mizalisyaf
Weekend lepas, kitorang gi 4 kenduri.. Lepas test gula kat klinik Soraya, terus kitorang menuju ke Batu Caves.. Kenduri aqiqah Wafie.. Masa sampai tu kumpulan marhaban mak baru je abis berzanji.. Biar diorang makan dulu, then baru giliran kitorang plak.. Ada kambing panggang, kambing masak kurma dan kari kambing.. Dah namanya aqiqah, mestilah ada kambing kan..

Dari Batu Caves, kitorang kembali ke Bukit Naga.. Tapi bukan terus balik.. Singgah kat umah Reen.. Dia buat kenduri doa selamat sempena pindah umah baru.. Ada laa beberapa orang proton yang lain.. Lama gak lepak kat situ sebab nak menunggu Zara.. Dia gi kenduri Fatma di Serdang.. Aku pon dijemput tapi tak gi.. Macam mana plak nak kejar semua kenduri..

Ahad, kitorang gi kenduri sedara belah mak di Greenwood.. Kat dewan majlis persandingan aku dulu tu.. Tak lama pon kat situ.. Then kitorang ke Sungai Buloh plak.. Kenduri Mar.. Lokasinya dekat dgn Saujana Utama.. Takde la susah nak cari pon sebab aku pernah gi Saujana Utama dengan angah dulu untuk tgk showroom.. Tapi angah tak jadi beli umah kat situ..

Kat umah Mar, jumpalah beberapa orang Proton.. En Azdi, Abg Nazri, Kak Haniz, Kak Has dan Kak Zam.. Ketibaan kitorang disambut oleh Lokman.. Untuk beberapa minit, aku konpius apasal plak mamat ni lagak ala2 tuan umah.. Then baru teringat yang dia kan kawin dgn kakak Mar.. Memang la dia wakil tuan umah.. Hehe poning gue!

Diorang yang jumpa aku kebanyakannya terkejut sebab aku dah memboyot lagi.. Yerla kalo ikut pengiraan, aku kuar proton je terus aku conceived.. Yang seronok skit bila diorang kata aku makin kurus.. Hehe.. Siapa yang tak suka kan? Nanti lepas bersalin, aku akan usahakan untuk lebih menjaga badan.. Aku takdelah nak kurus sangat, below 50kg is not good for me.. 53-55kg ok kot, so that I still have a curvy body yang boleh menggiurkan abangku sayang.. Oppss, terover plak!
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers