mizalisyaf
Hari ni kami jalan2 naik pengangkutan awam.. kol 9.30 am bertolak dari rumah ke stesen komuter shah alam.. parking di stesen dan beli tiket ke kl sentral.. tiket sehala untuk dewasa adalah RM2.50 manakala RM1.30 untuk kanak2 umur 4 tahun ke atas.. train dari shah alam kol 10.10am, tiba di kl sentral dekat kol 11.. kami naik lrt ke klcc.. tiket berharga RM1.60 seorang..

tujuan utama kami adalah mengunjungi Petrosains.. harga tiket pakej famili 2 dewasa + 2 kanak2 adalah RM31.80.. syawal free.. dapat tiket masuk kol 2pm.. so kami gi lunch dulu kat foodcourt.. terkenang kembali lunch hour masa keje sebulan di klcc.. huhu.. lepas lunch, kami ke taman klcc.. tengok air pancut sambil mengimbau kenangan zaman bercinta dulu.. klcc adalah antara tempat dating aku dan abangku sayang..

Koll 1.40pm, gi beratur untuk masuk Petrosains.. panjang betul barisan.. mujur budak2 ni tak meragam.. setengah jam kami beratur, baru dapat naik kapsul masa tu.. macam2 bahan pameran yang menarik.. kalau bawak budak sekolah lagi bagus kot.. budak2 ni kecik lagi dan kurang faham tentang sains..

Ada satu mesin tu aku berminat nak cuba.. kena beratur la untuk masuk dalam satu ruang kaca.. angin kuat ditiupkan seolah2 kita berada dalam kelajuan yang tinggi.. masa aku tengah beratur bersama isyraf sambil dukung syawal, aku leka baca info kat tepi dinding.. tiba2 ada lelaki dengan anaknya sibuk beratur rapat2 dengan orang di hadapan aku.. makin lama makin rapat sampai potong line aku.. menyirap betul..

abangku sayang tak join beratur dan tungu di luar barisan.. so aku pandang abangku sayang sambil berkata "potong line" sambil buat isyarat menunjukkan lelaki kelantan kurang ajar itu.. dia dengar aku cakap tapi dah perangai tak betul, memang dia buat dek je la kan..

kat dalam tu ada satu benda yang menarik minat alya dan isyraf iaitu jentera traktor yang mengaut tanah tu.. punya la diorang sabar menunggu giliran.. ada sorang budak laki ni leka je main benda tu dengan riaknya sambil diambil video oleh ibunya.. pastu kat sebelah  plak ada budak cina yang sama perangai.. bapak dia amik video.. sorang demi sorang bertukar ganti.. aku plak yang sentap sebab anak aku tak jugak dapat merasa bawak benda jengkaut tu..

sampai satu masa, ada sorang budak pompuan pakai spek bertudung pink plak main.. lama gile.. aku dah tak sabar, so aku sound dia "bagi la orang lain plak".. tapi dah mak bapak dia tak penah ajar bertimbangrasa kot.. dia buat bodoh je.. aku tunggu then sound lagi sekali, dia tak hiraukan pon.. kalo aku gila, memang aku bagi pelempang je budak tu..

hmm aku ni terlebih emo ke apa agaknya.. sebab tu aku tak suka bawak budak2 ni main kat tempat yang perlukan ko tunggu orang lain, yang takde tempoh masa untuk main sesuatu benda tu.. u get what i mean? anak2 aku diajar untuk bersabar tunggu giliran, bertimbangrasa kat orang lain, main sama2.. tapi kalo anak orang lain tak diajar begitu, dah sah la anak aku yang kesian.. ahh persetankanlah ibubapa yang bangang camtu..

yer, aku tak kata anak aku perfect pon.. maybe  bila belakang mama dan ayah, diorang buat perangai.. thats why aku tak selalu lepaskan diorg main jauh2, hilang dari pandangan.. so kalau ada je benda kurang elok diorang buat, akan aku pastikan diorang sedar benda tu salah.. tangan mama ni ringan je nak mencubit..

***entry ini ditulis ketika emosi aku tak stabil.. please bear with my bad language!

Ok cerita pasal public transportation, mostly orang Malaysia prihatin dengan ibu yang mendukung anak kecil.. aku diberikan tempat duduk, termasuklah alya dan isyraf.. abangku sayang je berdiri.. cuma waktu balik, gerabak komuter yang kami naiki dipenuhi warga asing bangladesh dan indonesia.. tak kiralah lelaki ke perempuan, semua buat tak tahu.. ada yang leka tengok smartphone masing2, ada yang pura2 tido.. takpelah, aku masih mampu berdiri sambil dukung syawal.. abangku sayang sibuk handle 2 orang lagi.. tak lama pon, 2 stesen je pastu ramai penumpang turun., so kami dapat duduk sampai shah alam..

kalau nak tau, harga parking di stesen komuter adalah RM4 untuk 12 jam pertama.. kira berbaloi la kami rasa.. hmm berakhirnya percutian sehari kami.. sangat mengujakan, menyakitkan hati, menduga kesabaran, menggembirakan serta memenatkan.. mixed of emotion i guess..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers