Alhamdulillah.. aku dah dapat suntikan vaksin dos kedua pada 6 Ogos 2021. Tempat dan waktu yang sama dengan sebelum ini iaitu di Bukit Jalil.. tak perlu guna waze lagi untuk ke sana sebab aku dah hafal laluannya.. Suntikan kali kedua ini agak lain sedikit rasanya.. terasa pedih ketika jarum dicucuk masuk ke bahu.. selepas itu, bahu terasa lenguh.. namun aku tak sakit kepala dan tak makan panadol..
Abangku sayang juga dah menerima suntikan pertama pada 29 Julai 2021 di IDCC Shah Alam.. tapi dia dapat Astra Zeneca.. maka dos kedua adalah 2 bulan lagi.. dia mengalami lenguh tangan, badan lemah dan seperti mahu demam.. tapi sehari saja, lepas tu dah ok.. moga ikhtiar ini dapat mengekang jangkitan Covid-19..
Dengar cerita siapa yang dah lengkap 2 dos akan diberi kelonggaran.. tunggu pengumuman nanti.. apa yang aku inginkan sekarang adalah pergi bercuti untuk merehatkan minda.. dah penat terkurung dan terbeban dengan WFH/PdPR..
Bila dah bosan dengan keadaan ni, minda dan emosi mula jadi tak menentu.. cara aku menanganinya adalah dengan tidur.. sebenarnya bukannya tidur sepanjang masa pon, lebih kepada berbaring atas katil sambil berangan.. kadang-kadang melayan perasaan sambil mengimbau kembali kenangan lama.. dan beberapa hari ni aku mula mendengar Buletin fm (dulu dikenali sebagai Kool fm).. layan lagu-lagu jiwang zaman dahulu kala..









