mizalisyaf
Pagi2 lagi aku dah bangun kol 6.15.. Pilih baju budak2 yang nak dipakai untuk hari itu dan kemas barang mana yang boleh.. Lepas semua mandi dan bersiap, kol 8.30 kitorang bergerak ke Padang Melangit.. Sarapan pagi di sana.. Mak ngah hidang pulut kuning, rendang, gulai ayam kampung, kuih karipap dan bahulu.. Lepas bergambar kenangan dan bersalaman, kami semua konvoi ke Wang Kelian..



Tiba di Wang Kelian dekat kol 11.. Parking dah penuh berdekatan dengan check point imigresen tu.. Terpaksalah kami menapak jauh.. Mujur cuaca mendung tak panas terik.. Tiba di check point sebelah Thailand, hujan turun dengan lebatnya.. Aduhai, dugaan sungguh.. Lepas hampir sejam, hujan semakin reda.. Tapi masih gerimis.. Abang amin menumpang motor sewa untuk kembali ke kereta untuk mengambil payung.. Maka bermulalah shopping dalam gerimis..

Kitorang berpecah mengikut keluarga masing2.. Aku dan abangku sayang membeli sebuah beg kulit, thermos yang besar dan kecil, sabun collagen, seluar batik untuk budak2, sepasang baju Alya, topi cowboy untuk isyraf dan makanan kudapan.. Barang untuk aku takde kot.. Biasalah minah susah nak beli barang ni.. Huhu.. Takde gambar pon di situ sebab takde mood, hujan..

Kol 2 lebih, kami ke Padang Besar pula.. Aku seperti biasa window shopping saja.. Niat di hati nak beli mangga harumanis, tapi takde pula.. Kak pijah nak merasa moi sup, tapi hampa kerana kedai tu baru je tutup kol 6.. Huhu.. Kurang bernasib baik laa.. Dari Padang Besar, kami ke Sg Batu Pahat untuk kembali semula ke gerai mangga harumanis.. Alangkah hampa, stok baru je habis.. Kalo nak, kena tunggu tahun depan.. Huhu..

Aku rasa bersalah pula sebab aku yang membuat keputusan untuk ke wang kelian dahulu.. Kalau kami beli harumanis dulu sebelum ke wang kelian, pastinya tiada yang hampa.. Apapon, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. Kami takdelah kempunan pon sebab dah makan harumanis bersama pulut semalamnya.. Kalo ada rezeki, tahun depan kita gi Perlis lagi..

Kami singgah makan malam di Kuala Perlis, depan hotel putra brasmana.. Menu yang diorder adalah ikan 3 rasa, ikan sweet sour, sotong goreng, kerang bakar, sup sayur, kailan ikan masin dan telur dadar.. Pastu ada pula sate.. Kenyang gile.. Aku memang takde mood nak bergambar sebab pinggang aku sakit gile.. Yerlah, berapa jam berjalan tu.. Dalam mpv pon tak dapat luruskan badan sebab isyraf tido atas riba aku.. Walaupon camtu, semangat aku nak travel memang kuat.. Orang pregnant lain takde kot cam aku ni..

Dari Kuala Perlis, kami masuk highway ikut Alor Star Selatan.. Adalah beberapa kali singgah RnR.. Kol 2, kami parking agak lama sebab masing2 yang memandu semuanya dah mengantuk.. Cuma ajim meneruskan perjalanan pulang sendiri sebab dia keje hari Isnin.. Gile tak? Nak wat camne, keje bahagian account lena settlekan hal closing month end.. Kami yang lain rehat sampai kol 4am..

Di RnR Sg Perak, kami singgah beli mangga.. Harumanis takde juga.. Maka kami beli mangga Datuk.. Bolehlah buat buah tangan untuk rakan ofis abang.. Final stop kami di RnR Ulu Bernam.. Kami bersarapan pagi di sana sebelum berpecah pulang ke rumah masing2.. Kami singgah sebentar di Ampang untuk menghantar pulang Mamak Usu sekeluarga.. Tiba di Bukit Naga kol 11am.. Alhamdulillah, perjalanan kami tiada masalah..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers