mizalisyaf
kita pasti rasa geram dan marah bila orang lain berkata tentang kita "dia boleh la.. Sebab dia bla bla bla".. Kenapa kita geram dan marah? Sebab orang hanya melihat luaran.. Mereka tidak tau apa yang kita lalui.. Usaha gigih yang kita lakukan.. Cabaran dan dugaan yang kita tempuhi.. Terasa orang judge kita sewenang-wenangnya..

Tapi sedar tak yang kita juga sewenang-wenangnya judge orang yang belum berjaya itu? Kita rasa usaha mereka tidak cukup, mereka tak berani menghadapi cabaran, malas, memberi pelbagai alasan dan sebagainya.. Adakah kita tahu apa yang mereka lalui? Tentu tidak.. So kita tak perlulah bercerita hal orang lain..

Macam dalam fb SPA skang ni.. Banyak komen tentang ketidakpuasan hati calon yang gagal dalam temuduga kastam.. Ada yang kata calon yang berjaya tu gunakan kabel dan kronism.. Yang berjaya pula kononnya membela diri dengan mengatakan dia guna kabel Allah, minta izin dan keredhaan suami/ibubapa.. Dia hafal segala macam tok nenek sebagai persediaan temuduga..

Persoalannya adakah semua yang gagal tu tak berdoa, tak memohon keredhaan, tak buat persediaan rapi?

Kalo berjaya tu, diam je la.. Bersyukur banyak2, jangan riak.. Rezeki boleh ditarik sekelip mata.. Yang gagal tu pon diam je.. Usaha lagi.. Kita tak tau apa yang bakal kita kecapi, apa yang Allah nak bagi pada kita di masa depan..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers