mizalisyaf
Tadi kitorang gi Giant Hypermarket Sek 7.. Tengok2 bukan seperti Giant hypermarket lain.. Kecik je.. Kalo tengok google map, lokasinya di pasaraya Bintang.. Maybe giant takeover bangunan pasaraya bintang tu.. Giant tu pon tak semeriah mana.. Kitorang beli beberapa barang sebelum keluar dari pasaraya tu.. Tanya kat cashier tu mana Big Apple.. Katanya jalan terus je..

Bila sampai ke tempat yang ditunjukkan, alahai.. Kecik je kiosk Big Apple.. Sebelah Cool Blog.. Dah sah la tak kelihatan donashi.. Bila ditanya kat pekerja situ, katanya dah abis.. Ntah btol ntah tak ada jual donashi.. Alang2 dah sampai, aku beli 2 ketul donut.. Huhu.. Aku kena gi carik Big Apple kat shopping complex besar dan gi waktu tengahari.. Kalo abis jugak, tatau la apa nak dikata..

Abangku sayang tanya apa yang teringin sangat makan donashi? Apa bezanya? Actually takde laa beza sangat.. Cuma dari segi saiz, donashi tu kecik je.. Pastu atas donashi tu ada small decoration yang comel ala2 sushi.. Abang konpius betul.. Abang kata, kalo setakat rupa je berbeza, apa salahnya beli donut biasa je.. Dah masuk perut nanti sama gak..

Yes aku akui apa yang abangku sayang kata tu benar belaka.. Cuma menjadi satu kepuasan untuk aku bila donashi ada depan mata dan dapat gigit donut yang comel itu.. That's all.. Minah ni dalam mood mengada-ada.. Hehe.. Tapi aku takdelah mengidam sampai tak tido malam.. Masih boleh tunggu next week kalo ada rezeki..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers