mizalisyaf
petang semalam kami ke sunway pyramid lagi.. Tempat pertama dituju adalah Digital Centre.. Aku nak upgrade laptop lama tu.. Nak increase RAM dari 512Mb ke 2Gb.. Nak reformat laptop tu sebab ada problem shutdown.. Nak upgrade new OS dan Microsoft Office.. Bila diperiksa, orang tu kata laptop aku ni takleh nak dibuat apa sebab dia takde parts toshiba.. Zaman dulu katanya tak ramai beli toshiba.. Tak macam Acer dan Compaq..

Takpelah, nak buat camne.. Maybe inilah masa untuk survey laptop baru.. Buat masa sekarang, guna je dulu laptop abangku sayang.. Lagipon aku kena berjimat cermat selagi takde pendapatan tetap ni.. Orang lain sibuk nak memulakan perniagaan untuk menjana pendapatan.. Tapi aku masih buntu.. Kerana aku tidak mahu melakukan kerja separuh jalan yang akhirnya sia-sia.. Perlukan minat yang mendalam, kesungguhan dan keazaman..

Kami dinner di Burger King.. Aku makan Whopper Jr, abangku sayang pula makan Hobbit Meal Beef dan side dish iaitu Mozarella Cheese.. Kitorang sempat naik ferris wheel sebelum shopping di Parkson.. Seronok shopping tak guna duit sendiri ni.. Kenapa? Sebab aku dapat voucher RM200 dari group lama aku sempena pemergianku dari proton.. Tapi bukan mudah bagi aku yang tak reti shopping ni.. Aku hanya berjaya menghabiskan voucher RM100 dan membayar cash RM2 untyk membeli pakaian isyraf.. Untuk Alya tiada sebab semuanya aku tak berkenan..

Pagi ni sarapan roti cicah kari.. Kari yang dimasak oleh abangku sayang.. Untuk budak2 yang tak makan pedas, aku masak scramble egg.. Tghari ni nak makan lauk apa yer? Yang pastinya kari ayam mesti ada..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers