mizalisyaf
selasa lepas, abangku sayang tak balik makan tghari.. So aku just makan mee sup je.. Alya memang gemar mee sup.. Malam tu just makan keropok lekor dan nugget..
Tengahari semalam abangku sayang tak balik juga.. So aku masak lauk sambal tempoyak udang.. Kan dah dapat resipi dari mak aritu.. Unfortunately rasanya tak sama macam mak masak.. Ada rasa pahit sikit.. Maybe problem dgn tempoyak.. Tu aku buat sendiri, kikis isi durian yang rasanya kurang sedap.. Takpelah, nanti cuba lagi..
Malam tadi masak mee goreng plak.. Biasanya aku kena masak 2 jenis.. 1 yang pedas mengikut selera mama dan ayah.. 1 lagi tak letak cili.. Kebetulan malam tadi budak2 ni tido awal.. Aku masak mee goreng pedas saja.. Sesudah selesai masak, diorang boleh bangun plak.. Alamak! Aku just buat scramble egg untuk diorang makan dgn roti.. Sabar je laa..
Ni aku dan budak2 baru sudah lunch.. Menu utama adalah daging masak kicap dan telur dadar.. Alhamdulillah..
** tgh berazam taknak marah budak2.. Chaiyok!
mizalisyaf
sabtu lepas kitorang blk rawang.. Sampai sana dah tgh malam.. On the next day, kitorang gi shopping di tesco rawang bersama mak.. Beli lauk pauk untuk dimasak.. The best thing is, aku berjaya request mak masak sambal tempoyak udang.. Yeay!
Kebetulan petang tu jugak kak pijah satu family datang.. Bawak buah mangga, jambu air, pisang, manggis.. Dapat laa aku makan jambu air cicah sambal petis seperti yang diinginkan.. Dah kurang checklist makanan yang diidamkan..
Semalam orang datang pasang lampu dan kipas di rumah baru.. Tapi tak siap lagi, maybe sambung ari ni.. Tinggal lampu bilik air, lampu bilik tido ke 2, water heater dan kipas dinding.. Malam tadi kitorang gi tengok hasil kerja pemasangan lampu tu.. Ok laa.. Oh ya, ada 2 family dah berpindah masuk ke taman baru ni.. Cepat btol..
Arini abang keje.. Hmm bermulanya hari yang bosan selama 4 hari.. Huhu
mizalisyaf
tekak aku nak makan:
1) bubur manis (eg. Cha cha, jagung, keledek)
2) char kuey teow
3) jambu air cicah sambal petis
4) pulut cicah sambal ikan bilis kak ros (or actually did i miss the makan2 event with her?)
Buat masa ni, tu laa yang aku rasa nak makan.. Luckily aku bukan jenis yang terlalu mengada2 nak makan time ni jugak.. Cepat atau lambat, tak kisah laa..
mizalisyaf
it's Friday.. Mood hari ni ok skit sbb dah nak weekend.. Lagipon semalam kan cuti.. Semalam kitorang gi ke pejabat kontraktor kitchen cabinet tu.. Tgk final design.. Dan buat payment 50%.. Nanti diorang akan start with concrete top dulu sbb ia akan makan masa beberapa hari untuk siap..
Sempat juga survey barang elektrik di Ongking.. Then senja tu abangku sayang bawak orang gi umah baru kitorang untuk tengok2 rumah.. Orang tu akan tolong pasangkan lampu, kipas dan water heater.. Maybe minggu depan laa kot.. Disebabkan dah ada grille, lampu2 dah diangkut ke sana pon.. Skit2 abang buat keje tu.. Kalo nak harapkan bini dia ni, ntah bila laa agaknya..
Aku excited nak pindah ke rumah sendiri.. Tapi semangat nak packing barang tu takde lagi.. I wonder why.. Bukan tak biasa pon packing barang.. Dulu kat lancaster, every year kitorang kena kosongkan bilik.. Setiap kali tu laa packing barang masuk kotak, labelkan, angkut ke tempat lain, unpack balik bila start new term.. Maybe masa tu it's totally my personal belongings.. Skang ni kena kemas barang satu family.. Banyak gile!
Anyway, sooner or later aku kena packing barang gak.. Just wait n see..
mizalisyaf
dah masuk hari rabu.. Esok khamis, cuti sempena Maulidur Rasul.. Then jumaat.. Pastu weekend, sambung plak cuti Thaipusam.. Bestnyer! Memanglah aku tak bekerja tapi bila hari cuti, abangku sayang ada di sisi.. Dan bila cuti, ligatlah kami ke sana sini..
Kat umah balik2 tgk kartun demi melengahkan budak2.. Boboiboy, Mr Bean, SpongeBob, Upin Ipin, Oggy, Chimpui.. Poning den.. Kalo aku tgk AXN, AFC or Diva, memang aku leka laa.. Kang aku tak masak n tak makan plak budak2 ni.. That's why aku tak suka tgk drama bersiri.. Apa pon takleh nak buat..
Minggu ni takde plan lagi.. Maybe balik Rawang.. Kalo tak balik pon, kami akan bz menguruskan umah baru.. Plan pindah pada bulan mac.. Tak tau laa jadi ke tak.. Depends on bila kitchen cabinet boleh siap.. Dah orang tu kata pasang lepas raya cina.. Tunggu je laa.. Lampu kipas laa pasang dulu kot.. Bila dah dekat nak pindah, pasang aircond plak..
Hmm malam tadi aku berjaya masak udang menggunakan sambal segera yang dibeli dari aniza dulu.. Gile lama aku simpan dlm fridge.. Just letak udang yg digaul bersama garam dan serbuk kunyit atas aluminium foil then letak sambal tu atas udang sesuka hati.. Lipat aluminium foil tu di bahagian tepi n panaskan atas non stick pan.. After few minutes, aluminium foil tu kembung, maka dah masaklaa udang tu.. Rasa macam portugese style yang slalu dijual di food court.. Next time leh masak ikan plak..
Dah almost kol 12pm.. It's time to cook for lunch!
mizalisyaf
hari ni something weird happens.. It's not that weird but it will never happen frequently..
Tghari tadi, seseorang dari masa silamku muncul semula.. Dia bukanlah menghilangkan diri cuma sejak sekian lama kami tidak contact each other.. Insan ini menanyakan tentang perkhabaran yang aku tidak bekerja lagi.. Yer betul.. Saya menganggur.. Sedang mencari kerja yang sesuai bagi ibu beranak kecil.. Kalau ada rezeki, insyaAllah saya akan dapat kerja baru.. Terima kasih kerana bertanya..
Just now, aku dapat panggilan dari ex-collegue di klcc.. What? Setelah hampir 2 bulan aku blah, mamat consol tu call.. Diorang tgh cari dokumen penting yang sebenarnya wujud sebelum aku keje situ pon.. Bila aku ada, aku kena settlekan.. Aku sempat uruskan separuh jalan je.. On my last day, aku dah susun semua dokumen penting atas meja aku dengan cantiknya so that diorang senang jumpa apa yang dicari.. Siapa yang kenal aku, they know how my workstation looks likes.. Clean n tidy.. Perasan jap!
Unfortunately, selepas 2 bulan baru diorang cari that dokumen.. Dan sekarang dah ada orang baru pon duduk di meja itu.. Dah tentu la orang tu akan clear her/his desk.. Benda yang dia rasa tak perlu dah tentunya dialihkan.. Oh by the way, selepas peninggalan aku dah ada 2-3 orang baru masuk including manager yang sepatutnya aku direct report to.. Boleh plak dapat new staff secepat mungkin? Like mamat consol said, semua org terkedu dengan notis 24 jam aku.. Dan akulah pencetus kemasukan orang baru itu.. Good for you, too bad for me!
Anyhow, actually kitorang baru je tiba dari kampung petang tadi.. Abang amik cuti arini.. Sempat singgah di pejabat kontraktor grille untuk buat full payment.. Diorang dah pasang grille sabtu lepas.. Then gi Seng Heng untuk survey fridge baru.. Nanti nak pindah baru beli.. Satu demi satu urusan rumah baru selesai.. Alhamdulillah..
we said DARK green.. Do u think this is dark colour? What a company!
mizalisyaf
too much issues dibangkitkan minggu ini di fb.. Cerita tentang "listen.. Listen.. Listen..".. Cerita tentang patrick teoh.. Aku hanya membaca segala komen dan kritikan.. Tapi aku tak pula mahu mengulas apa2.. Baik aku pikirkan penyelesaian untuk masalah diri sendiri ni..
Sepanjang 5 hari ni, aku keluar umah hanya pada hari isnin.. Seperti yg diceritakan dalam entry lepas, gi book kitchen cabinet.. Selasa sampai hari ni, kaki aku tak melangkah keluar pon dari pintu rumah.. What a boring life! I know my kids feel the same menyebabkan diorang suka buat macam2 hal di rumah.. Nak buat camne, aku takde kereta nak gi jalan2 ke luar.. Kalo ada kete pon, duit simpanan aku plak akan makin susut untuk beli petrol, makan luar dan sebagainya..
Buat masa ni aku lebih fokus untuk memohon kerja kerajaan.. Tapi sejak akhir2 ni aku perasan banyak jawatan ditawarkan adalah pekerja sambilan harian yang mana gaji dibayar mengikut hari bekerja.. Itu sudah tentu menguntungkan kerajaan kerana kurangnya gaji yang perlu dibayar dan sesetengah elaun juga tidak layak diberi kepada pekerja sambilan.. Hmm ada rezeki aku untuk memegang jawatan gred 41 tak?
Tadi waktu di dapur, aku rasa pening macam nak pitam.. Cepat2 mencangkung dan minum air.. Adakah tekanan darah tinggi ataupon kekurangan vitamin? Or anemia happens again? Tapi darah tinggi tu ada kemungkinan gak.. Walopon aku tak kuat makan garam, perangai budak2 ni je dah cukup mendidihkan darah aku.. Aaahhh emosi aku terganggu!
Yes, ada orang kata jadi surirumah tu goyang kaki, leh relax2.. Try put your feet in other's shoes, then ko tahu camne rasanya.. Lately Awanis pon selalu update kat fb n her blog related to housewives' chores.. And I know, I am not the only person who feel this way.. Sabar itu separuh dari iman, Midah!
mizalisyaf
petang semalam dah berjaya book kitchen cabinet mengikut design yang dirancang.. Cuma permintaan abang untuk tambah beberapa benda tak dapat ditunaikan.. Nanti discuss balik dengan kontraktor.. Minah yang jaga kedai tu tak arif pasal benda teknikal ni..
Total price as per quotation semalam lebih 8k.. Tapi tu dah termasuk kitchen hob, hood, sinki 2 bowl, dish rack dan 1 tall unit.. Kitorang buat 2 L-shape yang mana 1 concrete top with tiles for wet kitchen dan 1 lagi melamine biasa je for dry kitchen.. Material plak adalah high grade ABS with aluminium frame.. Niat di hati nak Hi Gloss 3G tapi takpelaa.. Kita berjimat cermat yer.. Save for other things..
Baru bayar deposit RM200.. Jumaat ni kontraktor nak datang ukur.. Kalo ok, boleh terus confirmkan booking dan bayar 50%.. Hopefully ok la, takyah tukar design.. Pastu diorang boleh pasang kabinet pon lepas raya cina.. Nampak gaya lambat lagi laa nak angkut barang..
Hmm cerita pasal grille, apa ke lembab kontraktor ni? Kitorang dah book pada 5 jan, ni dah 10 hari tak datang pasang lagi.. Bila call agent, dia boleh tanya nak pasang cepat ker? Nak pindah bile? Hey, aku punya pasal la nak pindah bila.. Keje ko tu pasang grille je.. Orang dah bayar tu, buat laa keje ko!
Tadi agent tu baru terhegeh2 call kata kontraktor tak dpt nak ukur tingkap dalam bilik belakang sebab bilik tu berkunci.. Yang korang datang ukur tu tak inform kitorang dulu kenapa? Lagi sakit hati bila diorang berjaya bukak sliding door dan master bedroom yang berkunci.. Memang takleh percaya btol laa dengan kontraktor ni.. Diorang mesti ada masterkey nak bukak kebanyakan pintu..
Anyway, katanya akan datang pasang grille by this week.. Bila dah ada grille tu jangan harap la korang nak masuk umah kami tanpa izin..
mizalisyaf
Alya ni memang suka buat benda bukan2.. Trying new things.. Adventurous laa konon..
Pagi ni Alya telah mengunci aku dan isyraf dalam bilik.. Pintu bilik tu memang ada selak di bahagian luar.. Aku pon kurang pasti kenapa abang pasang benda tu.. Maybe sebab kunci di tombol pintu tu dah rosak..
Aku sedar alya keluar bilik dan tutup pintu.. It's normal.. Tiba2 dengar dia nangis di luar.. Aku suruh alya masuk tanpa menyedari yang kami terkunci di dalam.. Bila aku cuba bukak pintu, baru sedar pintu tu terkunci.. Mula la naik darah aku.. Tapi marah pon tak guna.. Alya dah panik dan tak pandai nak bukak balik selak tu.. Dia duduk je depan pintu bilik..
Aku try cungkil kunci dari dalam tapi tak berhasil.. Last resort, terpaksa call abangku sayang kat ofis.. Aku memang takut kena marah.. Orang belum marah, aku dah nangis dulu.. Abang dengar aku nangis, punya lah berderau darah dia.. Ingatkan problem teruk gile.. Terus dia balik.. Mujurlah semuanya settle dalam beberapa minit.. Alhamdulillah..
Korang ingat senang ke jadi surirumah ni? Dengan kerja umah lg, dengan anak2 kecik yang perlu dipantau setiap masa.. Lainlah kalau ada pembantu.. Hmm jangan mengeluh midah! Sabar.. Sabar.. Sabar..
mizalisyaf
akhirnya dapat gak masuk houses lightings.. Kitorang gi lepas zohor.. Sampai sana tgk ramai orang, hujung minggu katakan.. Dongak punya dongak, compare, pilih dan kami sepakat membeli lampu bilik tido no 2, lampu bilik no 3, water heater dan lampu porch depan umah.. Pastu purchase with purchace besi gantung towel.. Di top ten pon ramai orang gak.. Kitorang beli lampu for living hall, lampu dapur dan kipas dinding..
Next mission, ke kedai hardware plak.. Beli getah paip yg berkepala tu untuk 2 bilik air, beli kepala paip for washer machine, kepala paip kat luar umah, selak pintu dan padlock.. Senang betul nak habiskan rm1,500.. Nak pindah umah baru memang banyak belanja.. Ni bila la orang nak datang pasang grille.. Dah lebih seminggu kitorang order dan bayar deposit.. Kalo nak mintak full payment, cakap je laa!
Arini nak gi cuci rumah cadangnya.. Tak sure jadi ke tak.. Yang pastinya abangku sayang keje ot arini..
mizalisyaf
yeay pencapaian terbaru hari ini.. Aku berjaya masak gulai ayam a.k.a masak lemak cili api.. Secara teorinya, aku tau la masak gulai cuma kali ni berjaya mempraktikkan ilmu itu.. Rasanya boleh diterima tapi cam ada something missing.. Maybe sebab aku tak letak asam keping dan daun kunyit sebab 2 benda tu tak pernah masuk dalam dapur aku.. Haha.. Next time boleh beli laa..
Abangku sayang sememangnya tak gemar masak lemak cili api padahal dia orang nogori.. Aku gemar lauk ni maybe sebab dari kecik mak selalu masak gulai ayam, ketam, udang + kacang panjang.. Lagipon aku kan orang Minang Gombak..
Meh cerita skit progress untuk rumah baru.. Ahad lepas kitorang nak gi cari lampu kat kedai yang dikhabarkan paling murah, houses lightings terletak di puchong.. Malangnya ia tutup jam 5.. Kami beralih ke kedai no 2 murah iaitu top ten berhampiran tesco puchong.. Pon sama, kedai tutup kol 5.. Next time kitorang gi lagi.. Area tu banyak kedai lampu, si kitorang singgah la satu dua kedai.. Hasilnya adalah sebuah kipas siling dan 2 biji lampu bilik air..
Ptg semalam kitorang gi kedai lampu di Sentosa plak.. Ada lampu tu memang kitorang berkenan.. Boleh set nak lampu putih terang benderang, malap skit or dim light warna biru.. Harganya lima ratus lebih, harga lepas diskaun almost empat ratus.. Kalo nak beli 2 buah untuk ruang tamu harganya dah bape plak.. Huhu.. Takpe kiv dulu.. Kot2 ada design sama kat houses lightings or top ten dengan harga lebih murah, mana tau kan? Kat sentosa, kitorang beli lampu for master bedroom, lampu dapur dan lampu blakang umah..
Malam tadi discuss lagi dengan abangku sayang pasal kitchen cabinet.. Akhirnya sepakat buat L shape di dua bahagian dapur.. Material untuk pintu kabinet tu tak kisah, depends on harga yang ditawarkan.. tapi kat sinki tu memang abang nak buat concrete top with tiles.. Satu bahagian lagi buat table top solid surface or yg biasa tu pon takpe.. Nanti gi semula mintak quotation baru..
Bila asyik pikir hal umah baru ni, aku mula malas nak pikir pasal cari keje.. Tambahan lagi dengan hal anak-anak.. Masa untuk aku buat perancangan masa depan sangat terhad.. Aku plak jenis fokus kat satu benda dalam satu masa.. Bila dah campur aduk banyak benda, aku jadi poning dan rasa nak marah je.. My weakness.. Huhu
mizalisyaf
petang semalam kami ke sunway pyramid lagi.. Tempat pertama dituju adalah Digital Centre.. Aku nak upgrade laptop lama tu.. Nak increase RAM dari 512Mb ke 2Gb.. Nak reformat laptop tu sebab ada problem shutdown.. Nak upgrade new OS dan Microsoft Office.. Bila diperiksa, orang tu kata laptop aku ni takleh nak dibuat apa sebab dia takde parts toshiba.. Zaman dulu katanya tak ramai beli toshiba.. Tak macam Acer dan Compaq..
Takpelah, nak buat camne.. Maybe inilah masa untuk survey laptop baru.. Buat masa sekarang, guna je dulu laptop abangku sayang.. Lagipon aku kena berjimat cermat selagi takde pendapatan tetap ni.. Orang lain sibuk nak memulakan perniagaan untuk menjana pendapatan.. Tapi aku masih buntu.. Kerana aku tidak mahu melakukan kerja separuh jalan yang akhirnya sia-sia.. Perlukan minat yang mendalam, kesungguhan dan keazaman..
Kami dinner di Burger King.. Aku makan Whopper Jr, abangku sayang pula makan Hobbit Meal Beef dan side dish iaitu Mozarella Cheese.. Kitorang sempat naik ferris wheel sebelum shopping di Parkson.. Seronok shopping tak guna duit sendiri ni.. Kenapa? Sebab aku dapat voucher RM200 dari group lama aku sempena pemergianku dari proton.. Tapi bukan mudah bagi aku yang tak reti shopping ni.. Aku hanya berjaya menghabiskan voucher RM100 dan membayar cash RM2 untyk membeli pakaian isyraf.. Untuk Alya tiada sebab semuanya aku tak berkenan..
Pagi ni sarapan roti cicah kari.. Kari yang dimasak oleh abangku sayang.. Untuk budak2 yang tak makan pedas, aku masak scramble egg.. Tghari ni nak makan lauk apa yer? Yang pastinya kari ayam mesti ada..
mizalisyaf
2013 sudah membuka tirainya.. Di kala ramai orang membanjiri dataran merdeka dan i-city, kami tenang di rumah sambil menonton konsert ambang tahun baru yang disiarkan di TVi.. Pernah menonton tvi? Channel 180 di astro.. Saluran tv ini lebih memfokuskan generasi muda.. Aku tidak lah selalu mengikuti rancangan tv ini tapi ntah kenapa malam tadi aku memilih siaran itu.. Sebenarnya tv1 juga menyiarkan siaran langsung yang sama malam tadi..
Tarian pembukaan disertai oleh kumpulan gemersik tari yang baru saja memenangi rancangan Superstar.. Kalau tak silap aku laa.. Pastu ada persembahan ramai artis.. Antaranya yang aku ingat adalah Black, Noraniza Idris, Anuar Zain, Carefree, Adam dan VIP, Jimmy Palikat, 24:7, Alif Sattar, Bunkface.. Kagum betul dengan Dr Ihab yang berduet dengan Kak Ani.. Dalam sibuk merawat pesakit, sempat lagi dia menyanyi..
Pengacaranya adalah Azad (husband Eira Syazira), Jasmin Hamid, sorang minah india dan mamat cina yang aku tak kenal.. Mungkin diorang popular tapi aku je yg tak kenal.. Tetamu kehormat adalah timbalan perdana menteri dan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.. Pastu ada 56 orang ratu pelancongan antarabangsa dari 56 buah negara.. Aku layankan je tgk persembahan tu hingga jam 1..
Hari ni takde plan.. Sampai skang ni hanya dok kat umah.. Tak tahu laa kalau kami ke mana2 ptg ni.. Tunggu dan lihat.. Cuaca waktu petang selalunya hujan.. Dah tiba musim tengkujuh kan.. Negeri terengganu, kelantan dan pahang dah banjir.. Harap2 bukit naga ni tak banjir laa..
Oh ya.. Arini birthday Ana Humayra.. Anak kak pijah.. Tapi katanya tahun ni tak buat majlis hari jadi.. Apa2 pon, esok dia nak start sekolah darjah 1.. Walaupon umurnya baru masuk 6 tahun.. Disebabkan penggal persekolahan bermula 2 jan, siapa2 anak tahun baru akan bersekolah lebih awal dari rakan seusia mereka.. Adakah ia satu kelebihan atau kekurangan?