Akhirnya berjaya menjejakkan kaki semula di Pulau Langkawi setelah hampir 11 tahun. Dulu pergi berbulan madu dengan abangku sayang pada 2008, kali ni pergi berdua bersama kawan sepejabat pula. Percutian yang amat dinantikan untuk merehatkan minda. "me time" katanya.
Day 1
Kami berlepas dari KLIA2 pukul 2 petang dan mendarat di Langkawi pada 3.05 petang seperti dijadualkan. Pada mulanya kami mahu menaiki teksi ke Pantai Cenang dan menyewa kereta keesokan harinya. Namun kami bertukar fikiran setelah dimaklumkan tambang teksi sehala adalah RM30 dan kadar sewa kereta di Pantai Cenang lebih tinggi berbanding menyewa terus dari lapangan terbang. Oleh itu, kami bersetuju menyewa kereta Perodua Viva (auto) dengan kadar RM50 sehari dan deposit RM50.
Dari lapangan terbang, kami terus ke stesen minyak. Seperti yang ramai orang tahu, petrol dalam tangki kereta sewa pastinya di takuk E ketika mula diambil. Isi petrol RM30 dan bergerak ke Dhania Motel di Pantai Cenang. Perjalanan hanya 15 minit.
Tanpa sebarang masalah, urusan check in selesai sekejap saja memandangkan tempahan dibuat awal melalui Agoda. Kadar sewa bilik 2 katil single adalah RM97 semalam dan dibayar ketika check in berserta deposit RM50. Kami turut meminjam seterika, sejadah dan payung. Di dalam bilik terdapat tv, peti sejuk mini, tuala, sabun, air mineral, kopi dan teh.
Setelah berehat seketika, kami keluar ke Pantai Cenang dengan berjalan kaki. Deretan kedai cenderahati terdapat di kiri kanan jalan, ada Cenang Mall, ada banyak restoren dan agensi pelancongan. Pilih saja yang mana berkenan di hati asalkan ada duit. Kami menempah pakej island hopping berharga RM30 dengan De Baron travel untuk keesokan harinya.
Di Pantai Cenang, terdapat pelbagai aktiviti air untuk dicuba seperti banana boat, jet sky dan parasailing. Kami hanya melihat saja kerana tidak berhasrat untuk membasahkan pakaian pada petang itu. Kami sempat bergambar dengan pemandangan yang indah di tepi pantai dan tidak sah kalau tidak bergambar berlatarbelakangkan tulisan "Langkawi Permata Kedah".
Kami singgah makan di Telaga Seafood. Makanan yang menjadi pilihan adalah nasi putih, sotong goreng tempura, tomyam ayam, kailan goreng ikan masin, telur dadar, jus tembikai dan air laici. Kesemuanya berjumlah RM62. Kalau diikutkan, portion makanan tersebut adalah untuk 3-4 orang. Jenuh juga nak menghabiskan berdua.
Memandangkan kami kekenyangan dan sudah letih berjalan, kami pulang ke motel hampir pukul 8 malam. Tetapi sempat juga kami singgah membeli sedikit kudap-kudapan di AB mini mart dalam perjalanan pulang. Pada malam itu, kami hanya berehat sambil menonton tv dan merancang aktiviti untuk dilakukan esok.