mizalisyaf
Dok di rumah 24/7 memang tak sesuai dengan aku.. Mati kutu dibuatnya.. Dengan 2 orang yang tak sihat, sorang yang baru je sembuh dan sorang lagi yang nak selalu dipeluk.. Petang semalam aku keluar depan umah borak2 dengan jiran.. Sekali sekala kena la bergaul sesama jiran untuk tahu serba sedikit hal area ni.. Kang dikatakan kera sumbang plak.. Dah la tak keluar bekerja, asik terperap dalam rumah je..

Kalo aku berdua je kat umah dengan Syawal Absyar, aku dapat gak tengok tv.. Selalunya petang ada NCIS di FOX channel 710.. Kalo bosan, tengok Food Network Asia channel 727, lagi best dari AFC.. Tapi bila Alya dan Isyraf ada, kena bukak channel 613 jerla, Disney Junior.. Dah naik hafal aku cerita kartun tu sebab asik ulangtayang je.. Skang tengah musim AF kan.. Selalunya aku terlepas tengok konsert mingguan.. Tapi takpe, boleh record guna pvr..

Kalo kirakan arini aku plan nak praktis drive waja.. Tapi nak wat camne.. Abangku sayang masih demam.. Isyraf pon sama, pastu dia suka garu kudis tu.. Aiyaa.. Pastu kecoh pedih.. Si Alya plak ntah kenapa asyik batuk n muntah.. Poning.. Aku pon dah start batuk.. Sabar Midah.. Allah nak hapuskan dosa kecil tu..

Esok hari Ahad.. Nampak gaya terperap lagi di rumah.. Aduhai.. Tapi abangku sayang kata kalo dia dapat mc lagi hari Isnin, maybe kitorang leh balik kampung.. Given that abangku sayang larat drive la kan..

Oh ya, tadi cikgu taska datang umah kitorang untuk menghantar nasi ayam.. Maybe banyak lebih dari hari sukan tu.. Kata cikgu tu, memang ramai budak taska yang kena chicken pox.. Mostly dah kering.. Tapi budak2 ni baru kena.. Katanya lagi klinik kesihatan bandar botanik nasihatkan taska ditutup sebab wabak chicken pox ni sedang menular satu malaysia.. Tapi diorang tak tutup pon sebab kesian kat parents kena amik cuti panjang plak nanti..

Apa2 pon, Alya n Isyraf dah kena.. Nanti dah besar takde la kena lagi.. InsyaAllah.. Since mama dah pernah kena dan pastinya ada antibodi melawan chicken pox tu, diharap antibodi tu mengalir sama dalam susu yang diminum Syawal Absyar..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers