mizalisyaf
Tak tau nak cerita pasal apa sebab banyak sangat benda berlaku for the past few days..

Isnin minggu lepas abangku sayang dapat mc seminggu sebab chicken pox tu.. Kalo tengok muka dia memang teruk gila la.. Macam jerawat batu merah satu muka.. Bila gi kedai, orang tengok muka dia macam apa je.. Rabu, kitorang balik kampung.. Sempat gi pasar malam plak tu.. First time gi pasar malam kat klawang.. Yerlah selalu balik kampung during weekend je kan.. Jumaat, kitorang pulang ke shah alam..

Sabtu, semua orang getting better.. So kitorang kuar gi Jusco Bukit Tinggi.. Nak habiskan voucher jusco sebenarnya.. Beli baju untuk budak kecik ni.. Kesian dia baju sikit.. Tapi kan orang kata takyah beli banyak baju untuk baby sebab dia cepat membesar.. Sekejap je di sana, kitorang pon pulang.. Bawak budak yang breastfed ni tabah juga la sebab kena cari tempat yang sesuai untuk nursing..

Ahad, kitorang gi tesco Ampang.. Saje jenjalan nak beli susu budak.. Lunch kat kedai linda onn my mom's chicken rice.. Kitorang pilih seat yang hujung skali tepi dinding so that aku boleh susukan syawal absyar.. Next, gi AEON AU2 plak.. Dah lama tak gi situ, so saje nak cuci mata.. Walopon tengah sale, aku tak beli apa pon.. Just beli papa roti 4 ketul.. Haha..

Isnin, abangku sayang dapat mc sehari.. Kitorang balik kampung lagi untuk sambut Aidil Adha.. Keluarga kak ngah ada.. Malam tu gak Along sekeluarga sampai.. Meriah gak la raya.. Siap masak rendang, ketupat, nasi hujan panas, ayam masak merah, daging masak kicap, kuah lodeh.. Banyak tol makan.. Selalu kat umah tak makan sangat sebab tak sempat.. Biasalah ada baby kan..

For the first time ever, kereta berderet2 depan umah kampung sampailah ke simpang nak masuk highway LEKAS.. Takdelah jem teruk tapi agak slow berbanding raya yang lepas2.. Maybe sebab cuti raya haji sehari je, semua orang pon nak kembali ke Lembah Klang.. Perjalanan yang selalunya sejam lebih jadi dua jam lebih untuk tiba di Shah Alam.. Tak kisahlah asalkan selamat sampai..

Ni abangku sayang dah kembali bekerja selepas mc panjang.. Budak2 pon dah gi taska.. Bermula semula rutinku bersama syawal absyar.. Ni tengah cari keje lagi.. Rasanya interview hari tu gagal sebab dah 2 minggu takde khabar berita pon.. Takde rezeki lagi.. Hmm apa nak jadi ni..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers