpa marah2 mahupon pukul.. kiranya ajar anak secara psychology laa.. hmm tu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. aku ni ntah bila laa boleh bersabar agaknya.. asyik nak membebel, jerit kat budak2 je.. Change midah.. change!

Pastu baca plak forum n blog2 lain.. aku agree dengan satu kenyataan yg diberikan.. kita ni selalu take for granted hal anak2 sebab senang nak dpt anak.. tak seperti orang yang bertahun2 menunggu, berusaha segala bagai, berhabis ribu-riban demi mendapatkan cahaya mata.. once dah dapat, memang anak tu ditatang bagai minyak yang penuh..

Aku bila time marah, marah gak.. tp bila aku dah cool down tu, nanti aku peluk cium gak budak2 ni.. slalu jugak aku peluk Alya, slow talk dgn dia supaya dengar cakap mama dgn ayah, jaga Isyraf sbb dia kan kakak.. Tapi serius Alya ni pon hati lembut gak cam mama dia.. bila aku cakap camtu, dia pon sayu je.. di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi parent yg lebih bertanggungjawab dan sabar dengan karenah anak2.. huhu
mizalisyaf
Sudah hari ke 4 puasa.. Alhamdulillah dipermudahkan segala.. 4 hari masih blom miss sahur.. Tahun ni tahun keempat berpuasa setelah bergelar isteri orang..

Tahun pertama, ponteng puasa sehari saja sbb pregnantkan Alya.. Tahun kedua, ponteng juga sbb pregnantkan Isyraf.. Tahun ketiga, masih belum dtg period sbb breastfeeding.. Tahun ini tak penuh laa gamaknya.. Tunggu next year plak ek!

Oh ya.. Bulan puasa ni pastinya rutin harian kitorang bertambah.. Gi bazaar ramadan.. First day, gi stadium shah alam.. 2nd day, taman andalas plak.. Semalam kami ke Sri Muda.. Tadi gi Kota Kemuning..

Luckily i have understanding husband yg layan je wife dia yg malas masak ni.. Hmm mostly husband zaman skang ni can tolerate hal masak ni.. If both husband n wife keje, takkan nak paksa wife masak plak? 2-2 letih, 2-2 nak rehat, mana lagi hal anak2.. But I do cook sometimes, and he did too..

Ni bdk2 dah merengek.. Time to stop
mizalisyaf
kadang - kadang pendirian macam lalang.. Hanya menurut kata orang.. Bosan! Tapi bila perkara itu memang pasti aku inginkan, apa pun halangan akanku tempuh.. Sekarang masih berkira-kira untuk beralih angin.. Mahu atau tidak?
mizalisyaf
Semalam lepas amik budak2 dr taska, aku ajak abangku sayang tgk rumah kitorg yg dalam pembinaan tu.. bila sampai di lokasi, waaaahhh pagar zink yang menutupi tapak projek dah dibuka.. deretan rumah dah pon siap dicat.. tinggal lagi tiada pagar dan jalan masih belum diturap.. Alhamdulillah, projek rumah itu kelihatannya berjalan lancar..


Kalo perasan, blakang sana adalah gudang.. tak tau laa gudang apa, tp bangunan tu btol2 sebelah KESAS (exit Jalan Kebun).. tak sabar rasanya nak dok umah sendiri walaupon kecik..

Hmm dah 2 hari aku masak makan malam.. Isnin, abang request mee sup.. semalam aku plak teringin nak makan lauk daging masak kicap.. arini tak tau laa.. tgk tahap kerajinan yer.. hehe
mizalisyaf
2 minggu, aku dah mengorbankan sesuatu yang dah lama ada di tubuh badanku.. apa dia? Aku telah mengorbankan rambutku yang panjang itu.. potongan rambut yang tak pernah aku buat selama ni.. pendek betul.. hilang skit keayuan aku.. haha

Aku gi kedai gunting kat kampung abangku sayang.. Kuala Klawang.. abang kata tu laa tempat mak n kakak dia gi gunting rambut.. tak kisah laa mana2 pon.. aku cakap nak potong paras bahu.. dia tanya balik, nak buat potongan tingkat2 ke? Aku pon yerkan aje laa.. tingkat2 maksudnya layered kan?

Gunting punya gunting, eh pendek giler orang ni potong rambut aku.. pastu, tak berapa nak kemas plak tu.. aku ni plak bukannya banyak songel.. orang lain maybe laa komplen itu ini, but not me.. lagipon murah je.. apa2 pon, it will be the first n the last time laa aku gi kedai tu lagi..

Balik umah, aku mintak abang alter balik rambut aku.. so, next visit to hair saloon will be few years from now..

** teringat insiden rambut terjulai keluar dr tudung dalam kelas masa Form 5 dulu..
mizalisyaf
Happy.. Happy.. Tadi ada meeting untuk finalisedkan stat acount.. Nak tambah skit2 notes to the acc.. Bila settle my part, aku dok diam lg dlm meeting room tu.. Ingatkan ada lg nak adjust.. Masa tu diorg tgh tgk stat acc utk group plak..

Almost 5.30 pm, my boss said "midah dah boleh balik.. Part u dah abis.. I tau u nak blk tp nak ckp takut.. This time boleh blk awal tp Q1 nanti kena stay back". Bukan senang nak dgr bos ckp camtu..

Yeay! Trus aku kemas laptop, kluar dr meeting room.. Clear my work desk n here i am, updating blog in the car while waiting for my hubby.. Aku blk awal, dia plak OT.. Tak sesuai..
mizalisyaf
Sakit gigi.. 1st time seumur hidupku sakit gigi camni.. Aku MC 2 hari.. Berdenyut2 tuhan je yg tahu.. Terpaksa depend on painkiller.. Huhu.. Sakit tu penghapus dosa.. Sabar.. Abangku sayang plak sakit perut.. Cirit birit sampai lemah badan.. Bila 2-2 sakit, kena lg tabah.. Kalo x, bole cetus pergaduhan.. Ya Allah, ujian yg kecil ni pon tak tertanggung.. Macam mana la saudara Islam kita di negara bergolak sana? Bersyukurlah Midah
mizalisyaf
Hmm PMS this month is the worst in my life. Aku telah menjadi seorang ibu yang kuat membebel kepada 2 org budak kecik yg bukannya paham sgt..

Ni gara2 runsing “ter”pregnant.. huhu.. if pregnant, i’ll due in early January 2013 and will be back to office in March. March adalah bermulanya kesibukan untuk year end closing until end of May.. Ko sanggup go back home at 2 am while there is a 2 months old baby at home waiting for her mama.. giler ke?

Ya Allah, aku tidak menolak.. malah lagi mengharapkan rezeki dariMu.. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui bila masanya yang sesuai untuk kami..
mizalisyaf
Hampir sebulan blog ni bersawang.. aku terlalu bz hinggakan tak sempat nak bercerita.. Apr - kitorang kena submit statutory accounts ke auditor.. dengan bermacam adjustment yg kena pick up.. dengan GCF yg baru, tak reti nak isi.. dengan impairment test yg hanya aku tau detailnya.. dengan BOD slide untuk presentation.. sesungguhnya aku letih.. Sejak 2 minggu lalu aku kena stay back siapkan keje.. ada 2 hari aku pulang kol 2 am.. kesian kat abangku sayang dan budak2 ni.. tertekan hidup aku sampai aku nangis mengenangkan nasib.. bagi sesetengah org yg workaholic, ia perkara biasa.. bagi aku, ia adalah disaster.. terlalu sibuk dengan keje di pejabat adalah antara penyumbang masalah rumahtangga.. tak gitu? hmm mungkin aku je yg terlalu memikirnya.. hujung bulan 4 hingga awal bulan 5, bz plak dengan kenduri kawin angah.. tolong siapkan gubahan hantaran lg.. tolong uruskan hal kenduri lagi.. malam sebelum kenduri tu kitorg terpaksa tido di dewan plak.. huhu.. sepanjang majlis berlangsung, aku tak duduk diam.. sibuk menyambut tetamu dan menguruskan buah tangan.. ni barulah agak lega sedikit kerana hampir selesai segalanya.. Alhamdulillah..
mizalisyaf
Best btol cuti tgh mggu.. Yg kurang bestnya adalah abangku sayang terpaksa keje ot.. Huhu.. Ramai yg dtg keje utk closing account ni. Aku je yg liat nak dtg.. Dolu2 zaman blom kawin n takde anak bole laa.. Tadi sempat la juga gi beli barang kat giant..

Oh ya.. Tetiba teringat benda yg tak berkaitan dgn topik di atas.. 2 orang ofis yg sama section aku telah beli galaxy tab juga.. Sorang beli tab 7.7, sorang lg beli tab 7.0 plus.. Another one waiting for new stock.. Hmm no more the one n only..

Ok laa.. Aku takde idea nak bercerita.. Nak tido.. Esok keje lorr..
mizalisyaf
semalam merupakan hari lahir putera kami.. genap 1 tahun anak mama.. kitorg beli kek dan makan ramai2..

Kepada Muhammad Mifzal Isyraf, mama doakan agar anak mama ni membesar dengan sihat dan cergas, jadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga.. Cepat2 pandai jalan yer!
mizalisyaf
Jumaat lepas, tiba2 aku dipanggil join meeting section lama aku.. diorg minta pertolongan aku untuk membuat kerja section itu demi mempercepatkan proses closing account.. they said my expertise is needed.. what?? Dahlaa nama aku asyik disebut2 dalam meeting.. aku tak kisah membantu tapi aku rasa tak selesa dgn situasi itu.. seolah2 memperkecilkan kemampuan pengganti tempat aku pula..

I did help to produce 1 recon by 5.30pm.. bos lama aku sangat gembira dan berbesar hati dgn pertolongan itu.. niat di hati ingin membantu lagi.. tapi bila dipikir2, aku stop sampai di situ saja.. aku bimbang orang tuduh aku tolong untuk menunjuk2.. lepas aku submit recon tu, aku terus cabut pulang ke rumah..

sorry i could not help much.. kat sini orang pelik2.. aku tanak pertolongan kecil ini menjadi punca sesuatu yg tidak elok..
mizalisyaf
Congrats to Zara yang telah bergelar ibu pada 5 April 2012 jam 2.16pm.. berat baby 3.6 kg.. no wonder org asyik komen her tummy was soooo big.. nanti I dtg melawat tghari kang, InsyaAllah..

I dont want to share chronology of her labour process coz i'm sure she'll share the detailed stories in her blog.. she has so much time kan.. cuti 2 bulan.. hehe..

Anyway, congrats again to Zara n Kamal for having such a lovely baby.. here is the pic I curik from her fb:-

mizalisyaf
Rabu lepas aku stay back until 10pm.. abang pulang kol 5.30 untuk menjemput budak2 kat taska.. aku plak terkial2 buat keje kat ofis demi memberikan report untuk dibentangkan kepada new management.. luckily my boss baik hati untuk turut sama berada di ofis.. she went home at 6 and came back to office, membawa roti john.. hmm actually aku tak makan langsung pon roti john tu.. ok malas nak cerita pasal tu..

kol 9 lebih, my boss pulang.. aku plak dah tepu memikirkan hal keje.. so i stop n berehat sambil tunggu abang datang jemput.. kol 10, diorg pon tiba.. lambat laa skit budak2 tido mlm tu.. normally kol 9 lebih aku akan pastikan diorg dok dlm bilik, pasang aircond, tutup lampu dan dok diam2 sampai terlena.. hmm tapi tak lama pon diorg berjaga.. kete baru je gerak few kilometres, diorg dah tido..

Semalam, aku datang keje.. on Saturday.. but half day je ikut waktu taska.. kalo aku keje full day, ptg takde org nak jaga diorg sbb abang pon OT.. Arini dok umah pon kena buat keje2 ofis lagi.. I tell you, it’s not easy to be a mother and a career woman at the same time.. letih laa keje camni.. kena ada husband yang understanding, supportive and can tolerate.. Alhamdulillah, aku dianugerahkan suami sebegitu..

Bagi aku, family and myself lebih penting dari keje.. aku tak sanggup korbankan masa demi keje.. keje sampai lewat malam, weekend pon keje.. untuk apa? Nak naik pangkat, dapat gaji tinggi tapi hidup tunggang langgang?
mizalisyaf
Things happen last week:

* Jumaat - tak gi keluar mana2 during lunch hour.. lepak tgk Bini-biniku Gangster

* Sabtu - Bermain air di Desa Waterpark bersama keluarga dan juga keluarga rakan2 ofis (Kak Ros, Nizar, Che Mat, Zainal, Rizham, Safari, Midah Kecik)

* Ahad - dok bilik sorang2 wat keje (ala-ala OT).. thanks sayang tolong jaga budak2 sepanjang 6 jam.

* Isnin (di keheningan pagi sebelum subuh) - dok dlm bilik siapkan keje sampai kol 4am.. huhu

Hmm dalam tempoh sebulan ni hidup akan tunggang langgang laa..
mizalisyaf
Suamiku Sayang, Mohd Aizal Bin Ibrahim.. Insan yang bernama Siti Hamidah ini sangat bersyukur ditemukan dan berkongsi hidup denganmu.. tiada hadiah istimewa yang mampu kuberikan sempena hari lahirmu melainkan cintaku yang setulus hati.. Kudoakan agar dirimu dilimpahi kebahagiaan dan segala impian akan menjadi kenyataan.. Selamat Hari Lahir ke-31 sayang..

Cinta, Kasih, Sayang Abang selamanya
mizalisyaf
Hmm bila aku baca satu blog tu, hati aku berkata “pelik sungguh dia ni! Tak macam yang aku kenal dulu”.. kadang-kadang teringat kata-katanya yang pernah diucapkan.. tapi yerlaa kan, orang berubah.. lagipon selalunya kita akan cerita perkara yang baik-baik saja dalam blog untuk menarik minat pembaca..

Hal blogging ni pon macam-macam.. ada orang jadikannya sebagai tempat meluahkan perasaan.. ada yang jadikan tempat menceritakan perkembangan semasa.. ada yang blogging untuk dapatkan income.. bagi aku, aku tulis blog sekadar untuk menceritakan apa yang berlaku di sekeliling aku dan apa yang ada dalam benak fikiranku.. aku tak expect ramai visitors..

Aku perasan ada orang baca blog aku datangnya dr link kawan-kawan.. yg dari Labuan aku tau itu Ajee.. yang dari Shah Alam tentunya Zara.. tapi yg dari KL, Penang, Terengganu, dan beberapa tempat lain tu aku tak sure laa siapa.. Yang pastinya blog ni takde dalam search engine.. Haa bercakap pasal search engine ni, aku pelik laa kenapa blog puterinilam tu boleh digoogle sedangkan dah set cannot be found by search engine.. poning..

Oh ya.. sabtu lepas aku bermimpi sesuatu yang pelik.. perkara yang paling wanita tak suka dalam rumahtangga.. bila tersedar, jantung aku berdegup kencang.. sampai sekarang masih teringatkan perkara itu.. Ya Allah, moga dijauhkan dari hidup aku..
mizalisyaf
Kehangatan audit makin terasa.. keje pon makin banyak.. oh tidakk.. dengan pengambil alihan pihak pengurusan baru, makin banyak bebannya dan kena siapkan dalam masa yang singkat..

hujung bulan 4, insyaAllah angah akan melangsungkan perkahwinan.. ajim plak awal bulan 6.. aku tak pasti aku mampu nak menolong membuat persiapan atau tidak.. kemungkinan besar aku kena datang keje during weekend.. mak pula mengharapkan aku.. poning kepala aku memikirkannya..

last weekend, kitorg sekeluarga gi ke Jerantut.. mengikut rombongan pengantin yang merupakan anak akak ofis ni.. kat Felda Tekam.. on the way back, kononnya nak singgah Colmar Tropicale Bukit Tinggi.. tapi cuaca mendung, takut hujan.. so kitorg tak jadi singgah.. huhu

Isnin, aku amik cuti half day.. gi slimming session di Subang Jaya dengan Kak Ros.. pelik sungguh tempat ni.. mula2 kitorg kena isi form.. pastu terus masuk bilik rawatan cavi-lipo.. aku diurut dengan tangan dan juga mesin dalam sejam.. dah abis, aku diberi minum teh.. takde laa dia terangkan pakej slimming ke apa.. dia cuma promote barang kosmetik.. tu je.. apa result sebelum dan selepas rawatan pon aku tak tau.. dan apa motif dia suruh isi form? Useless..

Oh ya, tadi abang mintak tolong survey harga Ipad2.. sepupunya nak beli.. u know what? Masa tgh browse tu, i discover Galaxy Y Duos sudah berada di pasaran Malaysia.. Duos tu dual sim.. dulu time aku tunggu, takde.. skang aku dah beli Tab, baru laa muncul Galaxy Ace Plus dan Galaxy Y Duos.. Huhu..
mizalisyaf
Sabtu lepas, sedang aku dan abang lepak2 sambil browse internet, tiba-tiba blackout.. waktu tu dekat kol 2am.. kedengaran seperti ada letupan kecil beberapa kali.. abang meninjau di tingkap.. seluruh kampung bukit naga gelap gelita.. kelihatan asap dan api menjulang ke langit tidak jauh dari umah kami.. ada kebakaran!

Kami duduk saja dalam kegelapan.. kedengaran selak pintu rumah sebelah dibuka.. jiran2 berjalan menuju ke tempat kejadian.. abang pun turut serta.. rupanya kilang papan yang terbakar.. aku sangkakan asrama pekerja bangla yang terbakar.. setengah jam kemudian, bomba pon tiba.. malam itu kami terpaksa tido kepanasan..

Sampai pagi esoknya bekalan elektrik masih tiada.. mujurlah kami keluar ke IOI Mall.. apabila kembali ke rumah, semuanya dah ok.. malam tu, bekalan elektrik terputus lagi.. tapi kali ni cuma di deretan rumah kami.. hampir 3 jam jugalah kami bertemankan cahaya lilin.. bila bekalan elektrik pulih, budak2 pon dah tido.. Dapatlah iron baju keje untuk esok..

Pagi Isnin on the way nak gi keje, keluar je exit Bukit Rimau, jalan dah sesak.. pelik betul.. tak pernah sesak camni.. kitorg meneruskan perjalanan walaupon tau punch card akan merah.. tiba di exit Hicom, jam dah kol 8.15am.. tak dapat bergerak langsung.. abang berpakat dgn nizar (yg turut sama tersangkut dalam jem) untuk lalu jalan alternative iaitu u-turn di tol Seafield..

Belum pon sampai tol, kitorg dah nampak jalan yg bakal dilalui turut jem teruk.. aduh.. aku memberi cadangan untuk amik cuti half day.. bila abang bincang lagi dgn nizar, dia pon kata tanak gi ofis.. aku terus hantar sms kat boss untuk memberitahu ttg emergency leave itu.. that time dah almost kol 9am..

Bila dah sampai rumah, perasaan malas untuk keje makin menjadi2.. akhirnya kitorg cuti full day.. that’s why kitorg sempat gi shopping di Plaza Alam Sentral..
mizalisyaf
Welcoming our new baby, Galaxy Tab 7.7.. baru je berada di pasaran.. aku beli di bawah plan Celcom (Broadband Basic + PPU) iaitu Data 4 GB + pay per use untuk call/sms/mms.. punyalah lama aku nak buat keputusan ni.. sebulan lebih aku berfikir tentang model phone apa nak dibeli dan service provider mana yg paling sesuai untuk aku..

Actually, mula2 aku nak beli Galaxy Y je sbb itulah android yang paling murah RM499.. bila buat comparison, aku berminat pula nak beli Galaxy W sbb better specs.. harga RM899.. ohh harap maklum yang aku memang more into Samsung.. not to say that HTC, Blackberry or others are not good, it’s just my preference..

Bila nak pilih service provider pula, aku dah poning.. I love my Maxis.. line aku adalah supplementary di bawah line Abangku Sayang.. aku just perlu bayar RM30++ je sebulan.. If I want Data plan, cannot be supplementary line.. so, monthly bill akan mencanak.. paling murah boleh dapat adalah RM50 (Voice Plan) + RM48 (Data 1GB) = RM98++..

Tgk plak U Mobile.. they offer very interesting new Data Plan.. U28 menyediakan pakej 1GB + 200 SMS.. hmm aku sudah terpikat.. tapi camne plak aku nak guna 2 sim cards? Kena guna 2 hp laa? 1 utk Maxis n 1 utk U mobile? Tak banyak hp yang ada dual sim.. Samsung Galaxy Y Duos, Galaxy Y Pro Duos, Galaxy S II Duos and Galaxy Ace Duos are coming soon.. tapi bila actual date aku tak tau.. huhu..

Digi menawarkan Data Plan 3GB Data berharga RM58 tanpa perlu ada voice plan.. Ntah kenapa aku kurang berminat terhadap Digi.. mungkin “orang kuning” itu tidak cukup comel? Hehe.. Celcom plak masa mula2 aku survey, RM50 (Voice plan) + RM58 untuk Data 3GB.. mahal tu..

* My choice No 1: Galaxy W + U Mobile

Memandangkan aku seorang yang suka membuat perbandingan, aku carik2 lagi hp yang menarik.. jumpa plak Galaxy Ace Plus yang akan tiba tak lama je lagi.. specs dia semua better dr Galaxy W cuma display size dia 3.65”.. kurang setengah inci je pon.. tunggu punya tunggu, model ni ntah bila nak keluar.. putus harapan..

* My Choice No 2: Galaxy Ace Plus + U Mobile

Masih berfikir lagi.. buat apa susah2 sangat pakai 2 hp? Lebih baik aku beli broadband je sbb tujuan utama adalah melayari internet.. Maxis RM48 – 1GB, Celcom RM58 – 3GB, Digi RM63 – 3GB, U Mobile RM40 – 2GB.. ni yang aku tgk kat website pada waktu tu laa.. tapi.. tapi.. berapa banyak tapi daa.. susah gak guna broadband ni sbb aku kena angkut laptop ke hulu ke hilir.. berat tu.. mana nak dukung budak lagi.. huhu

Pikir punya pikir, aku cadang nak beli tablet plak.. apa yg best ye? Maka keje-keje membuat perbandingan pon bermula.. seperti biasa, bab jenama barangan elektronik ni memang aku ambil berat.. Samsung of course in the list.. lagi satu Apple Ipad.. Apple ni jenis unik skit.. orang lain guna android, dia guna Apple IOS.. Galaxy Tab ada hotspot, Ipad takde.. Galaxy Tab ada memory card expansion, Ipad takde (kena beli 16GB/32GB/64GB).. kiranya Apple nak jadi the one & only laa.. good for those who want exclusivity.. not for me..

Samsung Galaxy Tab plak ada beberapa model.. Tab 10.1, Tab 8.9, Tab 7.0 plus, latest Tab 7.7.. nombor itu mewakili screen size.. 10.1 tu lebih kurang size A4.. besar n quite berat.. takde memory expansion n takde hotspot juga.. hotspot sgt penting untuk aku share dgn laptop dan jugak hp abang.. Tab 8.9 plak takde memory expansion dan takleh sms.. Tab 7.0 Plus dan Tab 7.7 tak banyak beza pon.. Cuma processor Tab 7.7 better dan bigger screen 0.7 inci..

Kekurangan Tab ni adalah camera 3.2 Megapixel je.. tapi dia ada Secondary Camera 2.0 Megapixel di depan utk amik own pic or video call.. does not really matter sbb aku ada digicam 10 megapixel pon..

*** My Choice No 3: Tab 7.0 Plus (sbb harga murah compared to Tab 7.7).. Service provider tak pikir lagi.. haha

Nak dijadikan cerita, aku browse lagi website service provider.. and something caught my eyes.. waahh, celcom offer Package Data Plan with device tu.. without voice plan.. ini sudah bagus.. dalam tempoh sebulan, diorang boleh buat offer macam2.. memandangkan Tab 7.0 plus tak banyak beza harga dengan Tab 7.7, of course laa aku pilih Tab 7.7..

Sabtu, kitorg gi Giant Sek 13 sbb kat situ ada ejen Celcom.. unfortunately dia tak authorised untuk register new account.. kena gi Blue Cube or Celcom Service Centre.. gi tgk Blue Cube kat Laman Seri tapi dah tutup.. huhu.. malam tu jugak aku google lokasi Blue Cube yang lain..

Ahad, gi Blue Cube di IOI Mall.. terus sign up tanpa berfikir panjang.. mana taknya, sebulan lebih aku dok pikir, takkan nak pikir lagi kot? Cuma 1 je yang kurang best.. kena bayar by cash only.. dia kata connection will be ready within 24 hours.. punyalaa aku tunggu berjam2, rupanya kena off n on that device je.. within few seconds, dah leh connect to internet pon..

Semalam, gi Plaza Alam Sentral beli casing n screen protector.. kopak gue.. selagi masih berfungsi dan selagi dapat menahan nafsu, Galaxy Tab 7.7 akan kekal di tanganku tanpa pengganti..

p/s: Galaxy Ace Plus baru je beberapa hari berada di pasaran.. lambat sikiiiitttt je.. kalo tak, memang aku tak merasa pakai Galaxy Tab 7.7..
mizalisyaf
Sabtu lalu, kami telah pergi ke Ipoh.. menghadiri kenduri kawin Zana.. Zana dulu keje sini tapi dah berenti sbb dpt better offer di TM.. kitorg bertolak dr rumah kol 9.30am.. singgah tapau breakfast di McD dan makan di kawasan rehat Guthrie.. tiba di sana dekat kol 1..


Kat sana, kitorg jumpa beberapa org rakan ofis.. Abang Hashim, En Rosli, En Suhaimi, Zurisman, Che Mat.. Juga ada Kak Lin dan suaminya.. memandangkan tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan, aku makan dgn Kak Lin.. Bila sudah makan, nampak Zaihanis dgn hubby.. sempat laa kitorg bergambar bersama pengantin baru..


Lepas kenduri, kitorg mengambil peluang bergembira di Lost World of Tambun.. mak aih, entrance fee sudah naik laa.. dulu aku gi murah je.. skang dah mahal memandangkan kawasan taman tema itu sudah makin meluas.. ada petting zoo lagi.. mujurlah budak2 kecik lagi, so free entrance.. sempat lagi aku beli tight.. try jugak Muslimah swimwear tu tp cam kureng skit.. nanti carik tempat lain..


Kat situ pon dah mula menggunakan system cashless.. topup credit dlm wristband and off you go into the water.. locker rental berharga RM10 tp ok laa sbb boleh retrieve as many times u like.. harga watermelon juice RM4 dan sweetcorn RM3.. kira ok laa kan? Tak terlalu mahal..


Kitorg mandi manda dekat2 situ je.. takde main slide ke apa.. tu tunggu budak2 besar dulu laa.. yang paling best kat situ sbb ada kolam air panas.. berendam je kat situ sampai nak abis waktu... dekat kol 7, kitorg pon pulang..
mizalisyaf
Hari itu aku tengah berdiskusi dengan bos besar bersama ahli section yang lain.. engkau datang mencelah untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.. seorang demi seorang ahli section ini mendapat kad jemputan atas nama individu.. akhir sekali, kau serahkan kad kepada aku atas nama seluruh section..

Aku tau aku tak berkawan rapat dengan kau.. dan aku tak kisah jika kau tidak memberi kad atas nama aku pun.. cuma kau mengedarkan kad di waktu yang salah.. di depan semua orang kau menjatuhkan air muka aku.. aku terkesima.. Aku nekad takkan pergi ke kenduri kau.. dan aku gembira bila abang juga tidak ingin pergi..

Kami tidak kisah kalau mendapat jemputan melalui email, sms mahupon facebook.. tak kisah jika lokasi kenduri jauh apa tah lagi dekat. Kalau tiada aral melintang, pasti kami pergi dengan senang hati.. tapi kali ini, biarpon dekat kami tak ingin pergi..
mizalisyaf
Yeay gaji masyuk arini.. Alhamdulillah.. mari kita berjimba!
mizalisyaf
Semalam, for the first time ever aku menjejakkan kaki ke Slimming centre.. bukan pergi sorang, aku gi dgn Kak Ros n Kak Aya.. kitorg telah membeli discount coupon from Street Deal.. eh actually aku tak beli kupon tu, ia diberikan oleh sorang ofismate sbb dia tak dpt nak gi.. nama tempat tu Kunzense.. fyi, Dynas menjadi duta Kunzense.. Sampai sana kol 1.30 sedangkan appointment kol 2.. terawal skit sbb overexcited.. hehe..

Firstly, berat badan ditimbang.. dapatlaa result tentang peratusan lemak dan air dalam badan.. sesi consultation by Ivy pon bermula.. as expected, masalah utama aku dari pinggang ke bawah.. dia suggest untuk buat treatment memecahkan lemak 40 minit berharga RM350.. aku memang dah plan before pegi untuk try other treatment in addition to the treatments stated on the coupon (which only for detox).. but my budget only RM250.. since aku kata mahal, dia offer treatment 20 minit berharga RM275..

Bermula laa sesi mandi wap.. gile panas sampai menitik2 peluh.. bersukan pon tak camtu.. after that, therapist (Crystal) buat treatment memecahkan lemak di paha menggunakan mesin amende ntah.. memang ada perbezaan before and after that treatment.. then scrub disapu seluruh badan before aku dibalut dengan plastic dan heat blanket.. lepas tu aku disuruh mandi sebelum disembur dgn cecair yg berharuman mawar..

Treatment terakhir adalah menggunakan mesin lagi.. tapi kali ni mesin lain plak yg menghasilkan vibration di bahagian paha, perut dan lengan.. sambil tu dia buat urutan tangan.. hmm seronok juga bila badan dibelai dan dimanja ni.. selesai semua tu, berat badan ditimbang lagi dan hasilnya? Aku berjaya turun sebanyak 1.5kg.. dan fat percentage pon berkurang skit..

Ivy promote pakej 1 month unlimited RM699.. if 3 month, RM 1,698.. seminggu boleh dtg 3 kali and maximum 12 kali sebulan.. if aku ni takde keje lain, sesuai laa aku sign up for that pakej.. but aku ni bekerja dan after office hour, ada 2 budak kecik kena dijaga.. takpelaa, at least aku dah tau pasal slimming centre ni..

Next, slimming session di Subang Jaya and Bukit Tinggi plak.. aku nak try beberapa tempat dan kalau laa orang tu berjaya meyakinkan aku, lokasi yg sesuai dan harganya reasonable, maybe aku sign up.. tgk laa dulu.. siapa tanak kurus kan?
mizalisyaf
I know that if i have passion for something, i will strive for the best. missing the time at MRSM when i gave all out for my studies.. being a good student, good muslimah, good friend.. and the result turned out excellent! And i don’t have to compete with others that time because everyone has the same opportunity..

But now, i am lack of passion for my job.. i know that i can do it.. it’s just something is distracting my mind and makes me lazy as a cat.. there are so many people trying to show their good sides and capabilities but i don’t even bother to compete.. something is not right.. I need to be brainwashed I supposed..
mizalisyaf
Dari last week aku tak sihat.. start dr hari Khamis, aku kena cirit birit.. tak sure apa puncanya.. most probably lauk paru goreng.. since then, aku hilang selera makan.. 3 hari juga aku keluar masuk tandas.. mujurlah hari Sabtu tu dah ok.. so tak mengganggu perjalanan kitorg ke Pahang..

Isnin, aku start selsema.. tak lalu makan.. waktu tengahari adalah waktu makan yang paling ok rasanya.. pagi, aku hanya minum secawan milo di rumah dan makan biskut jacob’s weetameal di ofis.. malam isnin makan roti ban kacang merah je.. malam selasa tak mkn.. malam rabu, hirup sup je.. malam tadi tak makan lg.. pastu dah batuk plak.. kalo berlarutan camni, mau kurus cam dolu2 ni..

Abang pon tak berapa sihat.. demam sebab kesejukan dok bawah aircond.. ni laa susah dok dgn orang yang tak bertimbang rasa.. ikut cakap dia je.. hari2 dok bawah aircond bersuhu 16°C, mana tak demam.. semalam abang plak kena cirit birit.. pagi tadi abang gi klinik, dpt mc.. rehat la sayang..

Menurut doktor, dah ada 2 kematian disebabkan cirit birit di Ipoh.. tp kitorg tak gi Ipoh pon.. puncanya dari air.. ish risau ni.. kalau wabak dibawa oleh air memang senang merebak.. Hmm semoga kami sekeluarga sihat laa..
mizalisyaf
Tak sangka perjalanan dari Shah Alam ke Jerantut hanya memakan masa 3 jam setengah.. kitorg ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan Zuliana, budak ofis ni.. keluar umah kol 10, lalu jalan Subang - Sg Buloh - Batu Caves then terus ke Karak Highway.. ikut exit Temerloh menuju ke Jerantut.. rupanya rumah minah ni 50km je dr Taman Negara Pahang..

Kat Temerloh tu, lalu depan Sek Men Tengku Ampuan Afzan.. rasanya ada kawan aku sekolah situ dulu.. siapa ek?

Kitorg sampai serentak dgn ketibaan kedua mempelai.. kompang dipalu dan pengantin berarak masuk.. dapat laa tgk persembahan silat.. sedang diorg sibuk dgn sesi tepung tawar, kitorg plak sibuk makan.. hehe.. Antara orang ofis yang turut hadir adalah Abang Hashim, Azmi, Nan, Hafiz n Zurisman..

Zati n hubby.. ex-proton

doorgift special utk tetamu dari jauh

rakan ofis

bergambar kenangan bersama pengantin baru

Aku plan untuk singgah di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi on the way back.. unfortunately masa tidak mengizinkan.. tempat tu tutup kol 6.. kalo sampai kol 5 pon, apa laa yang dpt dibuat within 1 hour.. tak berbaloi bayar RM12 untuk entrance fee.. next time laa ek sayang?

Oh ya, aku telah membeli durian Musang King di tepi highway Karak tu (area Kg. Sg. Dua).. harganya RM28 sekilo.. bak kata abang, beli jerlaa, takut kempunan.. entah bila lagi dapat singgah kat tempat tu.. aku pilih buah yang agak kecik.. tu pon dah sekilo lebih beratnya.. amik ko kena bayar RM40..

aku puas ati ke tak dgn Musang King ni? dari segi isinya memang tebal.. biji kecik.. warna kuning.. gas pon power.. makan 4-5 ulas dah muak.. tapi entah kenapa aku rasa something’s missing.. aku tertanya2 adakah peniaga buat sesuatu untuk menjadikan buahnya rasa sebegitu? Contohnya menggunakan bahan kimia ke.. kalau tengok tangkainya, durian tu seakan2 dipetik, bukan gugur dari pokoknya..

takpe.. next time aku beli lagi musang king kat tempat lain n buat comparison..
mizalisyaf
Tak sempat nak update kisah Mizalisyaf ni sbb mama bz buat BOD paper.. now dah lega skit..

Sabtu: relax je kat umah.. patutnya nak balik Rawang tp mak bz dgn aktiviti sambutan Maulidur Rasul.. abang gi servis kete sbb ujung minggu ni kitorg nak berjalan jauh ke Jerantut, Pahang..

Ahad: Kitorg gi Genting Strawberry Farm.. kol 10 gerak dr Shah Alam melalui Guthrie, masuk pekan Rawang dan terus ke Batang Kali.. saje tanak ikut highway Karak.. jalannya takde laa berliku sangat.. lokasi Strawberry farm ni di Gohtong Jaya (half way ke puncak Genting)..


nice water fountain at the main entrance

Yang bestnya tempat ni entrance fee is free.. tak perlu bayar untuk melawat unless nak petik strawberry sendiri.. charge yang dikenakan adalah RM6 untuk 100g.. kira ok laa kan? Last time kat Cameron Highland kitorg tak dpt petik strawberry sbb bukan musim buah strawberry.. so kali ni kitorg dapatlaa menunaikan hajat memetik buah.. eh actually menggunting tangkai buah.. hehe..


maybe suhu di sini tak sesejuk Cameron Highland menyebabkan buah cacat


make sure petik 15 biji sahaja yer!

Kat sini juga ada kebun sayur, kaktus dan bunga.. laluan yang ada memastikan kita akan menyelusuri setiap pelosok taman.. bermula dengan kebun strawberry kemudian melalui Strawberry cafe.. of course laa orang akan singgah untuk menikmati paling tidak satu jenis hidangan strawberry seperti icecream, teh strawberry, strawberry celup coklat, jus, kek dan bermacam-macam lagi..

mahal giler.. strawberry coklat RM7.50 dan air mineral berperisa strawberry RM4.50

Next, kita akan lalu kebun bunga, kaktus dan sayur.. after that, kita akan lalu bangsal membiak cendawan pula.. Aku sempat membeli jem strawberry dan mushroom crisp.. finally kita akan jumpa Cameron street yang mana pelbagai souvenir dari tanah tinggi itu banyak dijual di sini..

Kol 2, kitorg bergerak meninggalkan kawasan Genting.. singgah pula di Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak 6km dr Bandar Batang Kali.. ada 2 kolam, 1 yg sangat panas dan 1 yg kurang sedikit panasnya.. kitorg hanya merendamkan kaki saja kerana cuaca panas terik.. takpe, next time leh gi lagi..

Percutian yang singkat tapi menyeronokkan..
Daisypath Anniversary tickers