mizalisyaf

    Dari dulu aku minat barang kemas yang bertemakan cinta.. aku ada 2 cincin berbentuk love.. dulu masa kat asrama, aku berkenan betul dengan cincin Rina yang sangat simple.. cincin tu cuma ada sebiji bola kecil di atasnya.. aku minta mak belikan cincin lebih kurang begitu.. tapi bila sampai di kedai emas, cincin berbentuk love yang menjadi pilihan hati aku.. sekarang cincin tu aku bagi kat Alya supaya jadi harta turun temurun.. satu lagi cincin baru kubeli tahun lepas.. dalam banyak-banyak design yang ada, cincin bentuk love juga aku pilih tanpa berfikir panjang..

        

    Sekarang ni aku sedang berkira-kira untuk membeli gelang bagi menggantikan rantai tangan jagung yang putus.. sayang betul, tak sampai 2 bulan pon lekat di tangan.. aku survey gelang online dan suka sangat design gelang infinity love cam dalam gambar tu.. ada 2 kedai online yang menjualnya iaitu GDora dan Masdora.. tapi harga Masdora agak mahal.. lagi satu, tak dapatlah aku nak trade in rantai tangan jagung tu kalau beli gelang online.. aku dalam dilema.. kalaulah orang hadiahkan gelang tu alangkah bahagianya.. Hmm mimpi saja lah!

    Aku sering tertanya-tanya kenapa aku suka tema cinta? Adakah itu tanda aku dahagakan cinta? Selama ni tak cukup dicintai ke? Ataupon aku terpengaruh dengan kisah cinta dongeng yang indah belaka, takkan sama dengan dunia nyata..

mizalisyaf
Zaman dulu, susah betul nak dapat join aktiviti luar sekolah.. paling banyak aku pergi setelah masuk asrama sebab masa tu dah keluar rumah.. Antara tempat yang aku kunjungi sepanjang belajar adalah seperti berikut..

1) Sungai Congkak
    Pertama kali aku mengikuti aktiviti luar sekolah pada tahun 1995.. sebenarnya aktiviti perkhemahan ini wajib bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.. tapi disebabkan kena bayar mahal, aku tak dibenarkan pergi.. maklumlah kami bukan orang senang.. lagipon abah berpegang kuat kepada sentimen "perempuan tak boleh buat itu ini".. aku siap dipanggil berjumpa guru penolong kanan untuk menerangkan kenapa tidak mahu turut serta.. beliau akhirnya memberi diskaun kepadaku.. jenuh juga aku mendesak supaya diberi kebenaran untuk pergi.. betapa seronok dapat berdikari dan pertama kali juga kenal sesi burung hantu..

2) Bukit Cerakah
    Aku pergi semasa di Tingkatan 1.. tak pasti sama ada rombongan pengawas pusat sumber atau persatuan.. rombongan ni kurang bantahan sebab tak bermalam.. Kat Rumah 4 Musim masa tu tengah pameran musim sejuk.. dapatlah merasa salji tiruan..

3) Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (Pulapah)
    Ni dah masuk asrama.. Kursus bina insan masa Tingkatan 4.. macam-macam aktiviti lasak dibuat kat situ.. kenangan tak boleh dilupakan adalah masa aktiviti burung hantu, aku telah "diculik" oleh fasilitator.. diorang buat cerita kononnya aku ambil kesempatan pergi dating.. sebagai hukuman, aku kena jadi pengantin dan bersanding dengan Wan Zahiran.. sampaikan pengetua betul2 percaya kitorg buat hal.. sebenarnya itu sekadar wayang untuk memeriahkan suasana..

4) Gua Batu Maloi
    Perkhemahan Renjer Puteri dan Pengakap.. gua tu sangat unik sebab terbentuk dari tindanan batu-batu besar.. letih juga nak panjat dan menyusur batuan.. masa tu rasa budak-budak pengakap sangat hebat dan macho tolong kitorg si renjer puteri.. haha.. dapat pengalaman bina khemah sendiri.. kain bumbung tak berapa tegang, bila hujan lebat, air bocor masuk ke dalam..

5) MMU Cyberjaya
    Ni pergi melawat saje.. tak berapa ingat sangat.. yang pasti kitorg ada singgah kat RnR.. haha

6) Kolej MARA Banting
    Tak pasti aktiviti sempena apa.. kami bermalam di sana dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar persediaan ke luar negara.. suasana dan susun atur KMB lebih kurang MRSM.. dah nama pon kolej di bawah MARA kan..

7) Taman Negara Jerantut
    Pada mulanya aku tak terpilih pon sebab ia adalah kursus kepimpinan bagi Badan Wakil Pelajar (BWP) dan Lembaga Disiplin Pelajar (LDP).. aku setakat jadi pengawas pusat sumber je.. pernah aku suarakan rasa hati kat kaunselor yang aku teringin nak pergi Taman Negara.. katanya kalau dapat pointer terkumpul atas 3.30 boleh pergi.. aku kira-kira untuk capai target, kena dapat pointer 3.5 dalam semester itu.. memang susah la nak capai.. tapi tak lama lepas exam, cikgu Firdaus beritahu aku layak pergi.. aku sangkakan dia bergurau sebab aku belum dapat keputusan periksa.. rupa-rupanya memang rezeki aku.. aku berjaya dapat pointer 3.55 semester itu dan dapat sijil penghormatan pengetua.. kat Taman Negara, aku merasa naik bot menyeberangi Sungai Tembeling dan tengok sendiri penempatan orang Asli..
    
8) Konvensyen PUM MRSM Kuala Berang
    Sekali lagi disebabkan keputusan periksa yang agak baik, aku terpilih menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda.. persediaan sebelum ke MRSM Kuala Berang itu mengambil masa lebih kurang sebulan.. kena bahagikan masa antara belajar dan aktiviti PUM.. setiap malam waktu prep, kami berkumpul untuk siapkan barang-barang nak dibawa.. macam-macam kenangan suka duka kami alami.. masa ni lah aku mula baik dengan ex-bf aku..

9) Kursus Biro Tata Negara, Kem Bumi Jati Klang
    Ni pertama kali pergi BTN.. orang kata nak brainwash.. tapi bagi aku ok je.. aktiviti cintakan negara apa salahnya.. kat sini aku dapat pengalaman buat repelling iatu turun bukit guna tali.. mandi ramai-ramai guna air kolah.. kat asrama pon takde kolah camtu..

10) Berkhemah di Kolam Air Panas Kerling
    Ni adalah kemuncak program Duke of Edinburgh (DoE) di KMYS.. untuk dapat sijil DoE kena join kelab, buat aktiviti khidmat masyarakat dan berkhemah.. aku masuk French Club (perkataan yang paling diingati cuma fleur), belajar swimming dan cuci kandang harimau kat Zoo Negara.. last sekali kitorg kena berjalan kaki dari kolej melalui kampung dan ladang untuk ke Kolam Air Panas Kerling.. berkhemah di sana satu malam dan pulang semula ke kolej.. letih teramat sangat..

11) Pulau Pangkor
    Setiap rumah dibenarkan outing bermalam 1 hari di mana-mana tempat yang berdekatan.. House Sapphire memilih Pulau Pangkor.. ada House yang pergi Gua Tempurung.. ini lah pertama kali aku naik feri dan jejak pulau.. 

12) Kursus Biro Tata Negara Alor Gajah Melaka
    Lagi sekali pergi BTN sebagai syarat sebelum ke luar negara.. kat sini aku bertemu dengan ramai pelajar hebat.. terasa kerdil diri ini..

Haa tu lah tempat-tempat yang ada dalam memori aku.. mungkin ada lagi yang tak boleh nak diingati.. lepas ke luar negara, memang makin banyaklah tempat aku kunjungi.. peluang tak datang selalu, jadi gunakan kesempatan yang ada..
mizalisyaf

    Februari 2020 boleh dikatakan detik permulaan hidup yang suram.. mak dimasukkan ke ICU dan akhirnya meninggal dunia pada 10 Februari 2020.. kemudiannya kes Covid19 di Malaysia semakin meningkat setiap hari sehinggakan PKP (Total Lockdown) dilaksanakan pada 18 Mac 2020.. 

18 Mac 2020 - PKP

4 Mei 2020 - PKPB. Aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan dan ziarah raya juga hanya dibenarkan pada 1 Syawal.. 

10 Jun 2020 - PKPP. Rentas negeri sudah dibenarkan.. barulah dapat beraya di rumah Kak Pijah untuk menziarah baby baru.. Kami juga sempat bercuti ke Pulau Pangkor dan Sekinchan pada hujung Ogos 2020 setelah sekian lama terperap di rumah..

14 Oktober 2020 - PKPB di Selangor setelah kes meningkat berpunca daripada pilihanraya di Sabah.. 

14 Januari 2021 - PKP

5 Mac 2021 - PKPB. Anak-anak mula pergi ke sekolah.. tapi tak sampai 2 bulan, sekolah ditutup semula..

6 Mei 2021 - PKP

1 Jun 2021 - Total Lockdown katanya..

    Jujur aku katakan apa yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya.. pada orang lain, mungkin kesan yang lain mereka alami.. kasut kita tak sama.. bukanlah aku suka dengan kewujudan wabak ini, tapi aku lihat dari sudut positif yang terjadi pada aku.. aku dapat semangat baru untuk menyusun semula kewangan dengan lebih baik.. terima kasih kepada sahabat yang menjadi penasihat dan sumber rujukan.. you know who you are..

    Kalau dulu, hutang kad kredit tertunggak sekian lama dan aku dikenakan interest setiap bulan hinggakan jumlah interest melebihi jumlah hutang sebenar.. tapi kini, kad kredit hanya digunakan untuk pemudah kaedah bayaran tanpa mengeluarkan wang tunai dari bank.. caranya adalah dengan pindahan baki kredit kad.. contohnya hutang kad Bank Rakyat sebanyak RM1200 dipindahkan ke kad Maybank tanpa dikenakan caj ataupon caj yang minimum.. Bayaran ansuran kepada Maybank adalah RM100 selama 12 bulan.. kini tinggal 2 kali bayaran saja untuk aku bebas hutang kad kredit..

    Aku juga telah menamatkan insurans hayat Bijak Malaysia sebanyak RM200 sebulan dan beralih ke takaful yang patuh syariah.. dengan penamatan insurans tersebut, aku dapat bayaran balik lebih kurang RM6k.. duit itu dimasukkan dalam dana kecemasan yang perlu ada sebanyak 6 bulan gaji.. korang kiralah sendiri berapa yang perlu disimpan berdasarkan gaji sebulan.. kalau gaji RM3k, kena ada dana kecemasan at least RM18k..

    Dari April 2020 sehingga September 2020, aku dapat moratorium pinjaman bank selama 6 bulan.. aku juga mengambil peluang membuat pengeluaran I-Lestari sebanyak RM500 sebulan (terlewat mohon, hanya dapat 5 bulan sahaja).. di samping itu, terdapat penjimatan kos tol, petrol dan yuran taska sepanjang PKP/PKPB kerana aku WFH.. dengan duit I-Lestari, moratorium dan penjimatan kos tu, aku simpan semuanya sebagai dana kecemasan.. sebahagiannya di ASB dan Tabung Haji, selebihnya dalam bentuk emas.. Alhamdulillah..

    Cerita di atas yang best2 tu dari pihak aku.. terbalik pula dengan abangku sayang.. pendapatannya sebagai pemandu teksi dan grab terjejas teruk dengan pelaksanaan PKP.. bila tak boleh rentas daerah, makin susahlah.. kadang kala keluar pun buat rugi petrol saja sedangkan tak dapat sewa.. loan teksi tetap kena bayar juga.. dapat bantuan GKP dan pemandu teksi pon tak seberapa.. bersyukurlah apa adanya..

    Mudah-mudahan wabak Covid19 segera hilang dari muka bumi ini..

Daisypath Anniversary tickers