mizalisyaf
Kami baru je pulang dari Salam Medical Centre.. Alya kena chicken pox.. Huhu.. Last week Alya demam.. Ingatkan demam biasa je.. Kitorang takdelah risau pon sebab sehari dua pasti ok.. Sabtu baru ni, dia asyik menggagu tangannya yang gatal.. Mama n ayah ingat kena gigit nyamuk.. Semalam, ada bintat kecil ala blister di kaki dan celah pahanya.. Aku suspect chicken pox tapi tak berapa pasti..

Arini Alya gi taska macam biasa.. Sekembalinya ke rumah petang tadi, bintik berair tu makin banyak.. Di muka, tangan, leher.. Confirm la tu chicken pox.. Doktor just bagi ubat demam, ubat tahan gatal dan calamine lotion.. Doktor siap bagi warning, katanya selalu satu rumah akan dijangkiti chicken pox.. Tapi aku dah pernah kena masa sekolah rendah.. Akan kena lagi ke? Aku paling risau kalau Syawal Absyar dijangkiti pula.. Dia kecik lagi..

Hmm Syawal dah semakin ok nampaknya.. Rutin hariannya semakin boleh dijangka.. Alhamdulillah.. Tengahari dalam kol 1 lebih, Syawal akan tido.. Tapi sejam je la.. At least aku sempat angkat baju di ampaian dan lipat baju.. Kol 6 time ayah dan kakak abang pulang pon Syawal tido sejam.. Kol 11pm, Syawal tido.. Time ni lama skit la.. Kol 1 lebih Syawal bangun nak susu.. Dekat kol 4, Syawal bangun lagi untuk menyusu..

Waktu mengepam aku hanyalah 2 kali waktu malam.. Kol 11 lebih sekali, pastu sekali lagi antara jam 3 ke 5am.. Start dari kol 5 lebih sampailah ke siang adalah waktu Syawal mengempeng.. Kejap nyonyot kejap tido.. So aku hanya berjaya kumpul stok dalam 3 oz sahaja (1.5oz sekali pam).. Sedih tol.. Orang kata boleh buat tandem pumping iaitu sebelah bayi menyusu, sebelah lagi pam.. Since susu tak banyak, aku kena bagi 2-2 belah..

Orang kata penghasilan susu based on demand.. If so, kenapa susu aku still sikit walopon Syawal sentiasa nyonyot? Syawal nyonyot bukan main2 tau.. Dia hisap sampai breast rasa kosong n lembut.. Breast aku tak pernah bengkak waktu siang.. See? Jangan ingat aku malas ek! Air diminum secukupnya.. Longan kering, kurma, lobak putih, jantung pisang semuanya tak berkesan.. Disebabkan itu, aku nak cuba supplement Shaklee.. Mana tahu berhasil kan?

Aku just nak try Alfalfa je.. Kalo ikutkan set menyusu ada Alfalfa, Vitamin B complex, Vitamin C, Vitalea, ESP.. Tapi set tu mahal.. Memanglah kalo boleh nak set lengkap tapi kan skang tengah tight budget.. Beli ikut keperluan la ek.. Mana tahu ada rezeki nanti boleh beli semuanya.. InsyaAllah..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers