mizalisyaf
Sabtu lepas, sedang aku dan abang lepak2 sambil browse internet, tiba-tiba blackout.. waktu tu dekat kol 2am.. kedengaran seperti ada letupan kecil beberapa kali.. abang meninjau di tingkap.. seluruh kampung bukit naga gelap gelita.. kelihatan asap dan api menjulang ke langit tidak jauh dari umah kami.. ada kebakaran!

Kami duduk saja dalam kegelapan.. kedengaran selak pintu rumah sebelah dibuka.. jiran2 berjalan menuju ke tempat kejadian.. abang pun turut serta.. rupanya kilang papan yang terbakar.. aku sangkakan asrama pekerja bangla yang terbakar.. setengah jam kemudian, bomba pon tiba.. malam itu kami terpaksa tido kepanasan..

Sampai pagi esoknya bekalan elektrik masih tiada.. mujurlah kami keluar ke IOI Mall.. apabila kembali ke rumah, semuanya dah ok.. malam tu, bekalan elektrik terputus lagi.. tapi kali ni cuma di deretan rumah kami.. hampir 3 jam jugalah kami bertemankan cahaya lilin.. bila bekalan elektrik pulih, budak2 pon dah tido.. Dapatlah iron baju keje untuk esok..

Pagi Isnin on the way nak gi keje, keluar je exit Bukit Rimau, jalan dah sesak.. pelik betul.. tak pernah sesak camni.. kitorg meneruskan perjalanan walaupon tau punch card akan merah.. tiba di exit Hicom, jam dah kol 8.15am.. tak dapat bergerak langsung.. abang berpakat dgn nizar (yg turut sama tersangkut dalam jem) untuk lalu jalan alternative iaitu u-turn di tol Seafield..

Belum pon sampai tol, kitorg dah nampak jalan yg bakal dilalui turut jem teruk.. aduh.. aku memberi cadangan untuk amik cuti half day.. bila abang bincang lagi dgn nizar, dia pon kata tanak gi ofis.. aku terus hantar sms kat boss untuk memberitahu ttg emergency leave itu.. that time dah almost kol 9am..

Bila dah sampai rumah, perasaan malas untuk keje makin menjadi2.. akhirnya kitorg cuti full day.. that’s why kitorg sempat gi shopping di Plaza Alam Sentral..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers