mizalisyaf
semalam baru sempat keluar rumah jalan2 amik angin di sekitar taman perumahan baru ni.. Bawak budak2 g playground.. Rumput dah dipotong tapi area buaian tu semak lagi.. Takpe laa.. Masih boleh main papan gelongsor dan jongkang jongket.. Masa budak2 main, ada sorang mamat naik motor bawak anak pompuan dia.. So ajakla anaknya main sama dengan budak2 ni..

Sekejap je main kat playground.. Abangku sayang datang naik motor, bagitau yang dia nak gi kedai.. So aku pon bawak budak2 pulang.. Masa tu jiran2 aku ni dok berkumpul.. Biasalah, aktiviti petang surirumah.. Abangku sayang suruh aku bertegur sapa, kenal2 dengan jiran.. It's quite awkward talking to non working moms.. Topik perbualan hanyalah berkisarkan anak2, makanan, rumah.. Hmm i guess i am freaking out to have life like this..

Aku bukan bermaksud yang kehidupan surirumah tu teruk.. Cuma aku rasa ia tidak sesuai dengan jiwa aku.. Pagi2 buat keje rumah n basuh baju, tengahari masak dan hantar anak ke sekolah naik motor (yes, they all boleh bawak motor.. pity me!), petang uruskan umah lagi, angkat baju, tunggu anak dan suami pulang, lewat petang dok bersosial bersama jiran sambil tengok anak2 bermain..

Oh no! Aku tak mampu bersabar untuk buat semua tu.. Ia mengganggu emosi aku dan mengubah aku menjadi pemarah dan suka membebel.. Anak2 laa yang jadi mangsa.. Macam mana diorang boleh tahan doing all those things for ages? Aku yang dok menganggur 3 bulan ni pon dah mati kutu dibuatnya..

Ya Allah.. Bukakanlah pintu rezeki buatku.. Tolonglah hambaMu ini mendapat kerja secepat mungkin.. Kerja di Ara Damansara tu bukan rezeki aku rasanya.. It's two weeks now but no news.. Takde pengalaman salah, overqualified pon salah? If so, why do SPA benarkan pemegang ijazah apply keje taraf SPM?
0 Responses
Daisypath Anniversary tickers