mizalisyaf
Tak sempat lagi nak blogging pasal pengalaman bersalin anak ketiga ni.. Later la..

Tiba2 rasa menggigil nak demam.. Aaahhh takutnya.. Cepat2 minum air akar herbanika dan sapu minyak herbanika seluruh badan.. Badan dah start berpeluh.. Harap ok!

Pagi tadi first day berurut.. Susu baru start kuar.. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan breastfeed kali ini..

Btw, nurse dari klinik kesihatan datang melawat petang tadi.. Alhamdulillah, baby tak kena jaundice.. Keep on breastfeeding Midah.. Baby n mama kena sama2 sabar dan tabah sementara susu nak melimpah ruah yer.. Chaiyok!
mizalisyaf
Dah 15 hari umat Islam berpuasa.. Tinggal 2 minggu lagi.. Aku masih belum dengar lagu raya berkumandang.. Kalo dulu, kami dengar radio dalam perjalanan ke ofis.. Skang tidak lagi.. Kat rumah pon takde radio.. Bila teringat nak dengar lagu, aku tukar ke channel 856 di astro.. Dapatla dengar Era fm.. Tak pon Sinar fm.. Kalo ada channel Hot fm dan Suria fm kan best..

Arini abangku sayang amik EL.. Letih sangat katanya.. Pastu perutnya pon meragam.. Budak2 dihantar ke taska.. Dapatlah berehat di rumah dengan tenang.. Petang tadi kami ke Bazaar Sri Muda lagi.. Beli sedikit je juadah berbuka.. Mee goreng, kuih lapis, agar2 dan sate.. Mostly kitorang beli juadah tak sampai RM20 pon.. Disebabkan aku tak berpuasa, takdelah terasa nak makan macam2 pon..

Hari bersalin makin dekat.. Tapi takde lagi sebarang tanda.. Kalo aku keje, dah tentu aku takkan asyik terpikir pasal ni.. Yerlah, aku risau la nak diinduce.. I wonder why certain people opt for induction semata2 nak tarikh yang cantik or tak larat nak bawak kandungannya.. Kalo dah terpaksa tu aku paham la.. Untuk selamatkan baby or ibu, kandungan dah overdue, risiko complication kalo lambat bersalin dan sebagainya.. Ntahla.. Anyway aku ada 5 hari lagi..

Oh ya, memandangkan abangku sayang cuti, dia sempat gi bank untuk tukar duit raya.. Tahun ni tak banyak pon aku tukar.. Duit yang ditukar tahun lepas pon ada lagi.. Guna yang tu je la.. Lagipon tahun ni ekonomi aku kan agak gawat.. Terpaksalah kurangkan portion duit raya.. Huhu.. Kita nak bersedekah pon kena la ikut kemampuan kan.. Hmm dengar cerita kerajaan Selangor nak bagi bonus raya kepada penjawat awam.. Untunglah diorang yer! Bila nak dapat keje govt ni?
mizalisyaf
Yeay.. Dah cecah 38 minggu usia kandungan ni.. Tapi kan aku cerita dulu, ikut pengiraan doktor masa mula2 scan bahawa kandungan ni lewat seminggu.. So bagi pendapat doktor, ia baru 37 weeks.. Takpelah jugak.. Kalo tak, aku pasti akan diinduce arini.. Skang ni sibuk baca blog pengalaman orang kena induce.. Takutnya.. Rata2 cakap sakit sangat.. Yerlah, benda kalo bukan jadi secara naturally mestilah ada effect kan? Ya Allah, bantulah hambaMu ini..

Hari ini proton bagi ex-gratia kepada staffnya.. Alhamdulillah.. Walopon tahun ni hanya abangku sayang je dapat, kami tetap bersyukur kerana ia sedikit sebanyak membantu dalam persiapan raya.. Actually ex-gratia ni untuk financial year 12/13.. Secara teorinya, aku juga turut menyumbang tenaga during that financial period selama 7 bulan.. Patutnya aku dapat gak kan secara pro-rata? Tapi biasalah, syarikat mana yang nak bagi bonus kepada staff yang dah resign?

Hmm tetiba takde mood nak tulis blog.. Nanti laa sambung.. Nak gi sidai kain..
mizalisyaf
Sabtu lepas, kitorang gi berbuka puasa di Sek 3.. Buffet ramadhan yang dihadiri oleh rakan ofis dan keluarga.. Bayar sendiri2 la.. Sampai sana dah maghrib.. Orang lain dah penuh pinggan atas meja, aku baru terhegeh2 cari tempat duduk dan amik makanan.. Antara juadah yang aku amik untuk kami sekeluarga adalah mee goreng, kuih muih 3 jenis, air cincau dan teh tarik, sepinggan nasi lauk beberapa jenis..

Abangku sayang makan mee, aku makan nasi.. Dah sudah makan, terus kitorang ke surau berdekatan.. Selesai solat, kembali ke restoren tu semula.. Aku hanya mampu menjamah 4 cucuk sate.. Antara juadah lain adalah murtabak dan nasi beriyani.. Tapi dalam suasana yang kelam kabut dan ramai orang tu, takde mood untuk merasa semua jenis makanan.. Rasa cam rugi plak bayar RM28 seorang.. Takpelah, bukan selalu dapat jumpa ex-ofismate..

Malam tu patutnya kitorang pulang ke rawang.. Tapi abangku sayang keletihan.. Isyraf pula kurang sihat.. Ahad tengahari, kitorang gi jemput mak di Gombak.. Then melawat baby Wafie yang dah lama tak jumpe.. Pastu gi Tesco Extra di Selayang for final shopping before bersalin.. Lepas shopping sakan dan abis ratusan ringgit, kitorang pulang ke Rawang.. Rehat seketika di rumah sebelum gi bazaar ramadhan tasik puteri..

Kol 9 lebih, kitorang gerak pulang ke Shah Alam.. Letih gila rasanya.. Aku tido awal malam tadi tapi asyik terjaga sebab mimpi.. Tau tak mimpi apa? Aku mimpi alami contraction nak bersalin.. Bila terjaga, takde plak rasa contraction.. Mimpi ni berulang banyak kali sampai aku konpius sama ada ia mimpi atau realiti.. Tapi sampai ketika ini (1pm), tiada sebarang tanda awal nak bersalin pon.. Just braxton hicks.. Maybe sebab aku terlalu memikirkan hal bersalin ni..

Ok, tukar topik lain jap.. Aku pelik kenapa orang beriya2 suruh aku keje di proton semula? Apa company tu milik kawan aku ke untuk aku suka2 keluar masuk? Dulu bukan main suruh aku cari keje lain, skang kata sayangnya berenti sebab gaji di situ dah agak tinggi.. Adakah aku berenti semata2 sebab gaji? Pernah alami ke apa yang aku rasa sepanjang bekerja di situ? Aku tak layak dapat kerja di tempat lain ke? Adakah rezeki hanya datang dari satu company?

Tolonglah faham.. Aku juga tak suka menganggur camni.. Aku pon mahukan gaji yang tinggi untuk membantu keluarga.. Aku tahu tanggungjawab aku.. Tapi mungkin belum rezeki aku buat masa ni.. Tolonglah jangan menambahkan beban yang aku tanggung.. Semua ni buat aku rasa tak berguna! Boleh biarkan aku selesai hal bersalin dan berpantang dulu tak? Pening..
mizalisyaf
Hari ni merupakan checkup terakhir sebelum bersalin.. Tapi arini doktor lain yang ganti sebab Dr Siti gi umrah.. Dr Siti akan masuk klinik semula pada hari Nuzul Quran.. Sekiranya baby nak lahir sebelum 26hb, maka ia akan disambut oleh doktor lain.. Which aku tak prefer laa.. Aku dah selesa dengan Dr Siti, 2 kelahiran yang lepas disambut olehnya tanpa masalah.. Dan lepas seminggu, luka bersalin dah sembuh pon..

Ok cerita pasal perkembangan mama dan baby setakat ni.. Berat aku 65kg.. Skit je naik.. Hehe.. Berat baby plak 2.8kg.. Baby dah engage dan mula berpusing kepalanya ke posisi normal untuk lahir.. Kata doktor tunggu masa je.. Tapi yang agak risau sebab air ketuban kurang.. Itulah yang menyebabkan baby kurang bergerak dan tak aktif.. Most probably sebab aku kurang minum air.. Kan aku puasa.. Aku try minum banyak2 pasni.. Doktor suruh aku terus ke hospital kalo dirasakan baby kurang bergerak..

Anyhow, if everything seems to be ok dan baby taknak lahir awal, aku akan diinduce on 30 july.. Seminggu lebih je lagi.. Appointment kol 7am.. Awal gile.. Yerlaa, procedure for induction pon bukannya senang kan.. Amik masa juga.. Dan doktor akan ada normal patient yang datang checkup start kol 9am.. Hmm doa2 la baby lahir between 26 - 30hb.. Aku tanak diinduce dan juga semoga Dr siti ada waktu aku bersalin nanti.. Jangan salah faham, aku bukannya nak merendahkan doktor lain ok!

Hmm ni abangku sayang keje.. Aku tengah paksa budak2 ni tido sebab aku pon nak lelap jap.. Petang kang kitorang nak gi berbuka puasa di luar bersama rakan ofis dan family masing2.. Kalo takde aral melintang, kitorang terus pulang ke rawang.. Ok la.. Time to stop..
mizalisyaf
Mengikut pengiraan aku berdasarkan last period, kandungan dah genap 37 minggu.. Maka baby dah cukup matang untuk lahir.. Tunggu masa je.. Debaran makin terasa.. Bila dok umah tanpa buat apa2, lagilah aku asyik observe kandungan ni.. Sepanjang siang tadi baby tak banyak bergerak.. Risau aku dibuatnya.. Sekali sekala aku goncang perut ni suruh baby bergerak.. Tapi tindakbalasnya sungguh perlahan.. Maybe sebab aku puasa..

Ni dah berbuka, bukan main aktif baby bergerak.. Kenyang la tu.. Siang tadi dia pon lemau macam mama.. Tapi aku dapat juga buat keje yang lama tertangguh iaitu lap cermin tingkap dan sliding door.. Semalam lepas mop lantai satu rumah, plan nak lap cermin plak.. Since letih sangat, aku rehat jap.. Tengok2 terlelap pula.. Arini kuberjaya gagahkan diri.. Rasanya dah takkan lap sampai aku abis pantang kot..

Bakul hospital pon dah dikemas.. Tinggal skit lagi barang yang perlu diletakkan last minute.. Aku tak dapat bayangkan keadaan aku berpantang di rawang manakala abangku sayang dan budak2 tinggal di shah alam nanti.. Ok ke ek? Aku berserah saja.. Kita tunggu saja bila tiba masanya.. Ikut firasat aku (chewah), baby lahir next week.. Probably hari Nuzul Quran.. Ataupon sehari sebelum or selepasnya.. So sempat lagi aku nak gi shopping this weekend kan? Hehe

Ok la.. Ni aku nak panaskan mee goreng.. Aku tak gi bazaar arini.. Abang je gi beli tepung pelita, agar2, kuih lapis dan air soya bean.. Time to eat juadah berat pula..
mizalisyaf
Genap sudah seminggu di bulan Ramadhan.. Tapi malangnya aku tak berpuasa penuh seminggu pon.. Semalam aku buat BSP untuk bawa resultnya ke Dr Siti Sabtu ni.. Untuk buat BSP kena makan cam biasa - breakfast, lunch, dinner.. Takpe, ibu mengandung kan dapat kelonggaran.. At least aku dapat puasa beberapa hari, nanti kuranglah perlu diganti..

Weekend lepas aku tak gi bazaar ramadhan.. Kagum.. Hehe.. Sabtu, abang ipar sekeluarga datang ke rumah.. Aku masak bihun goreng.. Kuih muih abangku sayang beli di bazaar bukit naga je.. Ahad plak, family aku dari Rawang datang berbuka di sini.. Siap masak segala bagai.. Bila orang dah hijack kitchen, aku akan jadi pembantu jer.. Kitorang masak ikan bakar ala portugis, ayam goreng, sambal sardin dan sup sayur.. Kuih muih beli je la.. Meriah sungguh!

Petang Ahad tu, sempat juga kami ke GM Klang.. Saje nak cari baju raya untuk budak2.. Masa shopping sangat singkat sebab family aku datang mengejut.. Diorang dah sampai tesco stadium baru nak inform aku.. Dalam kelam kabut, dapat juga beli baju raya untuk bebudak ni sepasang sorang.. Ok la tu.. Ada lagi beberapa helai baju baru yang diorang belum pakai..

Isnin, kitorang gi bazaar Sek 19, blakang Salam.. Abangku sayang beli kurma yang sama dengan kurma yang Proton/DRB bagi kepada staffnya.. Walopon diisi dalam bekas cikai dan ada sticker Yayasan Al Bukhari saja, kurma yang diberi tu antara gred tinggi, sangat berkualiti.. Tahu tak berapa harganya? RM80 sekilo.. Satu bekas muat 500g.. So, u can do the calculation.. Dapat juga beli kurma Nabi buat bekalan aku nak masuk labour room nanti..

Semalam kami ke bazaar stadium lagi.. Kali ni jalan tak jem pon.. Kenapa la aritu jem teruk sangat ek? Konpius betul.. Lepas abis beli makanan, kitorang dok dalam kete menanti waktu maghrib.. Kat tapak bazarena tu ada ceramah agama tau.. Juadah berbuka puasa disediakan juga bagi yang mendengar ceramah tu.. Yang aku lihat, kebanyakannya budak kolej la yang ada.. Dalam pada mendapat ilmu, diorang jugak boleh berjimat daripada beli makanan.. Kalo tgk kain rentangnya, lepas maghrib ada tadarus.. Pastu solat terawih.. Aktivitinya berlangsung sampai kol 12 tgh mlm..

Arini tak pasti kami akan ke bazaar atau tidak.. Semalam masa kitorang kat bazaar, Yie (sepupu abangku sayang) call katanya dah sampai depan umah.. Poning.. Bila datang tanpa inform awal2, ikut nasib la kan.. Tuan umah takde, nak buek camno? So abangku sayang ajak dia datang arini atau esok.. Aku pon takde idea nak jamu apa plak.. Just wait n see..

mizalisyaf
Petang semalam cuaca kurang elok.. Mendung je.. Risaukan dibasahi hujan, aku cadang ke bazaar ramadhan kota kemuning atau bukit naga je.. Dekat dan tak banyak gerai, maknanya boleh pulang awal.. Tapi abangku sayang memilih untuk ke stadium lagi.. Aku ok je.. Kalau ke sana, kitorang akan bawa bekal air mineral dan kurma untuk berbuka dalam kete..

Baru je gerak tak sampai 5 minit, hujan menitik.. Aduhai.. Camne nak beli juadah berbuka ni? Takpe, kami teruskan perjalanan untuk ke stadium dan tengok keadaan camne nanti.. Sampai di sek 11, jalan jem teruk.. Jauh lagi ni.. Abang pilih jalan dalam pula.. Jem teruk pula di bulatan kayangan.. Dengan sikap pemandu yang sengal lagi, memang menguji kesabaran.. Sampai di stadium, jem pula sepanjang nak masuk parking.. Ujan belum berhenti..

Kami membatalkan niat ke bazaar.. Ujan memanglah tak lebat tapi kami bawak 2 orang budak ni.. Kang demam plak.. Akhirnya kata sepakat dicapai.. Beli je makanan kat McD.. Kitorang gi McD Sek 22.. Patutnya nak drive-thru je tapi agak slow.. Tengok kaunter di dalam tu tak ramai orang pon.. So aku turun dan order for take away.. Set spicy chicken mcdeluxe, set double cheese burger dan fillet o fish ala carte.. On the way back, budak2 ni berjaya abiskan 1 bekas fries..

Sejurus sampai di rumah, azan maghrib berkumandang.. Itu je lah juadah berbuka malam tadi.. Mak buyung ni giler lapar agaknya.. Aku berjaya makan double cheese burger dan fillet o fish in one go.. Luckily budak2 abiskan fries.. Kalo tak, fries pon aku bedal jugak.. Tapi lepastu aku tak makan lagi sampailah waktu tido..

Hmm lately tido aku selalu diganggu mimpi.. Selalunya berkaitan dengan perkara yang aku bualkan dengan abangku sayang ataupon apa yang dibaca di internet.. Ia bukanlah mimpi ngeri, cuma lepas bermimpi aku akan terjaga.. Otak aku pula cuba mengingati mimpi itu.. Cuba bayangkan kalau aku mimpi 3-4 kali dalam 1 malam.. Dah tentulah 3-4 kali juga aku terjaga dan membuatkan otak aku letih.. Poning..

Ni abangku sayang keje ot.. Tinggal la aku dengan budak2 di rumah.. Abang tanya nak hantar diorang ke taska ke? Aku kata tak payahlah.. Tapi tak sampai 2 jam abang keluar, temperature aku dah naik ni! Mula lah aku pikir nak buka puasa.. Apa nak jadi ni?
mizalisyaf
Puasa kedua, kami gi bazaar ramadhan di Sri Muda (Sek 25) kat sebelah Mydin Mart tu.. Masa sampai kat roundabout, jalan jem.. Ditambah lagi dengan kereta yang diletakkan di bahu jalan.. Rupa-rupanya kerja penyelenggaraan sedang dijalankan kat kawasan tu.. Simpang menuju ke balai polis tditutup.. Selalunya abangku sayang akan parking di tepi jalan tu.. Maka kami terpaksa u-turn dan cari jalan alternatif ke sana..

Niat di hati nak membeli tepung pelita.. Ntah kenapa tahun ni sukar pula mendapatkannya.. Tak ramai peniaga menjual kuih tu dan cepat habis.. Nanti tengok kat bazaar lain pula.. Air pilihan kami untuk berbuka adalah teh bunga dan tebu.. Menu utama mee dan kuey teow goreng.. Menu sampingan pula adalah kuih karipap dan murtabak jala.. Tu saje.. Tak perlu beli banyak2 dan membazir.. Kami sempat pulang dan berbuka di rumah..

Hari ni ke mana yer? walaupon di Bukit Naga ni ada bazaar, kami jarang ke sana.. Pilihan terhad kerana tak ramai peniaga.. Lagipon susah nak parking di jalan kampung yang sempit ni.. Kalo naik motor ok kot.. Antara lokasi bazaar lain yang kami pernah gi adalah di Kota Kemuning, Sek 19 (blakang Salam), Sek 20 (depan KPJ Selangor), PKNS, Sek 18, Sek 24, Sek 27 (blakang apartment Sri Ixora), Sek 28 (Alam Megah), Bukit Kemuning (dkt dgn golf club).. Tak pasti nak pilih yang mana satu untuk hari ini.. Huhu

Oh ya, aku ada ternampak peniaga menjual durian crepe di kedua-dua bazaar yang aku dah gi.. Di stadium, aku tak perasan pula harganya.. Di Si Muda, harga durian crepe adalah RM6 untuk 3 biji manakala RM12 untuk 6 biji.. Memandangkan di restoran Tat Nasi Ayam Sek 23 menawarkan harga yang lebih rendah, better aku pendamkan keinginan untuk beli durian crepe di bazaar ramadhan.. Lagipon aku takleh makan durian banyak sangat especially waktu mengandung ni.. Perut kembung dan angin tanak keluar.. Seksa woo!

Lately tak banyak gambar diupload dalam blog aku.. Mood kemalasan melanda.. Even gambar aku pregnant pon takde.. Bila nak tempek gambar perut boyot ni ek? Kesian baby takde gambar kenangan dalam perut..
mizalisyaf
Alhamdulillah.. Selesai sehari berpuasa.. Aku berjaya menahan diri dari berbuka puasa di siang hari.. Bermula jam 3 petang, semangat makin luntur.. Bila suami dan doktor dah bagi green light, rasa tanak puasa sebulan je.. Tapi bila memikirkan betapa sukarnya mengganti puasa nanti, lebih baik aku kuatkan semangat.. Untuk itu aku menghabiskan masa dengan menonton tv, melayari internet, tengok ceramah UKE di youtube, mengaji dan tido..

Kol 5, aku angkat pakaian yang dijemur dan lipat.. Pastu terus bersiap untuk ke bazaar ramadan sementara menanti kepulangan abangku sayang dan anak2.. Hari ni kami ke stadium shah alam.. Ramainya orang takyah cakap la.. Sesak betul.. Aku berjalan perlahan2 untuk mengelakkan keletihan.. Sangat risau sebenarnya.. Aku dah siap pikir untuk minum air yang dibeli tu kalau2 aku rasa nak pitam..

Sambil memilih juadah berbuka, aku cuba kawal pernafasan supaya tak kekurangan oksigen.. Emosi juga perlu dikawal.. Bila aku rasa marah atau tension, rasa nak pitam tu lebih kuat.. Sebab tu aku malas nak layan karenah Alya.. Isyraf berjalan dengan ayahnya.. Kol 7.20, kami kembali ke kereta.. Menanti azan maghrib sambil mendengar radio Era..

Kol 7.30, berkumandanglah azan menandakan waktu berbuka.. Kami berbuka di parking stadium je.. Selesai makan juadah yang ringan, kami pon pulang.. Ni dah kol 10 lebih.. Aku baru saja habiskan semangkuk bihun sup yang dibeli tadi.. Perut sangat penuh rasanya.. Esok bagaimana pula yer?
mizalisyaf
Hari pertama puasa.. Alhamdulillah, segalanya lancar buat masa ini.. Malam tadi tido awal untuk memudahkan bangun sahur.. Kol 4 aku dah bangun.. Cuci muka, gosok gigi.. Basuh pinggan kotor malam tadi.. Masak nasi, panaskan lauk semalam dan goreng telur dadar.. Sahur berdua je dengan abangku sayang.. Budak2 masih lena dibuai mimpi.. Kol 5.30, sambung tido balik.. Hehe.. Kol 6.40, bangun semula untuk menyiapkan budak2 ke taska..

Patutnya doktor tak bagi aku puasa.. Tapi aku nak try jugak.. Abangku sayang kata takyahlah paksa diri.. Yer sayang, kalo tak larat kang midah berbuka.. Actually apa yang aku risaukan kalo2 low blood sugar plak sebab pagi tadi aku makan metformin.. Kalo petang ni aku rasa gigil2 ke, pening ke, better aku bertindak segera.. Tapi bila dah masuk 20hb, aku rasa wajarlah aku makan seperti biasa.. Kang tetiba nak bersalin, tak larat plak aku nak meneran kat labour room..

Arini cuaca elok.. Awal pagi lagi matahari dah muncul.. Bermulanya Ramadhan yang indah.. Anyway, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua.. Semoga kita dilimpahi keberkatan..
mizalisyaf
Alhamdulillah.. Selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke Shah Alam.. Risau juga kalau2 baby nak lahir awal.. Pagi Sabtu kan aku gi checkup, balik dr Salam tu abangku sayang terus gi ofis.. Kuar ofis kol 5.30pm, dia singgah NSK untuk beli barang yang mak kirim.. Barang yang takde kat NSK, gi plak carik kat Giant.. Then tapau nasi ayam kfc.. Masih ada lagi barang tak jumpa.. Kol 9pm, kitorang sekeluarga pon gerak dari sini.. Gi tesco dulu nak carik barang.. Sampai kampung kol 11.30pm.. Memang tido terus la kan..

Ahad kononnya nak gi pasar pagi kat pekan Klawang.. Tapi masing2 liat nak bangun.. Lepak je laa kat umah.. Tengahari tu baru abangku sayang ke pekan untuk gunting rambut.. Petang tu, sempat lagi abang mengasah parang guna mesin grinder.. Orang kampung kalo takde parang 3-4 bilah memang tak sah.. Tu gunanya untuk ke kebun.. Kan dulu aku penah cerita yang abang tanam pokok getah.. Skang ni pokok dah besar dan dah nak start menoreh..

Abangku sayang bawa pulang pokok kari dan pandan dari kampung.. Cadangnya nak tanam kat belakang rumah ni petang kang.. Suami aku ni memang suka bercucuk tanam.. Tak macam bininya yang malas ni.. Hehe.. Katanya nanti nak tanam serai dan lengkuas plak.. Ikut suka hati sayang laa..Kitorang bertolak dari kampung lepas maghrib.. Mungkin ni kali terakhir sebelum aku bersalin.. Lagi 3 minggu je pon lagi.. Nanti aku berpantang di Rawang..

Arini mula semula rutin harianku.. Pagi2 dah sidai baju dan sarapan.. Tengahari tadi masak nasi lauk ayam masak merah dan drumet goreng je.. Esok apa pula ye.. Rabu dah start puasa.. Mungkin aku akan makan roti je for lunch di bulan ramadan.. Malas nak masak nasi semata2 nak makan sorang.. Huhu.. Untuk berbuka, leh cari menu yang best dari bazaar ramadan.. Sediakan duit je!
mizalisyaf
Tadi dah gi check up kat Salam.. Klinik Dr Siti bukak kol 8 arini, selalunya kol 9.. Tepat kol 8 aku dah mendaftar, tu pon dapat no 3.. Naik tingkat atas, nurse biasa tak kelihatan.. Ada sorang lagi nurse yang attend.. Berat aku naik tak sampai 1kg dalam tempoh 2 minggu.. Almost 65kg.. Yeay! Kebarangkalian untuk kurus lepas bersalin nanti lebih tinggi la kan.. Abangku sayang bawak budak2 sarapan kat kedai mamak belakang Salam..

Jumpa Dr Siti tunjuk result BSP.. Dia sangat happy dengan progress aku.. Dahla berat pon tak naik mendadak.. Bila scan, baby membesar dengan baik.. Tidak terlalu besar seperti 2 minggu lepas.. Berat baby almost 2.6kg.. Naik tak sampai 300g pon.. Lega.. Doktor kata air ketuban pon ok, previously terlalu banyak.. Baby belum turun sangat.. Disebabkan aku on medication, Dr Siti tak bagi aku puasa Ramadan ni.. Huhu jenuh la nak mengganti nanti.. Dia risau kalo aku stop makan ubat, nanti gula dalam darah naik balik..

Oh ya, by hook or by crook baby akan lahir by 30 july.. Dr Siti bagi tarikh tu untuk diinduce.. Ya Allah, semoga baby lahir awal beberapa hari sebelum tarikh tu secara semulajadi.. Taknak induce.. Taknak dipecahkan ketuban.. Kenapa nak induce? Sebab doktor takut baby besar.. Akanku ikhtiar supaya mempercepatkan proses bersalin.. Antaranya adalah kerap berjalan dan kerap bersama suami.. Nanti tiap hari kita gi bazaar ramadan ye sayang?

Hmm persediaan bersalin hampir cukup.. Baju baby dah kering.. Pakaian untuk berpantang pon dah terlonggok.. Barang kelengkapan dah ada ni.. Tinggal nak masukkan dalam beg je.. For certain things, aku dah buat reminder kat hp.. Satu je yang dirisaukan.. Aku amat berharap dan berdoa abangku sayang berada di sisi dalam labour room.. Harap baby lahir di kala ada insan yang dapat menjaga Alya dan Isyraf..
mizalisyaf
akhirnya ujian BSP semalam menghasilkan result yang sangat cantik.. Yeay! Keep it up midah..

Pagi setelah berpuasa dari malam sebelumnya menunjukkan bacaan 5.1.. 2 jam selepas bersarapan maggi goreng, sepotong kek coklat, secawan air herbanika, 3 biji anggur dan ubat metformin, bacaan turun ke 4.8.. Menjelang tengahari aku cuma makan sedikit biskut, kek dan anggur.. tengahari aku makan nasi lauk daging masak kicap, telur dadar dan air milo 'o'.. Tak lupa ubat metformin.. 2 jam lepastu, blood sugar level adalah 5.9.. masih di bawah paras 7..

Sebelah petang, aku isi perut dengan kek, biskut dan anggur seperti pagi tadi.. Dan untuk makan malam, aku makan mee sup, kek, air herbanika dan ubat metformin.. Keputusannya 5.4.. Overall 5.1 / 4.8 / 5.9 / 5.4.. Nampak tak? Nasi dan air manis meninggikan paras gula dalam darah.. Even kek coklat mahupon biskut tu manis, tapi kandungan karbohidratnya tidaklah terlalu tinggi.. Kalo aku makan ala kadar saje, ia tak memberi kesan buruk..

Ok enough of BSP.. Esok leh tunjuk kat doktor result yang cantik ni.. Meh cite pasal aktiviti pagi ni plak.. Lepas abangku sayang keluar gi ofis, budak2 ke taska, aku pon start buat keje umah.. Basuh pinggan.. Sarapan pagi.. Masukkan baju kotor dalam mesin basuh.. Rendam baju baby yang baru beli dalam air sabun.. Sental lantai bilik air.. Dan kini aku lepak surf internet sambil tunggu baju siap dibasuh.. Hari mendung plak.. Boleh kering ke baju ni?

Next planned activities: sidai baju, basuh baju baby yang dah direndam tadi, sapu dan kemas rumah.. Then leh rehat semula sebelum sibuk masak untuk makan tengahari.. Nak masak apa ek?
mizalisyaf
Tak sampai seminggu nak puasa.. Persediaan? Ntahlah.. Belum cukup bersedia dari segi mental dan fizikal.. Tapi InsyaAllah akan ku cuba berpuasa selagi termampu.. Baju raya? Tahun ni takde kot.. Kan kemungkinan besar aku dalam pantang.. Baju budak2 dah ada la sepasang dua.. Tak cukup tapi tengoklah camne nanti..

Ujian BSP 2 hari lepas menunjukkan result yang ok.. 4.9 / 4.2 / 4.4 / 6.7.. Yang malam tu tak cantik sangat.. Sebabnya kitorang dinner kat kedai, aku minum air milo.. Dah la petang tu aku bedal macam2.. Tengok result ok, tu yang excited nak makan ntah apa benda.. Kesimpulannya, aku dah tau cara nak kawal paras gula dalam darah.. Cuma perlukan semangat yang kental untuk menjayakannya..

Tapi di samping aku mengawal pemakanan, aku tak boleh overdo plak.. Ia menyebabkan low sugar level.. That's why aku rasa pening, penat gila, tak larat nak wat apa2.. Kalo jadi camtu, aku kena cepat2 makan atau minum benda bergula untuk recover.. Aku perasan ia selalu happen waktu petang dalam kol 3 lebih ke 4pm.. Maybe aku patut lewatkan makan ubat metformin tu pada waktu siang.. Arini nak cuba..

Oh ya, semalam aku sempat buat kek coklat kukus.. Tujuan untama untuk balas balik pemberian jiran sebelah ni.. 2 hari lepas dia bagi mee rojak.. Segan plak nak pulangkan bekas kosong.. Kalo nak bagi makanan berat memang agak sukar la sebab aku bukannya terer masak.. Bagi dessert kira ok la tu kan? Tapi ni aku kena kawal diri dari makan kek tu banyak sangat.. Benda dah ada depan mata ni.. Sabar midah.. Aku patut sedekahkan kat orang la so that aku tak dapat nak mengelat, curi2 makan..

Setiap hari, skit2 pakaian aku basuh untuk dipakai masa pantang.. Nanti nak basuh baju baby plak.. Tapi kena basuh tangan.. Tolonglah rajin midah oooiii... Kang tetiba baby nak keluar awal, kelam kabut ko dibuatnya.. Baby jangan lahir minggu ni ok? Paru2 masih belum cukup matang lagi.. Kang tak pasal2 kena inject plak.. Sabar yer 2 minggu lagi.. Week 37 shoul be ok.. Ya Allah, permudahkan urusan kelahiran ini nanti dan selamat segalanya.. Amin..
mizalisyaf
1 julai.. Bila tengok kalendar rasa risau ada, excited ada.. Kalo ikut sejarah, baby akan lahir hujung bulan ni.. semalam aku rasa cam pergerakan baby sedikit pelik dan pastu aku perasan perut aku dah turun skit.. Rasanya belum engage tapi baby dah bersedia ke arah itu.. Semoga dipermudahkan..

Semalam kitorang gi kenduri akikah anak kembar Nura.. Sampai depan pintu, kami disambut sendiri oleh Nura.. Zara sekeluarga tengah makan.. Juadah yang sempat aku jamah adalah bihun soto dan beberapa jenis kuih serta buah.. Sedang asyik makan, Hafidz tiba dengan Anas dan Anis.. Izyan tak datang sebab baru abis pantang.. Pastu sempat jumpa Kak Ida (Lancaster) bersama 2 orang anak perempuannya..

Balik dari kenduri, kitorang gi Midvalley megamall.. Dah lama tak jejak kaki di situ.. Baru je nak start shopping barang baby di AEON, aku rasa letih sangat.. Bench semuanya penuh.. Dengan selamba aku dok bertinggung di celah rak baju.. Bila dah ok skit, bergerak pula ke tempat yang kurang sesak.. Dapatlah dok di bench bersama budak2.. Abangku sayang gi jalan sengsorang mencari barang yang dihajati..

Bila body dah fully functioned semula, kitorang gi beli sedikit makanan dan air sebelum kembali ke kereta.. Takdelah aku dapat shopping.. Huhu.. Kitorang sampai umah kol 6 lebih.. Lepas mandikan budak2, aku terus flat.. Abangku sayang sempat lagi membersihkan rumput dan tumbuhan menjalar blakang umah.. aku tau kenapa jadi camni.. Deep in my heart, I know my gestational diabetese is getting worse tapi aku cuba deny.. Teruk betul la midah..

Jumaat lepas aku wat test darah sendiri di rumah.. Result setelah berpuasa 8 jam adalah 6.3.. Tinggi ni.. Maybe sebab aku minum milo the night before.. Pagi tadi aku test darah lagi.. 6.9.. Mak aih, lagi tinggi.. Malam tadi tak minum air manis pon.. Hmm maybe sebab siangnya aku bedal benda manis banyak sangat.. Pastu minum air tin.. Then makan cupcake yang cute, buah tangan kenduri Nura.. Macam mana nak tunjuk result yang cantik kat doktor sabtu ni? Aiyaa.. Ke result tu tak accurate sebab test strip dah expired? Hehe..

Tadi, 2 jam lepas makan semangkuk yong tau fu, secawan air akar herbanika dan sebiji ubat metformin, result test darah aku 4.7 je.. Kali tni aku guna test strip baru beli punyer.. Blom expired.. So camne? Maybe sebab makan ubat? Ntahlah.. Kaedah cuba-cuba ni susah.. Takpe, esok aku buat test darah lagi.. Kalo tak ok, buat lagi.. The best result akan ditunjukkan kat doktor.. Apa yang penting, kena kawal makan minum.. Ni yang liat nak buat!

Pagi tadi aku terlebih rajin pula.. Aku sapu satu rumah dan siap mop lagi.. Niat di hati nak lap cermin tingkap dan sliding door.. Tengok la kalo rajin, petang karang plak.. Pastu nak start sediakan keperluan bersalin nanti.. Susun elok2 setempat so that senang nak amik.. Nanti takdelah kelam kabut nak capai itu ini sebelum ke hospital.. Chaiyok!
Daisypath Anniversary tickers