mizalisyaf
First trimester is over.. Semalam gi check up, kandungan dah masuk 17 minggu.. Everytime scan, baby tgh tido.. Just tgk degupan jantung je.. Kakak n abang dia dulu lasak btol.. Bila scan sibuk tendang la, melentik la.. Ni diam je.. Maybe sbb baby ni takut kena marah.. Asyik dengar mama dia membebel, menjerit, marah2 je kat umah..

Hmm tau tak yang berat aku turun 800g compared to last month.. Ni gara2 stress dan kurang makan.. Dulu masa keje, kalo stress aku makan.. Mulut asyik mengunyah je.. Tapi skang, bila stress aku tend to kurung diri dalam bilik or baring atas sofa.. Stok makanan rapu tak banyak di rumah.. Kalo dulu, bila kehabisan stok boleh beli lagi di kopro..

Rasa-rasanya by the time nak bersalin berapa berat badan aku yer? Dulu berat aku naik almost 20kg.. Hopefully tak naik mendadak dalam tempoh 5 bulan ni.. Kalo boleh aku nak dapatkan semula berat badan sebelum beranak dulu lepas pantang nanti.. Chaiyok! Eh actually kenapa perempuan nak kurus? Kadang2 niat terpesong.. so better reset minda balik bak kata prof muhaya..

Kali ni tak sure nak berpantang di mana.. Kalo ikutkan aku nak berpantang di umah sendiri.. Tapi abangku sayang kata siapa nak jaga aku nanti? Aku maybe bersalin end of july or early august.. Bulan puasa.. Mak aku selalunya penuh aktivitinya dengan tadarus al quran, majlis sumbangan anak yatim dan ibu tunggal dan macam2 aktiviti kerohanian.. Mak dulu bila dah kuat sedikit, dia berpantang sendiri je.. So anaknya ni patutnya buat perkara yang sama?

Unlike family abangku sayang.. kak ngah dijaga sepenuhnya oleh mak di kampung masa berpantang.. So abang suggest aku berpantang di kampung dan dijaga oleh mak mertua.. Aku pon tak tau.. We'll see..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers