mizalisyaf
yeay pencapaian terbaru hari ini.. Aku berjaya masak gulai ayam a.k.a masak lemak cili api.. Secara teorinya, aku tau la masak gulai cuma kali ni berjaya mempraktikkan ilmu itu.. Rasanya boleh diterima tapi cam ada something missing.. Maybe sebab aku tak letak asam keping dan daun kunyit sebab 2 benda tu tak pernah masuk dalam dapur aku.. Haha.. Next time boleh beli laa..

Abangku sayang sememangnya tak gemar masak lemak cili api padahal dia orang nogori.. Aku gemar lauk ni maybe sebab dari kecik mak selalu masak gulai ayam, ketam, udang + kacang panjang.. Lagipon aku kan orang Minang Gombak..

Meh cerita skit progress untuk rumah baru.. Ahad lepas kitorang nak gi cari lampu kat kedai yang dikhabarkan paling murah, houses lightings terletak di puchong.. Malangnya ia tutup jam 5.. Kami beralih ke kedai no 2 murah iaitu top ten berhampiran tesco puchong.. Pon sama, kedai tutup kol 5.. Next time kitorang gi lagi.. Area tu banyak kedai lampu, si kitorang singgah la satu dua kedai.. Hasilnya adalah sebuah kipas siling dan 2 biji lampu bilik air..

Ptg semalam kitorang gi kedai lampu di Sentosa plak.. Ada lampu tu memang kitorang berkenan.. Boleh set nak lampu putih terang benderang, malap skit or dim light warna biru.. Harganya lima ratus lebih, harga lepas diskaun almost empat ratus.. Kalo nak beli 2 buah untuk ruang tamu harganya dah bape plak.. Huhu.. Takpe kiv dulu.. Kot2 ada design sama kat houses lightings or top ten dengan harga lebih murah, mana tau kan? Kat sentosa, kitorang beli lampu for master bedroom, lampu dapur dan lampu blakang umah..

Malam tadi discuss lagi dengan abangku sayang pasal kitchen cabinet.. Akhirnya sepakat buat L shape di dua bahagian dapur.. Material untuk pintu kabinet tu tak kisah, depends on harga yang ditawarkan.. tapi kat sinki tu memang abang nak buat concrete top with tiles.. Satu bahagian lagi buat table top solid surface or yg biasa tu pon takpe.. Nanti gi semula mintak quotation baru..

Bila asyik pikir hal umah baru ni, aku mula malas nak pikir pasal cari keje.. Tambahan lagi dengan hal anak-anak.. Masa untuk aku buat perancangan masa depan sangat terhad.. Aku plak jenis fokus kat satu benda dalam satu masa.. Bila dah campur aduk banyak benda, aku jadi poning dan rasa nak marah je.. My weakness.. Huhu
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers