mizalisyaf
too much issues dibangkitkan minggu ini di fb.. Cerita tentang "listen.. Listen.. Listen..".. Cerita tentang patrick teoh.. Aku hanya membaca segala komen dan kritikan.. Tapi aku tak pula mahu mengulas apa2.. Baik aku pikirkan penyelesaian untuk masalah diri sendiri ni..

Sepanjang 5 hari ni, aku keluar umah hanya pada hari isnin.. Seperti yg diceritakan dalam entry lepas, gi book kitchen cabinet.. Selasa sampai hari ni, kaki aku tak melangkah keluar pon dari pintu rumah.. What a boring life! I know my kids feel the same menyebabkan diorang suka buat macam2 hal di rumah.. Nak buat camne, aku takde kereta nak gi jalan2 ke luar.. Kalo ada kete pon, duit simpanan aku plak akan makin susut untuk beli petrol, makan luar dan sebagainya..

Buat masa ni aku lebih fokus untuk memohon kerja kerajaan.. Tapi sejak akhir2 ni aku perasan banyak jawatan ditawarkan adalah pekerja sambilan harian yang mana gaji dibayar mengikut hari bekerja.. Itu sudah tentu menguntungkan kerajaan kerana kurangnya gaji yang perlu dibayar dan sesetengah elaun juga tidak layak diberi kepada pekerja sambilan.. Hmm ada rezeki aku untuk memegang jawatan gred 41 tak?

Tadi waktu di dapur, aku rasa pening macam nak pitam.. Cepat2 mencangkung dan minum air.. Adakah tekanan darah tinggi ataupon kekurangan vitamin? Or anemia happens again? Tapi darah tinggi tu ada kemungkinan gak.. Walopon aku tak kuat makan garam, perangai budak2 ni je dah cukup mendidihkan darah aku.. Aaahhh emosi aku terganggu!

Yes, ada orang kata jadi surirumah tu goyang kaki, leh relax2.. Try put your feet in other's shoes, then ko tahu camne rasanya.. Lately Awanis pon selalu update kat fb n her blog related to housewives' chores.. And I know, I am not the only person who feel this way.. Sabar itu separuh dari iman, Midah!
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers