Baca tajuk je pon dah stress.. tulah susah bila ko tak reti bezakan antara baik hati atau dipergunakan.. terperdaya atas kata-kata manis.. diambil kesempatan atas kenaifan ko.. Malang sungguh.. dan lebih malang bila ko hanya mengetahui kebenaran setelah bertahun-tahun lamanya.. begini ceritanya..
First love aku merupakan senior di kolej.. mula kenal melalui laman chat, declare couple dalam bulan Januari 2002.. hubungan kami ada pasang surut.. pernah sekali aku minta putus sebab cemburu akan keakraban dengan adik angkatnya.. sungguh tak sangka dia menitiskan air mata di kala itu.. maka aku tak jadi putuskan hubungan.. namun setelah habis study di kolej, dia putuskan hubungan kami pada bulan 1 Ogos 2002 hanya melalui email tanpa sebarang alasan.. hati aku sangat terluka kerana dia adalah cinta pertama..
6 bulan lepas itu, aku couple pula dengan ex-school mate dalam bulan Januari 2003 untuk mengubati hatiku yang lara.. long distance relationship.. dia tengah study diploma, aku pula study A Level di kolej.. kami berhubung hanya dengan call dan sms.. tak pernah sekali pun keluar bersama.. aku percayakan dia 100%.. namun pada saat aku sibuk study untuk final exam, aku terima sms dari seorang wanita yang menyatakan boyfriend aku itu adalah nyawanya.. wanita itu meminta aku cari lelaki lain.. Persoalan siapa wanita itu tidak dijawab.. boyfriend aku hanya menasihatkan supaya fokus exam, abaikan perkara itu.. emosi aku terganggu sampaikan tak boleh belajar dengan tekun.. namun, syukur keputusan exam masih ok..
aku tidak boleh terima kewujudan orang ketiga.. kali pertama kami keluar di KLCC, aku minta putuskan hubungan.. walaupun adik angkat ex boyfriend aku cuba memujuk supaya kami kembali bersama tapi hati aku dah terluka.. pada September 2003, ex boyfriend telah menghantarku ke airport sambil memberikan sepucuk surat penjelasan.. dia menyatakan wanita yang menghantar sms itu adalah sahabatnya yang bermasalah.. dia hanya ingin membantu kerana keluarga wanita itu amat mengharapkannya.. aku merasakan alangkah baiknya ex boyfriend aku.. tapi aku tetap dengan pendirian untuk mengundur diri demi kebaikan semua pihak..
Di universiti, aku bertemu semula dengan first love aku.. memang aku sengaja pilih uni yang sama dengannya.. aku berada di tahun 1, dia pula di tahun 2.. aku berusaha sedaya upaya untuk kembali dengannya sepanjang 2 tahun.. dan dia seolah-olah memberi harapan padaku.. tak perlu cerita butirannya, tapi hubungan kami boleh dikatakan lebih dari sekadar kawan biasa.. namun sekali lagi, selepas habis belajar dia menyepikan diri meninggalkan aku terkapai-kapai sendiri..
Selepas tamat pengajian, aku kerja di proton.. di situ aku bertemu dengan abangku sayang.. kisah bahagia kami aku abadikan dalam blog.. rupanya first love aku masih mengikuti perkembanganku melalui blog.. setelah tahu aku sudah move on dan bahagia, dia menghubungiku untuk memberitahu yang dia akan berkahwin dan memberikan kad jemputan.. ya, aku pergi ke majlis persandingannya bersama mak dan angah.. aku menyaksikan sendiri pasangan dua sejoli itu dengan baju nikah berwarna putih pada hari Jumaat bulan November 2007..
Setahun kemudian, aku dan abangku sayang bernikah.. aku tenang menjalani hidup bersama keluarga kami yang kian membesar.. tapi beberapa tahun yang lepas, rahsia ex boyfriend yg kedua terbongkar melalui facebook.. rupanya wanita yang menghantar sms padaku dulu adalah isterinya sendiri.. mereka sudah berkahwin sejak hujung 2002.. rupa-rupanya akulah orang ketiga.. aku sungguh kecewa diperdaya sebegitu rupa.. kata-kata manisnya membuat aku terlena dan buta.. mujurlah aku memutuskan hubungan kami dahulu..
Baru beberapa hari lepas, rahsia first love aku pula terbongkar.. juga melalui facebook.. rupa-rupanya dia sudah ada kekasih sejak dia di tahun 2.. dia sering menghadiahkan pelbagai benda termasuk handphone dan mengirim wang pada kekasihnya.. bodohnya aku.. aku mengaku dia tidak pernah berkata sayang padaku sepanjang di universiti.. cuma apa yang aku kesalkan adalah dia mengambil kesempatan atas kebaikanku sedangkan dia tiada perasaan padaku.. kenapa tidak berterus terang saja supaya aku berhenti berharap..
Betapa aku mudah terperdaya kerana mengikut rasa hati.. aku telah diperbodohkan dan diambil kesempatan oleh insan yang pernah kucintai.. disebabkan kisah lampau, kini aku jadi keliru sama ada aku patut kekal baik hati atau berprasangka buruk terhadap insan di sekelilingku..