mizalisyaf

Semalam, kol 10am mak abah dah sampai sini.. Diorang datang jemput aku dan anak2 untuk gi melawat anak buah baru.. Kol 11 lebih gerak dari sini.. Kenapa mak abah datang jemput? Aku takde kete untuk dipandu (maksudnya kereta kecil.. huhu.. Alasan saje.. Kete Waja ni ada.. Abang gi keje naik motor skang ni).. Actually dah bertahun tak memandu secara konsisten, dah tentu la aku risau nak bawa kete besar.. Lagipon susah nak kawal budak berdua ni sambil memandu..

Kitorang ikut jalan Sg Buloh untuk ke Batu Caves.. Abah nak ikut Federal Highway, aku cakap jalan jem dan tak berapa pasti simpang mana perlu dipilih.. Nak ikut Guthrie, aku kata baik laa ikut jalan dalam.. Takyah bayar tol.. Sampai area Sg Buloh, lori makin banyak.. Kereta laju2.. Jalan bersimpang siur.. Tetiba abah tanya sama ada aku boleh drive ke tak.. Of course laa masih boleh drive.. Lagipon kete kancil auto.. So tukar driver.. Mulanya cuak gak tapi kejap jer.. Aku berjaya drive sampai Batu Caves..

Kebetulan Ajim keje half day.. Dia nak bawa Liyana ke klinik untuk checkup.. Baby Wafie sedap je tido.. Diorang kata baby tanak tido malam.. Tu perangai Alya dulu.. Berapa bulan gak la bersabar.. Tak lama pon di sana.. Kitorang pulang semula ke Shah Alam.. Aku gak yang drive.. Singgah makan di Sek 20 sebelum pulang ke rumah.. Alhamdulillah skill driving aku masih ok..

Actually kalo aku berjaya dapat keje di Ara Damansara aritu, kitorang bercadang untuk beli kete kecil second hand.. So aku boleh drive sendiri gi keje dan abang tak perlu pening kepala risaukan transportation kami.. Malangnya tak dapat keje tu pon.. Berkuburlah harapanku.. Takpe, aku ada apply keje lain.. Moga dimurahkan rezeki..

Hmm aku ada dapat panggilan temuduga SPA in April.. Tapi jawatan taraf SPM.. Should I go? Bukanlah nak memilih keje.. Tapi ramai yang kata SPA tanak amik pemegang ijazah untuk keje sokongan ni.. If so, why bother to call me for interview? Ada sesiapa yang tahu maklumat tepat tak? Ni asyik dengar cakap2 orang je.. Aku taknak laa buang masa dan tenaga untuk buat keje sia-sia..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers