mizalisyaf
Walau diceritakan tentang perkara negatif, aku cuba membuka mata dan hati untuk berbaik sangka.. Dengan rendah diri, aku minta diajar perkara asas.. Mereka rasa pelik kerana bagi mereka aku perlu ambil tahu high level matters only.. Ye ke? Tidak sama sekali.. Kalau orang atas tak tau kerja anak buahnya, bagaimana mahu pastikan kerja itu dilakukan mengikut SOP?

Satu yang menarik di situ adalah majlis bacaan yasin diadakan setiap 2 minggu dan diakhiri dengan jamuan ringan.. Bagus kan? Bangunan tu hanya 3 tingkat.. Maka takdelah ramai sangat pon.. Setiap pagi dan petang ada disediakan minuman di pantri.. Tapi aku masih segan.. Tunggu lah dulu..

Bersyukur ditemukan dengan beberapa orang yang prihatin dengan orang baru ni.. Disebabkan ketiadaan kantin di situ, kena keluar makan di kedai berhampiran.. 2 hari makan di tempat yang sama dan hari ni kami ke Sunway Pyramid.. Masing-masing berjimat cermat menunggu gaji hujung bulan.. Berbeza sungguh dengan orang di KLCC dulu..

Sekiranya ini adalah jalan yang terbaik buatku dan keluarga, moga dipermudahkan..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers