Hampir sebulan blog ni bersawang.. aku terlalu bz hinggakan tak sempat nak bercerita..
Apr - kitorang kena submit statutory accounts ke auditor.. dengan bermacam adjustment yg kena pick up.. dengan GCF yg baru, tak reti nak isi.. dengan impairment test yg hanya aku tau detailnya.. dengan BOD slide untuk presentation.. sesungguhnya aku letih..
Sejak 2 minggu lalu aku kena stay back siapkan keje.. ada 2 hari aku pulang kol 2 am.. kesian kat abangku sayang dan budak2 ni.. tertekan hidup aku sampai aku nangis mengenangkan nasib.. bagi sesetengah org yg workaholic, ia perkara biasa.. bagi aku, ia adalah disaster.. terlalu sibuk dengan keje di pejabat adalah antara penyumbang masalah rumahtangga.. tak gitu? hmm mungkin aku je yg terlalu memikirnya..
hujung bulan 4 hingga awal bulan 5, bz plak dengan kenduri kawin angah.. tolong siapkan gubahan hantaran lg.. tolong uruskan hal kenduri lagi.. malam sebelum kenduri tu kitorg terpaksa tido di dewan plak.. huhu.. sepanjang majlis berlangsung, aku tak duduk diam.. sibuk menyambut tetamu dan menguruskan buah tangan..
ni barulah agak lega sedikit kerana hampir selesai segalanya.. Alhamdulillah..