mizalisyaf
Sejak Rabu lepas, rutin harianku dah berubah.. Kenapa? Sebab kini Alya dan Isyraf dah masuk taska semula.. Memang pelik rasanya bila rumah ni sunyi sepi tanpa suara budak2 tu mahupon jeritan leteran aku.. Bukan nak menolak tanggungjawab.. Ia untuk meringankan beban aku yang dah sarat ni.. Bila dengan aku, budak2 ni manja dan mengada terlebih.. Kata aku taknak didengar.. Daripada hari2 diorang dengar aku keluarkan kata yang kurang sesuai, lebih eloklah diorang belajar di taska..

Kat taska, Alya dah reti buang air besar sendiri di tandas.. Sepanjang 6 bulan di rumah, dia sanggup tahan.. Bila nak tido or keluar jalan2, aku akan pakaikan diapers.. Masa tu laa Alya akan membuang.. Penat aku ajar, ingatkan, marah, leter, cubit, pukul.. Tak berhasil pon.. Korang takyahla nak compare dengan anak korang yer! Aku cerita ni pasal anak aku.. Maybe sebab dia dah biasa dok taska, bila dapat peluang 6 bulan ni dok bawah jagaan aku sepenuhnya dia jadi mengada2..

Pasal Isyraf tak banyak sangat bezanya.. Sebab dia baru 2 tahun.. So kat taska, aktivitinya banyak main2 je la.. Alya plak banyak belajar benda baru.. First day kat sana, dia belajar buat kek polkadot.. Kebetulan pula cuti sekolah, aktiviti budak2 ni lebih menarik.. ABC pon sebenarnya Alya dah hafal la juga tapi taktau bila di rumah, dia cam blur.. Semua huruf cam tak kenal, siap boleh buat gaya orang berfikir sambil gosokkan jari di dagu.. Letih aku dibuatnya.. Takpelah, maybe dia perlukan orang luar sebagai cikgu or dia seronok belajar ramai2..

Setiap pagi, aku akan kejutkan Alya dan Isyraf kol 6.40.. Mujurlah diorang tak liat bangun.. Mandikan diorang, pakaikan baju, kemaskan beg untuk dibawa ke taska, bancuh susu.. Kol 7 lebih, abangku sayang antar budak2 ni gi taska naik motor.. Pas tinggal aku sorang di rumah, aku basuh baju, basuh pinggan dan sarapan.. Then leh lelap kejap sementara baju siap dibasuh.. Kol 10, sidai baju.. Sapu rumah or buat la apa yang patut.. Kol 12 start masak sebab abangku sayang nak balik makan tengahari..

Kol 2 bila abangku sayang dah ke ofis semula, aku dapat rehat dengan tenang.. Tapi bahaya gak.. Ini boleh mengundang lemak di badan., kalo rajin, aku buatlah keje apa yang boleh.. Cam aritu aku gi bukak balik plastik baju Alya dan Isyraf yang lama2.. Pilih baju yang boleh direcycle dan dipakai oleh new baby.. Jimat skit duit kan.. Tapi baju baru kena la beli gak.. Takkan nak keluar hospital nanti pakai baju lusuh je.. Kesian plak.. Dulu kakak dan abang dapat baju baru, takkan si adik ni dianaktirikan..

Kol 5, aku akan defrost frozen food.. Kol 5.30 dah leh start menggoreng.. Tengoklah apa rezeki yang ada dalam freezer tu.. Kadang2 keropok lekor, kadang2 nugget, chicken popcorn, chicken fingers.. At least terisi jugak perut diorang yang baru pulang ke rumah.. Malam, rutin harian seperti biasa.. Yang bestnya, budak2 ni dah start tido awal.. Kol 10 lebih dah tido maybe sebab penat di taska.. Kalo tak, kol 12 pon belum tentu diorang lelap.. Berakhirlah rutin 1 hari..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers