mizalisyaf
Kitorang sekeluarga jadi juga pulang ke rawang sabtu lepas.. Bertolak dari shah alam hampir jam 11 dan tiba di sana sejam kemudian.. Mak abah dah lelap pon.. Tapi seperti biasa mak akan layan budak2 ni sampai diorg tido.. Memandangkan isyraf dah puas tido dalam kereta dan si alya pula sangat teruja jumpa neneknya, diorang taknak tido.. Mama dan ayah pula layan lord of the ring.. Kol 2.30am barulah budak2 ni lelap.. Tu pon lepas bagi botol susu.. Aku dan abangku sayang tido kol 3..

Tghari semalam kitorg pulang ke gombak.. Saje melawat umah lama kitorg yang terbiar kosong.. Hmm dah tak boleh dipanggil rumah pon sebab yang tinggal hanyalah ruang depan rumah kampung terdiri daripada 2 bilik tidur dan beranda.. Bahagian lain semuanya dah roboh dan dirobohkan.. Bila tengok tinggalan rumah tu dan membayangkan keadaannya dulu semasa kami tinggal di situ, terasa rumah itu amat sempit.. Tapi itulah dia rumah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan.. Memikirkan rumah itu membuatkan hati terasa sebak..

Kami pulang ke sana tidak sia-sia.. Rambutan sedang masak ranum.. Tapi sayang pokoknya tinggi dan galah tidak cukup panjang.. Kami juga sempat melawat sepupu aku yang patah tangan dan kaki akibat kemalangan.. Kemudian menziarah mak long pula..

Perut dah berkeroncong sebab kami belum makan tengahari lagi.. Mak mencadangkan kami makan di taman melati.. Aku ok saje.. Sedang kami menunggu nasi ayam berempah, terdengar bunyi dentuman agak kuat.. Sebuah kereta perdana hitam melanggar viva hitam yang diletakkan di bahu jalan.. Viva itu pula menghentam exora yang diletakkan di hadapannya.. Manakala exora itu melanggar viva putih di hadapannya.. Semua gara2 pemandu perdana hitam itu terlelap ketika memandu.. 4 buah kereta terlibat.. Yang paling teruk pastinya perdana dan viva hitam itu.. Exora kelihatannya ok saja, mungkin kemik sedikit.. Viva putih itu pula jatuh bumpernya dan kemik di bahagian kiri..

Sehingga kami sudah habis makan, barulah selesai perbincangan antara pemandu itu.. Yang pasti pemandu perdana itu salah.. Tapi pemilik kereta lain juga salah kerana meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.. Jalan itu sempit.. Kereta yang diletakkan di bahu jalan atau sebenarnya boleh dikatakan di atas jalan raya pun merupakan tindakan tidak wajar.. Hmm apa nak buat, benda nak jadi.. Kadang2 kita tak salah pon boleh kena langgar juga..

Selesai makan, kami menuju ke tesco rawang.. Tujuan utama beli susu budak2 ni.. Mujur tengah sale harga murah.. Beli beberapa barang keperluan yang lain sebelum pulang ke tasik puteri.. Jam 9.30, kami bergerak pulang ke shah alam.. Orang lain sibuk membuat persiapan persekolahan, mujurlah masa kami belum tiba..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers