Februari 2020 boleh dikatakan detik permulaan hidup yang suram.. mak dimasukkan ke ICU dan akhirnya meninggal dunia pada 10 Februari 2020.. kemudiannya kes Covid19 di Malaysia semakin meningkat setiap hari sehinggakan PKP (Total Lockdown) dilaksanakan pada 18 Mac 2020..
18 Mac 2020 - PKP
4 Mei 2020 - PKPB. Aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan dan ziarah raya juga hanya dibenarkan pada 1 Syawal..
10 Jun 2020 - PKPP. Rentas negeri sudah dibenarkan.. barulah dapat beraya di rumah Kak Pijah untuk menziarah baby baru.. Kami juga sempat bercuti ke Pulau Pangkor dan Sekinchan pada hujung Ogos 2020 setelah sekian lama terperap di rumah..
14 Oktober 2020 - PKPB di Selangor setelah kes meningkat berpunca daripada pilihanraya di Sabah..
14 Januari 2021 - PKP
5 Mac 2021 - PKPB. Anak-anak mula pergi ke sekolah.. tapi tak sampai 2 bulan, sekolah ditutup semula..
6 Mei 2021 - PKP
1 Jun 2021 - Total Lockdown katanya..
Jujur aku katakan apa yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya.. pada orang lain, mungkin kesan yang lain mereka alami.. kasut kita tak sama.. bukanlah aku suka dengan kewujudan wabak ini, tapi aku lihat dari sudut positif yang terjadi pada aku.. aku dapat semangat baru untuk menyusun semula kewangan dengan lebih baik.. terima kasih kepada sahabat yang menjadi penasihat dan sumber rujukan.. you know who you are..
Kalau dulu, hutang kad kredit tertunggak sekian lama dan aku dikenakan interest setiap bulan hinggakan jumlah interest melebihi jumlah hutang sebenar.. tapi kini, kad kredit hanya digunakan untuk pemudah kaedah bayaran tanpa mengeluarkan wang tunai dari bank.. caranya adalah dengan pindahan baki kredit kad.. contohnya hutang kad Bank Rakyat sebanyak RM1200 dipindahkan ke kad Maybank tanpa dikenakan caj ataupon caj yang minimum.. Bayaran ansuran kepada Maybank adalah RM100 selama 12 bulan.. kini tinggal 2 kali bayaran saja untuk aku bebas hutang kad kredit..
Aku juga telah menamatkan insurans hayat Bijak Malaysia sebanyak RM200 sebulan dan beralih ke takaful yang patuh syariah.. dengan penamatan insurans tersebut, aku dapat bayaran balik lebih kurang RM6k.. duit itu dimasukkan dalam dana kecemasan yang perlu ada sebanyak 6 bulan gaji.. korang kiralah sendiri berapa yang perlu disimpan berdasarkan gaji sebulan.. kalau gaji RM3k, kena ada dana kecemasan at least RM18k..
Dari April 2020 sehingga September 2020, aku dapat moratorium pinjaman bank selama 6 bulan.. aku juga mengambil peluang membuat pengeluaran I-Lestari sebanyak RM500 sebulan (terlewat mohon, hanya dapat 5 bulan sahaja).. di samping itu, terdapat penjimatan kos tol, petrol dan yuran taska sepanjang PKP/PKPB kerana aku WFH.. dengan duit I-Lestari, moratorium dan penjimatan kos tu, aku simpan semuanya sebagai dana kecemasan.. sebahagiannya di ASB dan Tabung Haji, selebihnya dalam bentuk emas.. Alhamdulillah..
Cerita di atas yang best2 tu dari pihak aku.. terbalik pula dengan abangku sayang.. pendapatannya sebagai pemandu teksi dan grab terjejas teruk dengan pelaksanaan PKP.. bila tak boleh rentas daerah, makin susahlah.. kadang kala keluar pun buat rugi petrol saja sedangkan tak dapat sewa.. loan teksi tetap kena bayar juga.. dapat bantuan GKP dan pemandu teksi pon tak seberapa.. bersyukurlah apa adanya..
Mudah-mudahan wabak Covid19 segera hilang dari muka bumi ini..









