IGT
mizalisyaf
Jumaat lepas gi checkup.. Doktor tengok result test air gula aku aritu.. Katanya mungkin aku ada IGT iaitu impaired glucose tolerance.. Ianya keadaan di antara normal dan diabetese.. Kalo berpuasa, kandungan gula aku ok.. Bila masuk je benda manis, kandungan gula dalam darah naik mendadak.. So next week aku kena buat BSP lagi.. Harap air akar herbanika tu dapat membantu.. Berat badan aku dah 63kg dalam week 31.. Aku rasa ok laa kot.. Tapi lupa plak nak tanya berat baby.. Takpe, next check up laa plak..

Doktor jugak dah keluarkan refer letter untuk aku ke Salam Medical Centre.. 2 minggu lagi bermulalah checkup di sana pula.. Actually agak lewat pon sebab normally bila kandungan masuk 7 bulan dah leh start checkup di hospital.. Masa isyraf dulu 6 bulan lebih aku dah gi Salam sebab gula tinggi gak.. Depends on doktor la kot.. Doktor skang ni nak monitor aku lagi.. Doktor dulu terus rujuk ke pakar je.. Ok la gak sebab kos hospital pakar lagi tinggi dari klinik kan..

Oh ya, aritu ada lagi panggilan pasal keje.. Minah dari recruitment agency nak panggil interview for oil n gas company.. Bila aku cakap aku pregnant, terus dia cakap "if like that, i could not help".. Ok, i dont ask for your help pon! Ko yang perlukan pertolongan aku sebab if hired, ko akan dapat commission.. Lepas pantang nanti baru aku perlu pertolongan ko.. Bila aku nak, tak dapat.. Bila tak mencari, sibuk plak nak offer.. Tu namanya bukan rezeki aku la tu..

Weekend ni kitorang tak ke mana pon.. Abangku sayang ot 2 hari.. Semalam sempat gak gi kenduri kat rumah hujung taman ni.. Sekali sekala tunjuk muka.. At least kenal gak jiran tetangga.. Dahla petang2 aku tak keluar rumah.. Malas nak borak2.. Lagipon kalo aku keluar, budak2 ni lepas berlari sana sini.. Tak larat aku nak tengok.. Diorang dah pandai menjawab dengan aku.. Dengan ayahnya tak pulak.. Ikut hati, dah selamat aku kejekan.. Poning..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers