mizalisyaf
too bz? Not really.. Aku skang ni tak banyak wat keje pon.. Cuma keje aku amik masa yang lama iaitu melayan Syawal Absyar.. Oh ya masa suntikan 2 bulan, berat syawal dah naik 600g.. Jadi 4.1kg.. Ok la tu.. Walopon tak membesar tembam, at least ada gak naik beratnya.. Nurse pon tak kata apa.. Cuma syawal meninggi dengan jayanya.. Besar nanti syawal kurus tinggi macam ayah kot..

Sedikit review pasal Alfalfa Shaklee.. Dah 2 minggu aku amik supplement ni.. Dari 4 biji sehari, bertambah ke 6 biji kemudian 9 biji namun hasilnya kurang memberangsangkan.. Takde pon breast engorged cam orang lain.. Susu tak banyak mahupon pekat.. Dulu memang kurang minum air tapi since amik alfalfa, tekak kerap sakit.. Panas agaknya.. Air aku dah minum cukup 3 liter.. Yerlah, maybe orang kata kesannya lambat.. Sampai bila agaknya?

Disebabkan tu, aku nak try kombinasi alfalfa dan ESP pula.. Harapnya berkesan.. InsyaAllah esok aku start.. Untuk pertama kali ni, aku share dengan Zara.. Kalo ada perubahan, bolehlah amik satu tin nanti.. Semoga ada rezeki lebih buat anakku..

Cerita pasal rezeki, aku rasa ianya semakin menghampiri.. InsyaAllah.. Dalam beberapa jawatan yang aku apply through jobstreet, 2 company view resume aku 2 times, satu company mark no status while satu company reject aku.. Aku jugak hantar email ke 2 company yang aku pernah gi interview dulu dengan harapan ada peluang kedua.. Dulu aku gi interview time pregnant..

Arini aku baru gi interview kat PJ.. Company apa? Biarlah rahsia.. Andai berjaya nanti akan kuceritakan.. So far the interview went smoothly.. The finance director siap puji aku boleh berbahasa inggeris dengan baik.. Dia pernah jumpa oversea graduate yang lemah English katanya.. English aku yang berterabur ni dikatakan baik? Pelik gak aku.. Takpelah, itu menjadikan aku lebih yakin untuk berkomunikasi dengannya kalo aku dapat keje situ..

Satu je yang membimbangkan aku.. Kalo dapat keje di PJ, aku kena drive waja ni.. No more abangku sayang drive bawaku ke ofis.. Huhu.. Dan aku kena drive melalui Federal highway yang sangat terkenal dengan jem.. Mampukah? Believe in yourself midah! Anyway, praying hard aku dapat keje..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers