mizalisyaf
Bukan la nak tuduh melulu.. dah banyak kali jadi kat kitorang..

Kan aku cerita pasal bengkel di Nilai 7 caj melampau.. RM1300 untuk top overhaul kancil.. baru2 ni abangku sayang baru sempat bukak toolbox kat bonet kancil tu.. guess what? satu case set screwdriver takde.. testpen pon takde.. tool bag yg tak penah dikeluarkan dari bonet dah comot, zip tool bag rosak.. memang takkan selamat la hidup korang.. nama je Islam, bengkel siap letak frame ayat suci al Quran.. huh

Khamis lepas, bergegas aku balik sebab nak antar kancil gi cat.. perancangannya, khamis malam antar cat then malam ni boleh amik semula.. tuan kedai cat tu yang suggestkan camtu.. lepas maghrib abangku sayang call la orang tu.. tak berjawab sampai ke malam.. gi masjid kot.. malam jumaat kan.. aku bersangka baik je la..

Jumaat, pagi2 lagi kitorang gi bengkel tu.. antar awal dengan harapan sempat la siap.. konon nak minta diskaun, tengok2 dia mintak lebih sebab nak cat bahagian dalam pintu sekali.. siap mintak deposit untuk modal beli barang nak buat keje katanya.. ok fine!

Sabtu tengahari, abangku sayang gi kedai ikan bakar sri muda untuk tapau lunch.. nampak kete kancil aku parking betul2 depan kedai tu.. eh, apsal kete aku kat situ plak? katanya dalam kete tu penuh dengan plastik barang2 bengkel yang baru dibeli.. abangku sayang perhati setiap orang kat kedai makan tu.. haaa kantoi! tuan kedai cat tu tengah makan dengan pompuan mana ntah..

Dulu pon penah jadi camtu.. abangku sayang antar waja kat bengkel orang ofis dia untuk dibaiki.. kawan sekerja patutnya boleh diharap la kan? takleh percaya laaa.. bila dah amik balik kete tu, tengok milage meter dia dah jalan jauh.. kalo kira2 mau pegi balik ke ipoh kot..

Kita antar ke kedai orang Melayu dengan niat nak tolong sesama kita.. tapi kalo dah selalu terkena ni, kena pikir banyak kali kot.. memang la tak semua Melayu camtu.. tapi camne plak kita nak tau mana yang jujur, mana yang ikhlas, mana yang suka amik kesempatan?

Apsal banyak sangat dugaan ni? kena muhasabah diri selalu..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers