mizalisyaf
Sekembalinya dari Kuantan, aku pergi ke pejabat seperti biasa pada hari Selasa. Banyak kerja yang perlu diselesaikan pada hari itu menyebabkan aku terpaksa pulang lewat. Abangku sayang whatsapp memberitahu yang cikgu taska syak Syahmi kena chicken pox. Ada dalam 3 bintik berair tumbuh. Aduhhh.

Pulang ke rumah, kulihat memang ada bintik berair. Tapi waktu itu Syahmi ok saja, tiada demam dan aktif seperti biasa. Pada mulanya kami nak ke klinik pada malam itu juga tapi badanku terlalu letih, mata mengantuk. Tak jadi ke klinik.


Pagi Rabu, aku ambil cuti kecemasan untuk membawa Syahmi ke klinik. Doktor mengesahkan itu chickenpox. Maka aku minta surat menyatakan Syahmi perlu dikuarantin bagi membolehkan aku mohon cuti kuarantin selama 2 hari. Aku duduk di rumah berdua saja dengan Syahmi kerana abang dan kakaknya dihantar ke taska seperti biasa.

Jumaat, bintik-bintik berair semakin banyak dan Syahmi mula demam. Dalam waktu yang sama abangku sayang juga demam teruk dan terbaring saja kerana sakit pinggang. Anak-anak yang lain tidak ke taska. Menjaga seorang budak yang sakit agak mencabar, kini bertambah seorang lagi. Dugaan sungguh.


Sabtu Ahad, keadaan masih sama. Syahmi dan ayahnya sekejap demam sekejap ok. Bintik berair di badan Syahmi mula kering dan berkudis. Kesian dia gatal-gatal walaupun sudah disapu losyen calamine. Isnin, aku pergi kerja meninggalkan Syahmi bersama ayahnya. Anak-anak lain dihantar ke taska.

Hari ni mujurlah cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Keadaan dua orang yang sakit masih sama. Entah kenapa lambat pula sembuhnya. Esok aku terpaksa cuti lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga kami.
mizalisyaf
Lepas aku habis mesyuarat, kami sekeluarga pergi ke Mini Zoo Taman Teruntum yang terletak berhampiran Royal Golf Club. Bayaran masuk adalah RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Zoo ini tidaklah luas mana, dah namanya mini kan.


Antara haiwan yang ada di situ adalah landak, banteng (macam kerbau saja rupanya), rusa, iguana, burung unta, buaya dan memerang. Walaupun kawasan persekitaran seperti tidak terjaga rapi, tetapi haiwan-haiwan di sini nampak sihat dan pasti diberi makan secukupnya.






Sebelum keluar, terdapat gerai menjual air, pisang goreng dan keropok lekor. Sila berhati-hati kerana ada monyet berkeliaran yang cuba minta makanan daripada pengunjung.

Di sebelah kawasan parkir juga terdapat taman permainan. Budak-budak tidak dapat bermain kerana gelongsor di situ basah akibat hujan. Berdekatan taman permainan terdapat tandas awam dengan bayaran masuk RM0.30 seorang.

Zoo ini kalau dijaga dengan baik tentu dapat menarik lebih ramai pengunjung. Mungkin kerana bayaran masuk yang murah, pihak pengurusan tidak cukup dana untuk membuat penyenggaraan sebaiknya.
mizalisyaf
Sebelum kami bercuti di Kuantan, agak lama juga aku survey hotel yang sesuai untuk kami sekeluarga. Bos-bos aku menginap di Vistana Kuantan City Centre, tempat mesyuarat kami pada hari Isnin. Di Vistana tiada family room, hanya bilik katil double. Harga bilik di situ juga melebihi kelayakan eksekutif pangkat rendah seperti aku ni.

Setelah membuat perbandingan harga, lokasi dan kemudahan yang ada di hotel-hotel Kuantan, aku akhirnya memilih Grand Continental. Lokasinya di tengah-tengah pusat bandar dan tidak jauh dari Vistana.



Aku dapati harga yang ditawarkan Agoda lebih kurang sama dengan government rate iaitu RM195. Maka aku buat reservation melalui telefon dengan memberikan nama dan organisasi sahaja. Hanya perlu bawa kad ID pekerja untuk check in. Perlu bayar deposit RM100 secara tunai dan dikembalikan ketika check out nanti.


Untuk keluar masuk bilik dan turun naik lif hotel ni perlukan kad akses. Kami dapat bilik 804 di tingkat 8 dengan pool view. Bila nampak kolam tu, anak-anak dah tak sabar nak turun ke kolam di tingkat 3. Cuma kekurangan di sini adalah tiada kolam yang cetek untuk kanak-kanak dan keadaan bilik persalinan tidak diurus dengan baik.


Lepas mandi di swimming pool, anak-anak berendam pula dalam bathtub. Seronok la tu dapat main buih.


Sarapan pagi untuk 3 orang sudah termasuk dalam pakej bilik triple ini. Disebabkan kami berenam (2 dewasa dan 4 kanak-kanak), secara amnya kami perlu membayar untuk 2 orang lagi kanak-kanak manakala si kecil tu percuma. Nasib kami baik sebab hanya dikenakan tambahan bayaran bagi seorang saja kanak-kanak sebanyak RM15. Antara menu sarapan pagi yang disediakan adalah nasi lemak, kuey tiau goreng, roti bakar, sosej, bijirin coco crunch, honey star dan buah. Terdapat juga chef yang tolong masakkan omelette on the spot.

Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan hotel ini namun perlu penambahbaikan dari segi penyelenggaraan dan pembersihan.
mizalisyaf
Kami bertolak dari Kuala Gandah kol 12 tengah hari, singgah di R&R Gambang untuk makan. Disebabkan hujan sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, pemanduan tidak dapatlah terlalu laju. Ikut Waze, jalan terpantas adalah melalui susur keluar Gambang. Kami tiba di bandar Kuantan pada pukul 3.30 petang.

Pada asalnya kami nak ke Teluk Cempedak. Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, perancangan terpaksa diubah. Kami singgah di Kula Cakes, kedai kek yang terkenal dengan mango cheese cake.


Sebenarnya aku pun tidak pernah tahu pasal kek viral ini, tetapi bos aku yang beriya-ia. Malangnya bos aku sampai pukul 10 malam nanti kedai dah tutup. Tambahan pula Kula Cakes ni tutup setiap Isnin, tak dapat la bos aku nak beli esok lepas mesyuarat. Sememangnya kedai kek itu terkenal, orang sanggup beratur hingga ke luar kedai.


Kami nak beli kek untuk sambut hari jadi aku dan Alya kerana pada kedua-dua hari jadi tersebut kami hanya keluar makan tanpa ada kek. Kononnya hari ni nak buat sesi potong kek. Rupa-rupanya kek yang dijual kebanyakannya dah siap dipotong ala-ala Secret Recipe dengan harga lebih kurang RM9 sepotong. Dengan harga begitu, pasti harga sebiji kek agak mahal. Jadi aku hanya beli 2 potong kek choc moist dan 2 potong mango cheese cake berjumlah RM37.


Aku beli mango cheese cake travel pack yang siap dibungkus dalam aluminium foil. Mango gravy diletakkan dalam bekas kecil, tuang sendiri bila nak makan. Rasa kek tu memang sedap, tidaklah aku terkilan membayar Rm9. Tapi untuk makan selalu memang takkan lah. Mau gemuk dibuatnya.


Ni jelah gambar kenangan bersama kek sebelum habis dimakan. Oh, satu lagi kek simpan dalam peti sejuk untuk bos aku. Chewah, terasa macam nak bodek bos pula. Kepada yang ke Kuantan tu, cuba la rasai sendiri mango cheese cake. Highly recommended.
mizalisyaf
Cuti sekolah kali ni, aku mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga di Kuantan selama 2 hari 1 malam. Tujuan ke Kuantan yang utama adalah atas urusan kerja. Bak kata orang, sambil menyelam minum air.

Kami keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi, singgah di stesen minyak seketika seterusnya bersarapan di Seksyen 19. Perjalan ke Pantai Timur dimulakan pada pukul 9 pagi.

Destinasi pertama kami adalah Kuala Gandah yang mana terdapat pusat konservasi gajah. Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi pelawat digalakkan menyumbang kepada pusat konservasi ini demi membantu sedikit sebanyak dalam usaha memastikan gajah tidak pupus di Malaysia. Para pelawat dikehendaki mendaftar sebelum masuk ke pusat ini dan setiap pengunjung dewasa akan diberikan pelekat untuk ditampal di baju.



Di sebelah kanan pintu masuk terdapat pondok menjual tebu sekiranya pelawat ingin memberi gajah makan. Kami mengambil kesempatan untuk merasai pengalaman baru ini. Pada mulanya terasa takut juga untuk menghulurkan tebu tetapi setelah percubaan pertama berjaya, rasa seronok pula. Bukan setakat anak-anak saja, mama dan ayah pun teruja sama.



Pusat ini menempatkan gajah-gajah yang ditangkap dari pelbagai tempat yang berbeza. Ada seekor anak gajah yang cedera di kaki akibat dijerat baru sahaja ditangkap pada Januari lalu. Ada seekor lagi anak gajah kecil berasal dari hutan di Perak yang kehilangan ibunya ditempatkan di sini. Penjaga gajah itu memberitahu yang anak gajah itu membuat bising tanda ingin meminta susu. Anak gajah itu masih terlalu kecil dan belum dapat makan tebu yang keras. Menurutnya lagi, anak gajah tersebut minum susu sebanyak 3 liter sekali.



Di pusat konservasi ini sebenarnya ada slot tayangan video, sesi penerangan oleh pemandu pelancong dan sesi mandikan anak gajah di sungai kepada sesiapa yang berminat. Kami hanya sempat melawat selama sejam saja dan menurut kata pekerja di situ, sudah agak lama aktiviti mandikan anak gajah tidak dilaksanakan kerana cuaca hujan.


Sebelum keluar, anak-anak sempat bermain di taman permainan di situ. Kami juga bergambar di pintu masuk pusat konservsi gajah Kuala Gandah sebagai tanda kenangan. Kami bertolak pada pukul 12 tengah hari.


mizalisyaf
genap 35 tahun usiaku.. makin bertambah usia moga makin matang dalam mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan dan rintangan..

teringat lagi pada tarikh ini 6 tahun yang lalu.. aku bertungkus lumus di pejabat menyiapkan laporan kewangan.. tak tido sepanjang hari.. keadaan aku macam zombie.. pulang ke rumah keesokan hari, ku lihat ada kek hari jadi dalam peti sejuk.. sayunya hati.. aku nekad bagi notis 24 jam.. bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.. tapi aku kena buat pilihan sama ada kerjaya atau kepentingan diri dan keluarga..

kini, waktu kerja aku sudah normal.. boleh kata aku pulang on time selalunya.. tapi dugaan lain muncul.. abangku sayang pula keje tak tentu masa pulangnya.. sampai bila begini aku pon tak pasti.. tabahlah..

kita tak selalu dapat apa yang kita mahu.. tapi aku tetap bersyukur kerana masih bernyawa, ada keluarga, cukup keperluan hidup.. moga tahun2 mendatang akan lebih bahagia.. insyaAllah
Daisypath Anniversary tickers