mizalisyaf
Waahhh.. dah masuk 3 org bertanya kat aku sama ada aku resign untuk jadi full time housewife ke.. pelik.. pelik.. kenapa ek?

zaman sekarang ni, gaji suami sahaja (below 3k) tidak cukup nak menampung kos hidup sekeluarga terutamanya di Lembah Klang ni.. aku tak cakap takde, mungkin ada yang boleh buat begitu.. tapi kitorg tak sanggup nak ikat perut, tak dapat makan sedap2 selalu, tak dpt beli baju baru, tak gi holiday, tak dapat nak balik kampung tiap bulan.. cukup laa zaman kanak2 aku camtu, tapi aku taknak anak2 aku melalui perkara yang sama..

korang cuba pikir.. ni roughly budget kitorg sebulan yg memang kena bayar.. tu belum campur kehendak nafsu lg..

Sewa rumah RM450 (kira murah laa rumah teres 1 tingkat)
Babysitter RM500 (2 org budak)
Kereta RM450
Loan rumah RM350 (ni interest je.. sbb rumah masih dalam pembinaan)
HP Bill RM200 (Data plan)
Utilities RM100 (air free kat Selangor)
Astro RM60 (amik yg basic + discovery channel + cartoon)
Petrol RM300 (minimum – kalo pergi balik keje je)
Susu Budak RM100 (Dugro je)
Drypers RM100 (beli time weekend sale)

Atas ni boleh dikategorikan keperluan laa.. Data plan memang not necessity tapi di zaman serba canggih ni, kita kena laa mengikut arus.. Astro pon bukan keperluan tp kalo takde piring astro tu, kitorg dpt tgk siaran tv yg berbintik2 je laa.. tu belum amik kira belanja makan minum, barang keperluan rumah, personal loan, insurance, bagi duit kat mak abah.. kalo pendapatan abangku sayang RM10k sebulan, maybe aku boleh consider untuk jadi full time housewife..

Reason aku nak keluar dr company ni sbb offer kat sana lebih tinggi.. boss aku pon tanak counter offer untuk beri peluang for my career development.. orang kat sini pon dah tak sabar2 nak aku keluar untuk mengurangkan persaingan diorg.. dan lagi satu, pertukaran keje ini akan menjadikan aku lebih berdikari.. Semoga dipermudahkan..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers