mizalisyaf
lama tak update blog.. Bila baby fully breastfeed ni, dia suka nak melekap pada mama.. Orang kata mengempeng.. Aku boleh bergerak hanya ketika syawal absyar tido ataupon ada orang lain tolong pegang dia.. That's why aku dah agak mahir menyusukan baby sambil baring.. Kadang2 tengah malam, aku tak sedar pon bila masa aku susukan absyar dan bila masa dia lepaskan puting.. Risau gak kalo2 terhimpit baby..

Ok cerita pasal Absyar, Isnin lepas ayah n mama bawak dia gi klinik kesihatan batu arang untuk suntikan usia sebulan.. Budak kecik ni memang penakut sejuk.. Bila bukak baju je dia melalak macam kena dera.. Kuat btol suara dia kat klinik tu.. Berat absyar hanya bertambah 400g berbanding berat ketika lahir dulu.. Agak membimbangkan.. Tapi nurse tu kata kalo dia fully breastfeed, tak perlu risau..

Untuk menambah susu badan, abangku sayang belikan longan kering dan kurma merah untuk direbus dan minum airnya.. So far tak nampak kesan positif pon.. Tiap kali pam aku dapat paling banyak 2oz je.. Dah sebulan takkanlah susu tak bertambah! Poning,, kurma memang aku makan tiap hari.. Kalo lapar in between meals, aku makan kurma.. Horlick or milo aku minum tiap hari.. Biskut weetameal yang kaya serat pon aku makan tiap pagi dan petang..

Yer aku tau, ibu yang obses bf tu mesti cakap penghasilan susu berdasarkan demand.. Kena kerap pam.. Kalo baby asyik nak nyonyot, bila masa aku nak pam? Should i try shaklee? Akan berhasil tak? Aku tanak la cuba sesuatu yang mahal tapi tak berkesan plak.. Dahla tight budget skang ni.. Ntahla, tunggu abis pantang dulu laa.. Time tu aku boleh makan pelbagai makanan seimbang.. Skang ni makan lauk ikan bilis, ikan merah or tenggiri je.. Sayur hanyalah sawi, lobak merah dan lobak putih..

Lagi 10 hari nak abis pantang.. Masih bertungku, berbarut, berbengkung, berstokin dan pakai sweater.. Tak sabar nak abis pantang.. Bukan sebab malas berpantang, tapi aku tanak menyusahkan orang lagi.. Tiap pagi mak kena panaskan batu sungai untuk bertungku, rebus rempah untuk mandian, diorang takleh keluar semata2 temankan aku kat umah.. Feeling guilty.. Huhu.. Cepatlah masa berlalu..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers