mizalisyaf
rasa pelik dan janggal bila status aku berubah dari ibu bekerjaya kepada surirumah sepenuh masa.. Hidup aku berubah 100%.. Aku tau segala yg berlaku ada hikmahnya.. Genap 2 minggu aku meninggalkan syarikat itu.. Sayang memang sayang.. Menyesal? Tak mungkin..

Sepanjang 2 minggu ini apa yg aku lakukan? Khamis, 29 nov aku tido sepanjang hari.. Qada tido gara2 tak tido sbb nak siapkan board paper for budget 2013 & 5 yrs plan.. Huhu.. 30hb, masih berehat tenangkan fikiran.. Masih berkira2 nak resign atau tidak.. Mlm tu kitorg satu family gi makan pizza sempena menyambut bday Alya ke 3..

Sabtu, abang ot.. So lepak je kat umah.. Ahad, kitorg gi taman botani negara aka bukit cerakah.. Sejam tunggu shuttle bus nak masuk taman tu, tak jugak dpt naik sbb ramai gile org.. Cuti sekolah kan.. Dah bas tu hanya sebuah, setiap setengah jam.. Tak masuk akal! End up kitorg blah je.. Rugi RM16.. Aku janji nak jumpa mak abah, angah n kak farida kat sana.. tukar plan, jumpa kat akuarium tepi wetworld shah alam

Nasib tak menyebelahi kitorg.. Akuarium tu tutup laa plak sbb nak berpindah ke ape ntah.. Dah laa ujan.. So kitorg gerak ke aeon bukit tinggi.. Nak mkn kat pizza hut, full house laa plak.. Kitorg gi pizza hut kota kemuning.. Eh kenapa asyik mkn pizza je? Actually aku n abang ada redeem maybank treatpoints untuk voucher kfc/pizza hut.. Masa bday alya tu, system diorg rosak, xleh guna voucher.. Kena bayar cash.. That's why nak jugak mkn pizza lg on sunday..

Mlm tu aku n budak2 follow diorg blk rawang.. Sbbnya isnin kitorg nak gi bukit merah laketown resort.. Abangku sayang tinggal umah sbb keje, tak cuti.. Kitorg stay kat suria service apartment.. Ada 2 bilik.. 1 bilik utk angah laki bini, 1 bilik untuk mak n alya.. Aku n isyraf tido atas sofa bed di ruang tamu.. Selesa gak laa n breakfast pon ok.. Mlm tu kitorg gi ikut pakej night hoot.. Gi naik feri tgh mlm then melawat ecopark iaitu mini zoo.. Gile gelap, nampak binatang bila diorg suluh je.. Tp dpt tgk diorg bg mkn buaya..


Selasa, kitorg gi pulau org utan plak.. Pusat pemuliharaan org hutan.. Mana anak org utan yg lahir xcukup bulan, ibunya mati or sakit akan diambil dan dijaga kat nursery.. Then gi ecopark lg.. Kitorg sempat naik skycycle yg mana kena kayuh sendiri guna tangan.. Lenguh jugak laa..





Rabu, kitorg mandi manda di bukit merah water park.. Org tak ramai sbb weekdays.. Puas main air, kitorg pon pulang ke rawang.. Sampai umah kol 9pm.. Khamis, kitorg lepak je.. Mlm tu abangku sayang jemput kitorg pulang ke shah alam.. Hilang bebanan masalah kerja di minda aku..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers