mizalisyaf

mizalisyaf
kita pasti rasa geram dan marah bila orang lain berkata tentang kita "dia boleh la.. Sebab dia bla bla bla".. Kenapa kita geram dan marah? Sebab orang hanya melihat luaran.. Mereka tidak tau apa yang kita lalui.. Usaha gigih yang kita lakukan.. Cabaran dan dugaan yang kita tempuhi.. Terasa orang judge kita sewenang-wenangnya..

Tapi sedar tak yang kita juga sewenang-wenangnya judge orang yang belum berjaya itu? Kita rasa usaha mereka tidak cukup, mereka tak berani menghadapi cabaran, malas, memberi pelbagai alasan dan sebagainya.. Adakah kita tahu apa yang mereka lalui? Tentu tidak.. So kita tak perlulah bercerita hal orang lain..

Macam dalam fb SPA skang ni.. Banyak komen tentang ketidakpuasan hati calon yang gagal dalam temuduga kastam.. Ada yang kata calon yang berjaya tu gunakan kabel dan kronism.. Yang berjaya pula kononnya membela diri dengan mengatakan dia guna kabel Allah, minta izin dan keredhaan suami/ibubapa.. Dia hafal segala macam tok nenek sebagai persediaan temuduga..

Persoalannya adakah semua yang gagal tu tak berdoa, tak memohon keredhaan, tak buat persediaan rapi?

Kalo berjaya tu, diam je la.. Bersyukur banyak2, jangan riak.. Rezeki boleh ditarik sekelip mata.. Yang gagal tu pon diam je.. Usaha lagi.. Kita tak tau apa yang bakal kita kecapi, apa yang Allah nak bagi pada kita di masa depan..
mizalisyaf
6 sept - awal pagi keluar ke McD.. Tujuan utama bukan untuk bersarapan tetapi nak guna wifi free.. Aku menduduki ujian online SPA untuk jawatan penguasa kastam W41.. Sepatutnya bermula jam 9 tapi delay.. 9.30 baru bermula seksyen A.. Soalan berkaitan kenegaraan, kastam dan pengetahuan am.. Jawab je ikut logik..

Seksyen B adalah soalan matematik, logik dan mantik.. Aku suka bab kira ni tapi masa suntuk.. Hentam sajalah.. Seksyen C pula bahagian psikomatrik.. Jawab ya, tidak atau tidak pasti je.. Macam2 soalan, mau biol dibuatnya.. Hehe.. Yang tension bila aku dah jawab semua soalan tapi mengikut rekod, ada yang belum dijawab.. Maka aku pon buat aduan secara online..

Disebabkan ramai yang komplen, SPA menjalankan ujian online ulangan pada 10 sept.. Kol 8 mlm plak.. Lepas balik keje, kelam kabut aku g McD sekali lagi.. Tapi kali ni lebih tenang menjawab soalan sebab banyak soalan sama dengan yang lepas.. Keputusan keluar selang beberapa hari saja.. Alhamdulillah aku lulus.. Daripada 80k yang menduduki ujian, 30k lulus.. Ramai giler!

3 okt - panggilan temuduga dikeluarkan.. Bermula 7 - 27 okt.. Aku dapat tarikh akhir.. Ada banyak masa untuk buat persediaan mental dan lengkapkan segala dokumen yang diperlukan.. Yang paling penting surat tawaran biasiswa JPA.. Orang kata kalo dapat biasiswa JPA, peluang untuk dapat keje kerajaan lebih cerah.. Mujurlah aku simpan surat tu.. Dah 11 tahun kot..

27 okt - aku amik cuti.. Beberapa hari sebelum tu aku sibuk hafal tugas kastam, nama pengarah dan timbalannya, info pasal GST, kelebihan GST, jenis cukai.. Sampai di Parcel C kol 1.40ptg.. Letak surat panggilan temuduga dan tunggu nama dipanggil.. Ramai yang menunggu giliran..

Kol 2 lebih baru nama aku dipanggil dan nombor giliran diberi.. kena tunggu 4 orang lagi.. Doa dan harapan dipanjatkan.. bila tiba giliran aku, dengan bismillah aku melangkah masuk ke bilik temuduga.. ada 2 orang pegawai lelaki, seoarang wakil SPA manakala seorang wakil kastam.. biasala, mula-mula terangkan pasal diri..

Antara soalan yang diajukan:
Awak ada 3 orang anak kan.. macam mana kalau kena keja shift? - dah biasa balik lewat malam
Dulu ada masuk unit beruniform kat sekolah? - renjer puteri
Kerja kastam ni lasak, awak boleh ke? - suka aktiviti lasak
Sebutkan jenis cukai yang dikutip oleh pihak kastam - cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti kastam, eksais duti
Terangkan kaitan bidang tempat kerja sekarang dengan kastam
Cukai apa yang dikenakan ke atas barangan diimport? cukai jualan, duti import
Bagaimana memastikan pengimport membayar cukai? - guna bank guarantee
Bagaimana pengiraan nilai bank guarantee? - nilai cukai ke atas barangan
Bagaimana memastikan barangan yang dibawa dari port ke gudang selamat? - seal oleh pihak kastam
Kalau ditempatkan di Sarawak bagaimana? - ok je

Pegawai SPA memberitahu keputusan akan dikeluarkan pada 27 Nov dan aku diberi peluang untuk bertanya soalan.. aku bertanya bila tarikh lapor diri tetapi menurutnya tarikh belum ditetapkan. Sesi temuduga pon selesai..

Semasa aku melangkah keluar, terdengar panel temuduga itu memuji kelayakan akedemik aku.. hati berbunga-bunga dan merasakan peluang agak cerah.. soalan dijawab dengan baik.. tambahan pula aku mendapat biasiswa JPA..

Sepanjang seminggu selepas temuduga, aku asyik melayari internet untuk mengetahui perkembangan terkini.. alangkah terkejutnya bila terbaca mengenai calon simpanan 2012 akan melapor diri bersama dengan calon yang berjaya temuduga kali ini.. itu bermakna kuota untuk 30 ribu calon sudah semakin kurang..

aku dapat tahu tarikh lapor diri adalah pada 17 November.. sangat suntuk masa yang diberikan.. kalaulah berjaya, pasti kelam kabut juga untuk membuat persediaan mengikuti kursus 7 minggu di Melaka..

3 Nov - SPA melalui facebook membuat pengumuman bahawa keputusan temuduga telah dikeluarkan.. sedih dan hampa.. Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.. tak terpilih sebagai simpanan lantikan juga.. dalam tempoh seminggu sahaja, keputusan telah dikeluarkan untuk kesemua 30 ribu calon.. sungguh efisyen nampaknya..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahu apa yang terbaik buatku.. mungkin usaha aku tidak cukup untuk melayakkan aku kerja kerajaan.. pasrah saja.. kepada yang Berjaya mendapat jawatan ini tanpa menggunakan kabel, tahniah diucapkan.. semoga anda bekerja dengan jujur dan amanah..
mizalisyaf
tak pernah seumur hidup aku terpikir akan come across penyakit kudis buta.. Tengok2, si kecik Syawal boleh kena..


Kisahnya bermula Jumaat lepas.. Aku balik lambat, so abangku sayang jemput budak2 dari taska.. Dia sms ckp "nnti seminggu la awak kena cuti.. Syawal kena chicken pox".. Di kala aku bz gila kat ofis, bz utk audit, bz for new accounting software, bz for new SOP due to centralised AP, bz dgn meeting with bankers and suppliers.. Huhu.. Dugaan..

Malam tu jugak kitorg gi Salam.. Doktor cakap bukan chicken pox but scabies instead.. Kitorang blurr.. Xpenah dengar penyakit ni.. Doktor just bagi ubat demam, calamine lotion untuk ruam dan ubat krim Scabex.. Dinasihatkan segala barang Syawal kena asing dan direndam dengan air panas.. Aku yang rajin google ni memulakan kajian tentang scabies.. Macam2 website dibaca, semuanya kata ia berpunca dari hama..

Eh hama? Kotor sangat ke rumah aku? Waaa serius tak boleh terima dek akal.. Aku taknak percaya Syawal kena Scabies.. Mungkin doktor tu silap.. Aku yakin ia adalah HFMD.. Bila letak gambar Syawal kat fb, kawan maktab yang merupakan seorang doktor pon kata ianya scabies.. Ada juga yang kata hfmd.. Kitorg buntu.. Xpuas hati..

Tadi, kitorg gi poliklinik shaik pula.. Akhirnya doktor mengesahkan ianya scabies.. Aku terpaksa terima hakikat sebenar yang anakku kena scabies ataupon dalam BM adalah kudis buta.. Huhu.. Tapi aku rasa ia berpunca dari taska.. Cikgunya kata ada 2-3 orang budak lain kena juga penyakit yang sama.. Diorg ingat ianya berpunca dari air.. No no no.. Puncanya adalah HAMA..
mizalisyaf
Uish.. Dah bape bulan blog terbiar.. Terlalu byk benda terjadi.. Syawal dah berlalu, zulhijjah dah menjelma..

Tahun ni beraya puasa di jelebu.. Dapatla juga tolong skit untuk persiapan raya di kampung.. Raya ke 3 kami dah pulang ke shah alam.. Raya ke 4 aku bekerja.. Raya ke 5 pulang ke rawang pula.. Raya ke 7 pulang ke kampung sebab abah di kampung eksiden dilanggar kereta.. Hmm mujur luka2 saja..

Raya tahun lepas mama dan ayah takde baju raya sebab aku dalam pantang dan limited budget.. Budak2 pon just beli jeans n tshirt.. Tahun ni semua dapat baju baru 3 pasang sorang.. Cuma yang kurang best sebab tak sedondon.. Reasonnya sebab aku start beli baju beberapa bulan sebelum raya.. Sikit-sikit.. Yang last dibeli adalah baju kurung mama.. InsyaAllah next year boleh sedondon.. Tp kena plan baek punyer..

Raya kali ni baru terasa meriahnya.. Budak2 datang beraya.. Along datang, Ajim pon baru datang beraya.. Ely yang dok Tganu pon sampai ke sini.. At least kuih raya dalam balang tu bukan la aku sorang yang abiskan.. Raya haji ni takde plak kuihnya.. Perlu ke?

Syawal Absyar dah setahun 2 bln.. Dah pandai berjalan since 10 bulan.. Baru je tumbuh 4 batang gigi.. Sangat lasak.. Mungkin sebab tu mama makin kurus.. Thanks to breastfeeding, workload dan lain2 yang membantu badan aku kembali seperti zaman muda2 dulu.. Chewahh.. Of course la perut tak sekempis dan tegang cam anak dara kan.. Anak dah 3 kot.. Agak2 la..

Isyraf dah start belajar tak pakai diapers.. Dah bape kali juga bocor.. Huhu.. Sabar tetap sabar tapi membebel tu tak dapek den nak nolong.. Dari seorang yang susah nak dengar suara, skang dah tinggi nada suara aku ni.. Ingat senang ke nak handle 3 orang budak yg beza umur rapat2 ni? Hmm tak perlulah bandingkan dgn orang tu or orang ni.. Nasib setiap orang tak sama kan..

Alya macam biasa la buat perangai dia tu.. Macam2 benda dia ajar adiknya.. Kalo yang elok diajarnya takpe juga, ni yg tak bape elok pon ada.. Dia bergaul dgn ramai budak lain background kan.. Poning mama..

Hal di ofis? Macam2 berlaku.. Malas la nak cerita.. Layankan je..

Next week raya haji.. Tp cam tak terasa kemeriahannya..
mizalisyaf
Lama dah tak blogging..

Isyraf dah 3 thn selasa lepas..
Abangku sayang sambut bday ke 33 last month..

Di ofis, year end audit dah nak finalised.. Kurang skit kelam kabut tp masih poning..

Sejak aku bekerja semula, masa bersama keluarga terutama abangku sayang amat terhad.. InsyaAllah, bila ekonomi dah stabil semuanya akan back to normal.. By that time, syawal pon dah makin besar..
mizalisyaf
bukan takde cerita untuk diupdate.. Banyak sangat perkara berlaku..

Syawal dah pandai merangkak.. Malah sekarang sibuk nak memanjat untuk berdiri di usia mencecah 7 bulan.. Syawal dah start makan solid food..

Cabaran membesarkan Alya makin berganda.. Setiap hari ada saja benda yang memeningkan dan menguji kesabaran aku.. Dengan homework untuk disiapkan yang aku kena ajar..

Isyraf yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan perangai kakaknya.. Tambah lagi budak lelaki yang memang dah tentu lasak..

Abangku sayang yang keje part time dan jarang di rumah..

Kerja rumah yang menjadi rutin harian.. Membasuh, mengemas, sidai kain, lipat baju.. Sediakan keperluan anak2 untuk ke taska esoknya..

Hal di ofis yang macam2.. Aku ni macam barang plak yang diorang nak berebut untuk diletakkan bawah section diorang.. Lawak sungguh!

Ntahlah..
mizalisyaf
Take a day off today.. Masa untuk recharge myself.. Aku perlu ruang untuk diri sendiri.. Not to being selfish, tapi introvert cam aku ni perlu ada masa bersendirian.. Away from familiar people, away from kids.. Yer, orang kata waktu malam kan ada masa untuk bersendirian.. Aku rasa tak.. Malam untuk tido setelah letih bekerja di siang hari..

So, aktiviti hari ni adalah kemas rumah.. Sidai baju, sapu lantai, mop lantai, cuci 2 bilik air.. basuh tudung2 awning pakai tangan plak.. Then basuh baju lagi satu round.. Hmm sungguh produktif.. Tengahari gi tapau kfc.. Abangku sayang balik umah lunch sama2.. Then antar abangku sayang ke ofis semula.. Dekat kol 4, gi pusing2 GM Klang cari baju uniform pekerjaan untuk alya.. Takde pon.. Huhu..

Actually financial year end skang ni.. Since aku buat AP, kurang la pressure kelam kabut buat financial report.. Recon aku dah submit hari khamis aritu.. Alhamdulillah, sepanjang hari takde orang ofis call.. Tension kan kalo kita cuti nak tenangkan fikiran tapi orang sibuk tanya hal keje.. Minggu ni mood santai lagi sebab esok dan jumaat cuti.. Start minggu depan, kena tekun bekerja semula..
mizalisyaf
Selalunya kitorang sekeluarga akan keluar jenjalan pada hujung minggu.. Tapi sejak abangku sayang buat keje part time, ada kalanya aku dan budak2 dok terperap je di rumah.. Bosan.. Nasib baiklah during weekdays aku keluar gi keje.. Budak2 plak ada aktiviti bersama kawan2 di taska.. Kalo tiap hari dok umah je mahu mati kutu dibuatnya..

Aku memang kaki jalan.. Asalkan keluar dari rumah, tak kisah pon gi dekat ke jauh.. Maybe sebab kecik2 dulu asyik dok umah.. Bila dah besar, tak suka dok umah dah.. Yerlah, dulu hidup susah.. Abah takde kete.. Gi mana2 kena jalan kaki dan naik bas.. Dah puas berjalan tengah panas terik, basah kuyup dek hujan lebat, berhimpit dalam bas, berjam2 tunggu bas.. Kenangan pahit waktu dulu.. Anyway, sejarah tak boleh diubah..

Aku rasa anak2 kami dah cukup bertuah.. Tak pernah rasa susah cam aku dulu.. Budak2 ni tak pernah naik bas.. Tak pernah jalan kaki jauh.. Tak pakai baju lusuh atau kasut berlubang.. Segalanya untuk diorang tidaklah mewah berjenama, tapi rasanya memadai.. Alhamdulillah.. Harap diorang tahu bersyukur dengan apa yang ada..

Kita tahu personaliti seseorang terbentuk hasil dari persekitaran sejak kecil.. Hopefully with all the exposure yang ayah dan mama dedahkan, Alya, Isyraf dan Syawal akan menjadi insan cemerlang di masa depan..
mizalisyaf
Terabai blog ni.. Nak kata terlalu sibuk tu tidaklah.. Tapi kalau ada masa terluang tu, aku pilih untuk berehat.. Tidur malam yang tak cukup, letih menghadap jem, poning di ofis, karenah anak-anak lagi... Eh aku bukannya merungut, cuma nak cerita kenapa blog ni bersawang.. Aku bersyukur sejak bekerja ni rutin harianku penuh bermakna..

Gaji pertama dah dapat.. Nak abis dah plak.. Tapi takde nak beli something special for the sake nak buat kenangan gaji pertama pon.. Duit gaji abis bayar hutang dan yuran tadika Alya.. Masuk tadika pon abis 1k tau! Kami pilih Tadika Islam An-Nizah Bukit Naga, salah satu cawangan Tadika Planet Bestari.. Nak hantar ke Genius Aulad, CIC or Brainy Bunch tu tak mampu la plak..

Actually kat area ni banyak tadika.. Tadika KEMAS, PASTI, tadika Adik Ceria.. An nizah jadi pilihan sebab islamic, english education plus ada sistem pendidikan sendiri.. Lagipon situ ada pusat jagaan sekali, so alya tak perlu transit or naik van sekolah.. Seminggu kat situ, alya dah mula nyanyi lagu nasyid, berzikir la kadang2, kejap baca doa la.. Nampaknya cam ok.. Hopefully berterusan..
Daisypath Anniversary tickers