mizalisyaf
lama tak update blog.. Bila baby fully breastfeed ni, dia suka nak melekap pada mama.. Orang kata mengempeng.. Aku boleh bergerak hanya ketika syawal absyar tido ataupon ada orang lain tolong pegang dia.. That's why aku dah agak mahir menyusukan baby sambil baring.. Kadang2 tengah malam, aku tak sedar pon bila masa aku susukan absyar dan bila masa dia lepaskan puting.. Risau gak kalo2 terhimpit baby..

Ok cerita pasal Absyar, Isnin lepas ayah n mama bawak dia gi klinik kesihatan batu arang untuk suntikan usia sebulan.. Budak kecik ni memang penakut sejuk.. Bila bukak baju je dia melalak macam kena dera.. Kuat btol suara dia kat klinik tu.. Berat absyar hanya bertambah 400g berbanding berat ketika lahir dulu.. Agak membimbangkan.. Tapi nurse tu kata kalo dia fully breastfeed, tak perlu risau..

Untuk menambah susu badan, abangku sayang belikan longan kering dan kurma merah untuk direbus dan minum airnya.. So far tak nampak kesan positif pon.. Tiap kali pam aku dapat paling banyak 2oz je.. Dah sebulan takkanlah susu tak bertambah! Poning,, kurma memang aku makan tiap hari.. Kalo lapar in between meals, aku makan kurma.. Horlick or milo aku minum tiap hari.. Biskut weetameal yang kaya serat pon aku makan tiap pagi dan petang..

Yer aku tau, ibu yang obses bf tu mesti cakap penghasilan susu berdasarkan demand.. Kena kerap pam.. Kalo baby asyik nak nyonyot, bila masa aku nak pam? Should i try shaklee? Akan berhasil tak? Aku tanak la cuba sesuatu yang mahal tapi tak berkesan plak.. Dahla tight budget skang ni.. Ntahla, tunggu abis pantang dulu laa.. Time tu aku boleh makan pelbagai makanan seimbang.. Skang ni makan lauk ikan bilis, ikan merah or tenggiri je.. Sayur hanyalah sawi, lobak merah dan lobak putih..

Lagi 10 hari nak abis pantang.. Masih bertungku, berbarut, berbengkung, berstokin dan pakai sweater.. Tak sabar nak abis pantang.. Bukan sebab malas berpantang, tapi aku tanak menyusahkan orang lagi.. Tiap pagi mak kena panaskan batu sungai untuk bertungku, rebus rempah untuk mandian, diorang takleh keluar semata2 temankan aku kat umah.. Feeling guilty.. Huhu.. Cepatlah masa berlalu..
mizalisyaf
As i mentioned earlier, di awal kelahiran muhammad syawal absyar diberikan susu formula.. Aku bukanlah ibu yang bernasib baik yang mana susu start meleleh masa mengandung.. Di hari lahir syawal absyar pon yang ada cuma setitik kolostrum di puting sebelah kiri.. Bila dipicit puting lagi, takde apa yang keluar.. Tapi aku biarkan saja baby menyonyot for stimulation..

Kali ni aku dah lebih bersedia dari segi mental untuk breastfeeding.. Walaupon letih dan mengantuk, aku turutkan jua keinginan baby untuk nyonyot.. Tak kiralah siang atau malam.. Sampai luka nipple.. Tiap kali baby nak nyonyot, aku tarik nafas panjang menahan rasa pedih.. Lenguh tangan dan badan semasa menyusukan baby takyah cakap la.. Tapi kesabaran dan ketahanan mental aku ada limitnya juga..

Setiap hari aku bagi baby minum susu formula maksimum sebanyak 2 kali sahaja.. Hanya 1.5oz sekali.. Selebihnya, aku bagi baby nyonyot walopon 3 hari pertama kelahiran tu susu masih takde.. Hari ke empat, bila aku dah berurut barulah susu keluar.. Tapi masih sedikit.. Aku masih perlu topup susu formula sekali sehari hinggalah hari ke 10.. Selepas tu, Alhamdulillah pengeluaran susu sudah agak stabil.. Aku tak perlu lagi topup susu formula.. Aku pon dah start pam susu walopon paling banyak dapat cuma 2oz..

Walopon dah fully breastfeed, bukanlah semuanya direct feeding.. Ada kalanya bagi EBM terutamanya masa aku tengah mandi.. Yerlah, masa dalam pantang ni waktu untuk mandi hingga siap agak panjang.. Dengan jalan slow2, mandi air panas, sapu minyak herbanika satu badan, berbarut dan bengkung tu punyalah lama nak selesai.. Kalo tak bagi EBM kang baby melalak.. Bila melalak, orang sekeliling pon mula la bising..

Aku bersyukur sangat kerana doa aku untuk breastfeed baby dimakbulkan.. Ya, aku tak dapat breastfeed secara exclusive tapi sekurang-kurangnya aku berusaha menyokong penyusuan susu ibu.. 2 orang anak yang dulu aku gagal.. Alya dapat susu ibu selama 3 bulan saja, tu pon campur susu formula.. Isyraf plak dapat susu ibu sehingga 7 bulan, juga campur susu formula.. Moga syawal absyar dapat fully breastfeed seberapa lama yang boleh tanpa campur susu formula (but only for those 10 bad days)..

Skang ni aku masih menimba ilmu berkaitan penyusuan susu ibu.. Hari ni aku belajar pasal foremilk dan hindmilk.. Aku harap baby dapat hindmilk la supaya cepat membesar.. Aku risau baby cuma dapat foremilk sebab dia selalu tido lepas 10 minit menyusu.. Pastu lepas sejam baby bangun nak susu lagi.. Pagi tadi masa nurse timbang, berat baby dah naik 400g.. Ok la dari berat berkurangan kan?
mizalisyaf
ok.. Muhammad Syawal Absyar dah masuk 19 hari.. Baru sempat nak bercerita pasal new baby ni..

26 jul - selepas dilahirkan, nurse bertanya sama ada nak breastfeed or bagi susu formula.. Aku pilih susu formula.. Aahhh pedulikan kata orang yang terlalu obses itu.. Ini adalah pilihan peribadi.. Aku punyer pasal la kan? Bukan orang lain yang menanggung sakit, penat lelah bersalinkan anak aku ni.. Baby dibawa ke nursery di bawah jagaan pihak hospital..

Setelah semalaman rehat dan tido di wad bersama abangku sayang dan 2 orang anak, aku lebih bertenaga.. tengahari tu barulah baby dihantar ke wad untuk bersama mama.. kami mendapat kunjungan Nizar sekeluarga di Salam.. Kol 2pm, kami dibenarkan pulang.. Kos bersalin secara normal without epidural, vacuum or forcep adalah RM1,999.. Syukurlah tiada sebarang komplikasi yang boleh menambahkan kos rawatan..

Kami sekeluarga pulang ke Bukit Naga untuk mengambil barang keperluan yang ingin dibawa ke Rawang.. Petang tu, mak abah, angah dan kak farida tiba.. Dan kami juga menerima kunjungan dari Zara n Sara.. Thanks for "angpow" and cheesekut eventhough aku tak dapat rasa.. Dah abis pantang nanti, sila bagi cheesekut lagi yer! Hehe.. Sebelum kami bergerak ke Rawang, jiran2 sempat juga melawat baby baru..

27 & 28 jul - kami dikunjungi oleh Ajim, Kak Pijah dan Along sekeluarga.. Banyak hadiah Syawal Absyar dapat yer..

29 jul - sebelah pagi, aku berurut untuk hari pertama.. abangku sayang plak gi report kelahiran new baby di klinik kesihatan batu arang.. Petang tu jugak nurse datang melawat mama dan baby.. Baby takde jaundice tapi rahim mama plak dikatakan masih tinggi dan lambat mengecut.. Actually masa tu aku tengah tahan kencing.. Pundi kencing penuh menyebabkan ia menolak rahim ke atas..

30 jul - pagi tu aku berurut hari kedua.. nurse datang melawat lagi.. Rahim aku dah mengecut.. Baby plak kena jaundice dan disuruh datang ke klinik untuk check darah.. Abangku sayang gi shah alam buat surat beranak baby.. Petang tu kami ke klinik kesihatan batu arang.. Keputusan ujian darah 198 yang mana masih ok.. Kalo lebih 289, baby akan dimasukkan ke wad untuk dok bawah lampu.. Kalo result di antara 200 ke 289, baby kena gi check darah everyday..

31 jul - hari terakhir berurut.. Nurse datang melawat seperti biasa.. Kali ni mama dan baby ok.. Lega.. Tapi yang tak bestnya sebab abangku sayang kena pulang ke shah alam sebab cuti ihsan sudah habis..

1 aug - Nurse datang check kata baby masih kuning.. Kena gi klinik lagi.. Resultnya naik ke 204.. Esok kena datang check darah lagi..

2 aug - g klinik kesihatan.. Alamak.. Jaundice makin teruk.. 218.. Nurse kata diorang akan datang check kat umah during weekend.. If makin teruk, kena bawak baby check darah kat hospital sebab klinik tutup..

4 aug - nurse datang.. Kuning tak berapa teruk.. Ok laa.. Lega..

5 aug - gi klinik kesihatan lagi ke sekian kalinya.. Result test darah adalah 206.. Turun akhirnya tapi masih melebihi 200.. Disebabkan dah nak raya, nurse kata takpelah.. Tak perlu datang check darah lagi.. Lagipon resultnya takdelah tinggi sangat.. Alhamdulillah.. Kesian baby kena cucuk di tumit everyday..

7 aug - nurse call pagi2 buta tanya aku ada di rumah ke tak.. Dia nak datang melawat walopon dalam schedule, nurse patut datang pada hari raya kedua.. Segalanya ok bila dicheck.. Boleh beraya dengan tenang.. Yeay!

8 & 9 aug - beraya di rumah saja.. Abangku sayang ada menemani sementara family aku yang lain gi beraya di Gombak..

10 - 12 aug - beraya di kampung abangku sayang di jelebu.. Tak sangka aku dapat green light untuk berjalan jauh walaupon masih dalam pantang.. Yang pasti, bengkung diikat ketat dan duduk dengan selesa untuk mengelakkan bentan.. Alhamdulillah ok.. Gembira betul mak di kampung dapat tengok cucu barunya..

13 aug - di rawang.. Rutin berpantang seperti biasa.. Sedih sebab abangku sayang dah start keje semula.. Weekend nanti baru jumpa.. Huhu
mizalisyaf
24 Julai - rutin di bulan Ramadhan berjalan seperti biasa.. Tiada apa yang pelik..

25 Julai - jam 3am.. Perut terasa mengeras.. Aku kira selang 15 minit.. Mengeras & menegang, tapi aku yakin ia bukannya sakit contraction.. Kol 4.15am, aku bangun menyediakan makan sahur seperti biasa..

Kol 7.20am, abangku sayang gi kerja dan budak2 dihantar ke taska.. 10.30am, perut masih menegang tanpa ada sebarang tanda mahu bersalin.. Sempat juga aku ber"sms" dengan abangku sayang mengatakan aku akan bersalin dalam sehari dua..

2.30pm, keluar lendir bercampur sedikit darah ketika aku buang air.. Hmm, waktu bersalin makin dekat nampaknya.. Aku kemas barang apa yang patut..

3.30pm, terasa air keluar meleleh sedikit demi sedikit.. Bukan terkencing.. Dah tentunya ketuban yang bocor.. Aku call abangku sayang memberitahu pasal tu.. Tak rasa sakit lagi.. Aku masih boleh lepak2 tengok tv, basuh pinggan, lipat baju, kemaskan umah yang bakal ditinggalkan sebulan lebih..

4.30pm, abangku sayang pulang.. Melihatkan keadaan aku yang normal saja, abangku sayang lega.. Kami sempat melelapkan mata seketika.. Esok lusa belum tentu dapat rehat..

5.45pm, abangku sayang jemput budak2 di taska.. Kami plan nak pinjam anak kak ngah untuk menjaga budak2 semasa aku di labour room.. Unfortunately Erin masih di sekolah..

6.15pm, kami mengangkut segala barang keperluan hospital masuk kereta.. Cadangnya nak terus ke Salam Medical Centre.. Memandangkan aku masih tak sakit, abangku sayang ajak ke bazaar ramadhan.. Kalo gi waktu tu pon, staff kat Salam for sure sibuk nak berbuka juga.. Kami gi Stadium Shah Alam beli apa yang patut dan berbuka di stesen petronas..

8.00pm, kami tiba di Salam.. Terpaksa menunggu seketika untuk register kerana ketiadaan staff di kaunter.. Diorang masih berbuka nampaknya..

8.15pm, aku masuk ke labour room untuk diperiksa.. Bukaan baru 3cm.. Actually kami datang awal kerana air ketuban dah keluar.. Menurut doktor, kalau lewat ke hospital, kemungkinan mendapat jangkitan kuman.. Alat CTG dipasang kat perut.. Menurut bacaan mesin tu, hanya ada sekali contraction dan tidak kuat..

9.00pm, aku dimasukkan ke wad 207.. Tiada sebarang drip atau suntikan diberikan.. They let me having a natural process of early stage labour.. Lagipon takde doktor ketika itu.. Suhu badan aku 37.9.. Eh, aku demam ke? Aku diberikan paracetamol..

9.30pm, abangku sayang bawa budak2 pulang untuk mandi dan makan.. Waktu ketiadaan diorang, contraction pon bermula.. Dari selang 10 minit menjadi 7 minit.. Aku masih mampu bertahan kerana tak terlalu sakit rasanya.. Doa Nabi Yunus tak putus dibaca sambil berlatih mengawal pernafasan..

11.30pm, diorang tiba di wad.. Contraction makin kuat.. Dengan kehadiran 2 orang budak yang menguji kesabaran aku, tumpuan aku untuk mengawal kesakitan mula terganggu.. Tension makin terasa.. Abangku sayang cuba menidurkan diorang..

12.00am (26 julai 2013), sakit contraction dah tak tertahan lagi.. Butang kecemasan ditekan untuk memanggil nurse.. Bila diperiksa, bukaan sudah 5cm.. Aku bakal dihantar ke labour room.. Sebelum tu aku sempat ke tandas untuk buang air tapi kesakitan mengatasi segalanya.. Kencing pon tanak keluar melainkan darah..

12.15am, bukaan sudah 8cm.. Nurse tidak sempat memasang alat CTG itu kerana aku terlalu sakit dan terasa nak meneran sangat2.. Dalam kelam kabut menyediakan peralatan, sempat juga diorang call doktor ganti.. Sememangnya aku tak mampu menunggu kehadiran doktor.. Bila contraction kuat, aku teran je..

Abangku sayang masih belum masuk ke labour room kerana sibuk menidurkan budak2 di wad.. Aku dah tak pikir apa melainkan sakit nak bersalin.. Bila dihulurkan topeng gas penahan sakit tu, aku terima aje.. Aku cuma mahu segalanya cepat selesai.. Nasib baik aku masih waras untuk tidak menydut terlalu banyak gas.. Kalo tak, dah tentu aku mamai dan tak larat nak meneran..

12.40am, bayi selamat dilahirkan selepas meneran beberapa kali dan dibantu dengan episotomi.. Menurut nurse yang menyambut baby tu, tali pusat terbelit di leher 2 kali.. Mujurlah segalanya selamat..

12.45am, abangku sayang baru dapat masuk ke labour room.. Abang sangat terkejut aku dah selamat bersalin.. Baby sedang dibersihkan manakala aku pula menanti kedatangan doktor untuk dijahit.. Doktor pon tak sangka aku akan bersalin secepat itu.. Alhamdulillah, rezeki aku kan..

1.15am, aku dihantar ke wad.. Bermulalah kehidupan kami berlima..
Daisypath Anniversary tickers