mizalisyaf
Puasa kedua, kami gi bazaar ramadhan di Sri Muda (Sek 25) kat sebelah Mydin Mart tu.. Masa sampai kat roundabout, jalan jem.. Ditambah lagi dengan kereta yang diletakkan di bahu jalan.. Rupa-rupanya kerja penyelenggaraan sedang dijalankan kat kawasan tu.. Simpang menuju ke balai polis tditutup.. Selalunya abangku sayang akan parking di tepi jalan tu.. Maka kami terpaksa u-turn dan cari jalan alternatif ke sana..

Niat di hati nak membeli tepung pelita.. Ntah kenapa tahun ni sukar pula mendapatkannya.. Tak ramai peniaga menjual kuih tu dan cepat habis.. Nanti tengok kat bazaar lain pula.. Air pilihan kami untuk berbuka adalah teh bunga dan tebu.. Menu utama mee dan kuey teow goreng.. Menu sampingan pula adalah kuih karipap dan murtabak jala.. Tu saje.. Tak perlu beli banyak2 dan membazir.. Kami sempat pulang dan berbuka di rumah..

Hari ni ke mana yer? walaupon di Bukit Naga ni ada bazaar, kami jarang ke sana.. Pilihan terhad kerana tak ramai peniaga.. Lagipon susah nak parking di jalan kampung yang sempit ni.. Kalo naik motor ok kot.. Antara lokasi bazaar lain yang kami pernah gi adalah di Kota Kemuning, Sek 19 (blakang Salam), Sek 20 (depan KPJ Selangor), PKNS, Sek 18, Sek 24, Sek 27 (blakang apartment Sri Ixora), Sek 28 (Alam Megah), Bukit Kemuning (dkt dgn golf club).. Tak pasti nak pilih yang mana satu untuk hari ini.. Huhu

Oh ya, aku ada ternampak peniaga menjual durian crepe di kedua-dua bazaar yang aku dah gi.. Di stadium, aku tak perasan pula harganya.. Di Si Muda, harga durian crepe adalah RM6 untuk 3 biji manakala RM12 untuk 6 biji.. Memandangkan di restoran Tat Nasi Ayam Sek 23 menawarkan harga yang lebih rendah, better aku pendamkan keinginan untuk beli durian crepe di bazaar ramadhan.. Lagipon aku takleh makan durian banyak sangat especially waktu mengandung ni.. Perut kembung dan angin tanak keluar.. Seksa woo!

Lately tak banyak gambar diupload dalam blog aku.. Mood kemalasan melanda.. Even gambar aku pregnant pon takde.. Bila nak tempek gambar perut boyot ni ek? Kesian baby takde gambar kenangan dalam perut..
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers