
Makin dekat PRU, makin banyak plak caci maki, "bukti" penipuan SPR, gambar kemasukan Bangla beramai-ramai di airport, info2 keburukan pihak kerajaan mahupon pembangkang.. Salah satu contohnya adalah gambar di atas yang diforward dalam fb.. Aku adalah undi atas pagar.. Jadi bila orang post benda macam2 kat fb, aku curious juga tentang kesahihan maklumat tu.. Adakah fakta atau auta?
Macam gambar atas tu, ia menunjukkan no mykid budak 4 tahun ada dalam sistem SPR yang melayakkannya mengundi di Jelebu.. Actually aku minat pasal abangku sayang kan mengundi di sana.. Bila aku check no ic abang di website spr dan compare dengan gambar tu, ada beberapa keraguan terhadap gambar tersebut.. Kenapa no ic budak tu tak ditunjuk penuh so that aku leh check sendiri kat website spr? Dan kenapa no ic budak tu ada "-" sedangkan kita tak sepatutnya taip "-" untuk menyemak daftar pemilih.. Kenapa PRU ke-13 tu dipalang dan digantikan dengan 17? Gambar budak pompuan tu cam familiar je?
Gambar tu dah diedit.. So boleh caya ker? Ramai orang yang komen untuk menghentam SPR dan kerajaan atas sumber yang diragui ni.. Kesimpulan yang dapat dibuat, haters gonna hate.. Kalo ko pro BN, semua yang BN buat betul.. Kalo ko pro PR, semua yang PR buat betul la? Tak kisah la gambar dan info tu betul ke tak, ramai yang nak kutuk je..
Lagi 1 hari je lagi untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai pengundi tapi aku masih belum decide which one to choose.. Dari apa yang dibaca, ramai yang nak undi PR atas dasar kewujudan parti PAS dalam tu.. Kalaulah PAS tak join PR, aku rasa PRU kali ni PAS akan menang mudah kerana perjuangannya untuk Islam.. Wallahualam..
Semoga selepas PRU ni, tak kira siapa menang, ianya akan menguntungkan semua pihak terutamanya rakyat Malaysia..