mizalisyaf
Nampak gah je bila dalam apps MySejahtera ada kotak kuning tertulis "Fully Vaccinated".. sudah hampir tiga minggu aku memegang status tersebut tapi masih tidak menikmati sebarang kelonggaran yang diberi.. aku masih lagi bekerja dari rumah dan keluar hanya bila perlu.. seingat aku kali terakhir keluar adalah 2 minggu lepas untuk ke kedai.. tujuan sebenar adalah memanaskan enjin kereta saja..

    kelmarin aku bercadang untuk bawa anak-anak keluar pusing-pusing area sini.. lepas asar, aku keluar untuk start enjin kereta tapi hampa.. bateri dah kong.. takleh start.. huhu.. tak jadi keluar.. frust betul.. rasa macam patah kaki.. maka kereta tu pon tersadai lagi ntah bila boleh dibawa keluar..

    Jumlah kes Covid-19 nampaknya makin menurun.. dah 2 hari Selangor hanya mencatatkan 2k+ saja.. harap semakin baik supaya kita semua boleh kembali melakukan aktiviti yang diingini.. hujung tahun ni family sebelah abangku sayang dah plan nak buat family day di Melaka.. dah tertangguh sekian lama tu.. harapnya menjadi kenyataan..

    Oh ya, minggu depan cuti sekolah.. lega rasanya.. aku cam dah tak larat nak menghadap PdPR ni.. nampak macam ok tapi otak aku ni berserabut.. mana nak buat keje ofis, masak, basuh pinggan, uruskan keje sekolah budak-budak ni.. kena alert sentiasa dengan wassap dan telegram yang dihantar guru-guru.. kadang-kadang terlepas pandang juga.. bertabahlah semua..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers