mizalisyaf
Hari ni aku berjaya buat kuih serimuka.. Tengahari tadi aku dah siap rendam beras pulut.. Kol 4 ptg tadi bermulalah aktiviti memasak.. Kukus pulut dengan santan.. Aku guna santan M&S.. Agak cair, so aku lebihkan sukatan santan dan kurangkan air.. Sambil kukus pulut, aku sediakan bancuhan tepung plak.. Resipi sebenar guna tepung kastard tapi aku guna tepung gandum je..

Ni gambar kuih serimuka yang terhasil.. Memang lembut, enak berkrim.. Patutnya kena tunggu sejuk baru potong.. Tapi aku terlalu excited nak rasa hasilnya, potong time panas gak.. Sebab tu potongannya tak berapa lawa.. Rasanya patut tambah garam skit supaya lebih rasa lemak masin.. Dan next time aku mungkin kurangkan air untuk kukus pulut dan tambah tepung supaya lebih kenyal..



Resipi yang aku ikut tu memang dah ok cuma aku tanak lembut sangat supaya senang dipotong.. Diorang bagi tips letak plastik lapik atas loyang supaya pulut tak melekat.. Nak wat camne, plastiknya takde plak.. Takpe, kali ni aku puas hati.. Ada skit je yang perlu diperbaiki.. Yeay! Bersemangat nak buat kuih lain plak..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers