mizalisyaf
Jumaat lepas, abangku sayang tak keje.. Dapat cuti MC sebab demam.. Yeehaaa.. Eh bukan suka dia demam, suka sebab dia ada di rumah.. Sempat laa gi settlekan urusan bank.. Petang tu just rehat di rumah.. Budak2 ni kelakuan baik skit bila ada ayahnya..

Sabtu, kitorang balik kampung.. Sampai sana tghari.. Lepas makan dan lepak2, masa untuk lelap.. Budak2 pon dipaksa tido.. Kalo tak kang diorang sibuk kacau wan.. Malam tu, abang gi gunting rambut kat pekan Klawang.. Dibawa isyraf sekali.. Alya tinggal dengan aku kat umah.. Diorang ni bila tak bersama, kurang laa buat hal.. Abang kata isyraf dok diam je sepanjang dia bergunting.. Umpannya adalah lolipop dan air kotak.. Hehe..

Semalam, kitorang gi pasar pagi.. Beli lauk dan buah.. Pastu ada muslimah PAS dok edarkan belon dan risalah pasal pakatan rakyat.. Dah dekat pilihanraya ni, semua parti aktif memancing undi.. Aku ada terima call pemberitahuan tempat aku akan membuang undi.. Aku ingatkan diorang nak buat survey lagi.. Aku pon takdelah menyokong mana2 pihak.. Tunggu je la pilihanraya nanti..

Tghari tu kitorang tido lagi.. Haha.. Memang tido puas2 rehatkan minda.. Tak produktif betul.. Petang tu kitorang gerak pulang ke shah alam.. Tapi sempat singgah di bandar baru nilai beli langsir untuk pintu gerbang antara ruang tamu menuju ke dapur.. Actually yang readymade specific untuk pintu gerbang takde, kitorang beli langsir untuk sliding door (tapi sehelai je).. Tu pon dah rm100 huhu.. Takpelaa, itu kehendak abangku sayang..

Hari ni abang keje.. Huhu.. Tapi tghari tadi kitorang mendapat kunjungan dari Zara.. Apa pon tak dapat sebab minah ni puasa.. Ingatkan nak lunch sama.. Next time yer.. Kalo ada rezeki, kitorang nak juga buat doa selamat kecil-kecilan sempena pindah umah baru.. Tengok laa camne.. Kena plan betul2 ni..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers