mizalisyaf
Kami bertolak dari Kuala Gandah kol 12 tengah hari, singgah di R&R Gambang untuk makan. Disebabkan hujan sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, pemanduan tidak dapatlah terlalu laju. Ikut Waze, jalan terpantas adalah melalui susur keluar Gambang. Kami tiba di bandar Kuantan pada pukul 3.30 petang.

Pada asalnya kami nak ke Teluk Cempedak. Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, perancangan terpaksa diubah. Kami singgah di Kula Cakes, kedai kek yang terkenal dengan mango cheese cake.


Sebenarnya aku pun tidak pernah tahu pasal kek viral ini, tetapi bos aku yang beriya-ia. Malangnya bos aku sampai pukul 10 malam nanti kedai dah tutup. Tambahan pula Kula Cakes ni tutup setiap Isnin, tak dapat la bos aku nak beli esok lepas mesyuarat. Sememangnya kedai kek itu terkenal, orang sanggup beratur hingga ke luar kedai.


Kami nak beli kek untuk sambut hari jadi aku dan Alya kerana pada kedua-dua hari jadi tersebut kami hanya keluar makan tanpa ada kek. Kononnya hari ni nak buat sesi potong kek. Rupa-rupanya kek yang dijual kebanyakannya dah siap dipotong ala-ala Secret Recipe dengan harga lebih kurang RM9 sepotong. Dengan harga begitu, pasti harga sebiji kek agak mahal. Jadi aku hanya beli 2 potong kek choc moist dan 2 potong mango cheese cake berjumlah RM37.


Aku beli mango cheese cake travel pack yang siap dibungkus dalam aluminium foil. Mango gravy diletakkan dalam bekas kecil, tuang sendiri bila nak makan. Rasa kek tu memang sedap, tidaklah aku terkilan membayar Rm9. Tapi untuk makan selalu memang takkan lah. Mau gemuk dibuatnya.


Ni jelah gambar kenangan bersama kek sebelum habis dimakan. Oh, satu lagi kek simpan dalam peti sejuk untuk bos aku. Chewah, terasa macam nak bodek bos pula. Kepada yang ke Kuantan tu, cuba la rasai sendiri mango cheese cake. Highly recommended.
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers