mizalisyaf
24 Julai - rutin di bulan Ramadhan berjalan seperti biasa.. Tiada apa yang pelik..

25 Julai - jam 3am.. Perut terasa mengeras.. Aku kira selang 15 minit.. Mengeras & menegang, tapi aku yakin ia bukannya sakit contraction.. Kol 4.15am, aku bangun menyediakan makan sahur seperti biasa..

Kol 7.20am, abangku sayang gi kerja dan budak2 dihantar ke taska.. 10.30am, perut masih menegang tanpa ada sebarang tanda mahu bersalin.. Sempat juga aku ber"sms" dengan abangku sayang mengatakan aku akan bersalin dalam sehari dua..

2.30pm, keluar lendir bercampur sedikit darah ketika aku buang air.. Hmm, waktu bersalin makin dekat nampaknya.. Aku kemas barang apa yang patut..

3.30pm, terasa air keluar meleleh sedikit demi sedikit.. Bukan terkencing.. Dah tentunya ketuban yang bocor.. Aku call abangku sayang memberitahu pasal tu.. Tak rasa sakit lagi.. Aku masih boleh lepak2 tengok tv, basuh pinggan, lipat baju, kemaskan umah yang bakal ditinggalkan sebulan lebih..

4.30pm, abangku sayang pulang.. Melihatkan keadaan aku yang normal saja, abangku sayang lega.. Kami sempat melelapkan mata seketika.. Esok lusa belum tentu dapat rehat..

5.45pm, abangku sayang jemput budak2 di taska.. Kami plan nak pinjam anak kak ngah untuk menjaga budak2 semasa aku di labour room.. Unfortunately Erin masih di sekolah..

6.15pm, kami mengangkut segala barang keperluan hospital masuk kereta.. Cadangnya nak terus ke Salam Medical Centre.. Memandangkan aku masih tak sakit, abangku sayang ajak ke bazaar ramadhan.. Kalo gi waktu tu pon, staff kat Salam for sure sibuk nak berbuka juga.. Kami gi Stadium Shah Alam beli apa yang patut dan berbuka di stesen petronas..

8.00pm, kami tiba di Salam.. Terpaksa menunggu seketika untuk register kerana ketiadaan staff di kaunter.. Diorang masih berbuka nampaknya..

8.15pm, aku masuk ke labour room untuk diperiksa.. Bukaan baru 3cm.. Actually kami datang awal kerana air ketuban dah keluar.. Menurut doktor, kalau lewat ke hospital, kemungkinan mendapat jangkitan kuman.. Alat CTG dipasang kat perut.. Menurut bacaan mesin tu, hanya ada sekali contraction dan tidak kuat..

9.00pm, aku dimasukkan ke wad 207.. Tiada sebarang drip atau suntikan diberikan.. They let me having a natural process of early stage labour.. Lagipon takde doktor ketika itu.. Suhu badan aku 37.9.. Eh, aku demam ke? Aku diberikan paracetamol..

9.30pm, abangku sayang bawa budak2 pulang untuk mandi dan makan.. Waktu ketiadaan diorang, contraction pon bermula.. Dari selang 10 minit menjadi 7 minit.. Aku masih mampu bertahan kerana tak terlalu sakit rasanya.. Doa Nabi Yunus tak putus dibaca sambil berlatih mengawal pernafasan..

11.30pm, diorang tiba di wad.. Contraction makin kuat.. Dengan kehadiran 2 orang budak yang menguji kesabaran aku, tumpuan aku untuk mengawal kesakitan mula terganggu.. Tension makin terasa.. Abangku sayang cuba menidurkan diorang..

12.00am (26 julai 2013), sakit contraction dah tak tertahan lagi.. Butang kecemasan ditekan untuk memanggil nurse.. Bila diperiksa, bukaan sudah 5cm.. Aku bakal dihantar ke labour room.. Sebelum tu aku sempat ke tandas untuk buang air tapi kesakitan mengatasi segalanya.. Kencing pon tanak keluar melainkan darah..

12.15am, bukaan sudah 8cm.. Nurse tidak sempat memasang alat CTG itu kerana aku terlalu sakit dan terasa nak meneran sangat2.. Dalam kelam kabut menyediakan peralatan, sempat juga diorang call doktor ganti.. Sememangnya aku tak mampu menunggu kehadiran doktor.. Bila contraction kuat, aku teran je..

Abangku sayang masih belum masuk ke labour room kerana sibuk menidurkan budak2 di wad.. Aku dah tak pikir apa melainkan sakit nak bersalin.. Bila dihulurkan topeng gas penahan sakit tu, aku terima aje.. Aku cuma mahu segalanya cepat selesai.. Nasib baik aku masih waras untuk tidak menydut terlalu banyak gas.. Kalo tak, dah tentu aku mamai dan tak larat nak meneran..

12.40am, bayi selamat dilahirkan selepas meneran beberapa kali dan dibantu dengan episotomi.. Menurut nurse yang menyambut baby tu, tali pusat terbelit di leher 2 kali.. Mujurlah segalanya selamat..

12.45am, abangku sayang baru dapat masuk ke labour room.. Abang sangat terkejut aku dah selamat bersalin.. Baby sedang dibersihkan manakala aku pula menanti kedatangan doktor untuk dijahit.. Doktor pon tak sangka aku akan bersalin secepat itu.. Alhamdulillah, rezeki aku kan..

1.15am, aku dihantar ke wad.. Bermulalah kehidupan kami berlima..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers