mizalisyaf
Akhirnya aku menyewa sebuah toyota innova dengan sewa RM300 sehari.. agak mahal tapi ok la kot.. Mpv tu baru je sebulan keluar dari kilang.. No plat WYG.. Perjalanan pertama kami adalah ke Ampang untuk menjemput Mamak Usu bertiga anak beranak.. Dari Ampang, kami menuju ke RnR Rawang di mana ada 3 kereta dah menanti kami.. Angah, Kak Pijah dan Ajim..

Sepatutnya di RnR Rawang ada stesen Petronas.. Tapi kawasannya dikepung dengan zink plak.. Mungkin under renovation.. Mpv kami dah kekurangan minyak, aduhai.. Mujurlah simpang bukit beruntung tidak jauh dari situ.. Kami isi minyak di petronas bukit sentosa.. Bermula dari exit Bukit Tagar, 4 buah kenderaan konvoi menuju utara.. Ada beberapa kali kami berhenti di RnR untuk ke tandas dan merehatkan badan..

Jam 8, kami tiba di RnR Gunung Semanggol.. Di situ kami mandi, menukar baju dan bersarapan pagi.. Kami tiba di rumah mak ngah di Padang Melangit hampir jam 12 tghari.. Kenduri belum bermula sebab jemputan tiba jam 12.30pm.. Selepas perbincangan mendalam, kol 3 kami bergerak menuju Sg Batu Pahat.. Plan asal aku adalah untuk check in di homestay dahulu kol 2 pm, then baru melawat tempat menarik.. Tapi bila dah ramai2 ni, masing2 nak ikut kepala sendiri, terpaksalah aku yang muda ni mengalah..

Tempat pertama dilawati adalah Ladang Mangga Harumanis.. Stok buah dah habis tapi kami dapatlah merasa pulut mangga dan waffle mangga.. Memang manis.. Kat depan ladang tu ada beberapa gerai menjual mangga tapi kami cadang untuk membelinya keesokan hari sahaja..


Bergerak pula ke Taman Anggur Perlis.. Bayaran masuk RM3 seorang.. Dapatlah kami melihat dan bergambar berlatar belakangkan gugusan anggur yang bergayutan.. Tapi tak boleh petik ye.. Kalo nak merasa, boleh beli di pondok entrance tu.. Kami tak beli pon..



Kemudian kami ke Rimba Herba pula.. Bayaran masuk RM1.. Dalam tu ada bermacam2 jenis herba.. Nama pelik2.. Jauh jugalah kami berjalan dalam tu.. Sakit tulang belakang aku.. Bila nak keluar, ada dihidangkan teh misai kucing.. Tapi aku tak minum pon takut affect kandungan plak..



Next stop, Hutan Lipur Bukit Ayer.. Ada jeram sesuai untuk mandi-manda.. Disebabkan dah lewat petang, kami tak masuk air pon.. Sekadar berehat tepi sungai sambil menikmati keindahan alam.. sempatlah juga budak2 makan aiskrim kon di sana..



Dari Bukit Ayer, kami singgah semula di Padang Melangit.. Mak bermalam di sana, dapatlah berbual lama dengan adik beradiknya.. Kami pula dibekalkan dengan makanan kenduri sebelum check in di homestay taman haz melati.. Taman ni baru dibuka, takde dalam google map.. Terpaksalah abangku sayang meringankan mulut bertanya jalan dengan penduduk setempat.. Hampir maghrib baru kami jumpa homestay tu..

Homestay 3 bilik 2 bilik air ni agak selesa juga.. Master bedroom ada 1 katil queen dan 1 pullout bed, lengkap dengan bilik mandi.. Bilik ke 2 ada 1 bunk bed dan 1 katil double decker.. Bilik ke3 ada 1 katil queen.. Maknanya ada 11 tempat tido.. Homestay tu jugak ada sediakan iron, rice cooker, pinggan mangkuk, kettle.. Kekurangannya takde microwave dan peti sejuk.. Tapi what do you expect dengan sewa cuma RM100 semalam.. Ok la tu..

Malam tu semua orang flat.. Tak ingat nak makan, ingat tido je.. Cuma budak2 jelah yang excited lari sana sini plus ada buaian di luar.. Memang anak2 aku kena paksa tido laa.. Abis cerita!
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers