mizalisyaf
Dah masuk 7 bulan.. Minggu ni kena gi buat ujian air gula lagi.. Cadangnya nak g hari Sabtu supaya abangku sayang tak perlu amik cuti..

Seronok betul sebab Jumaat ni cuti.. Hari Wesak.. Takde plan lagi tapi yang pasti aku kena control makan dan minum on that day.. Manis2 mesti dikurangkan.. Kang tak pasal2 naik kandungan gula dalam darah esoknya.. Tapi lepas test tu boleh bedal makan.. Hehe.. Tghari tu nak g kenduri Aqiqah Wafie.. Pastu kenduri Fatma di Serdang kalo sempat la.. Esoknya kenduri Mar kat Sg Buloh.. Biasalah, banyak kenduri sempena cuti sekolah..

Kalo ikut sejarah, aku bersalin dalam minggu 37+.. So ada 9 minggu je lagi.. Dah dekat kan? Set bersalin NR dah lengkap.. Aku baru je terima parcel minyak berubat herba dan phytox semalam.. Benda tu tak termasuk dalam set, so aku beli loose items.. Bengkung guna yang lama.. Breastpump dah ada manual n electric.. Tungku guna batu sungai.. Yang perlu dibeli adalah baby's items laa kot.. Takpe, ada masa lg..

Malam tadi terbaca status seorang kawan kolej yang pregnant kali ke 4.. Tak dirancang.. Hmm tabah juga laa sebab anak ke 3 belum setahun lagi.. Dah rezeki kan, jangan ditolak.. Sementara muda ni la masanya.. Bila dah meningkat usia, nak bawak perut pon hongeh.. Serious, bila kandungan dah masuk third trimester cam aku ni, mula la hongeh.. Nafas pendek.. Tido tak lena.. Nak bangun bila dah baring tu kena slow2..

Next month, InsyaAllah bebudak akan dihantar ke taska semula.. Dah call pengasuh tu, dia kata ok.. Biar diorang belajar dari orang luar.. Dengan mama sendiri tak dengar kata.. 2 hari lepas, ayah bagi pencil dan buku untuk diorang belajar menulis.. Kami terleka kejap je, abis dinding diconteng.. Apa nak jadi ntah.. Naik melecet jari aku memadam balik.. Disuruh alya padam, baru kejap dah mengadu penat.. Tak pandai laa.. Mau je ku lempang..

Hopefully they will be better by the time aku abis pantang..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers