mizalisyaf
Things happen last week:

* Jumaat - tak gi keluar mana2 during lunch hour.. lepak tgk Bini-biniku Gangster

* Sabtu - Bermain air di Desa Waterpark bersama keluarga dan juga keluarga rakan2 ofis (Kak Ros, Nizar, Che Mat, Zainal, Rizham, Safari, Midah Kecik)

* Ahad - dok bilik sorang2 wat keje (ala-ala OT).. thanks sayang tolong jaga budak2 sepanjang 6 jam.

* Isnin (di keheningan pagi sebelum subuh) - dok dlm bilik siapkan keje sampai kol 4am.. huhu

Hmm dalam tempoh sebulan ni hidup akan tunggang langgang laa..
mizalisyaf
Suamiku Sayang, Mohd Aizal Bin Ibrahim.. Insan yang bernama Siti Hamidah ini sangat bersyukur ditemukan dan berkongsi hidup denganmu.. tiada hadiah istimewa yang mampu kuberikan sempena hari lahirmu melainkan cintaku yang setulus hati.. Kudoakan agar dirimu dilimpahi kebahagiaan dan segala impian akan menjadi kenyataan.. Selamat Hari Lahir ke-31 sayang..

Cinta, Kasih, Sayang Abang selamanya
mizalisyaf
Hmm bila aku baca satu blog tu, hati aku berkata “pelik sungguh dia ni! Tak macam yang aku kenal dulu”.. kadang-kadang teringat kata-katanya yang pernah diucapkan.. tapi yerlaa kan, orang berubah.. lagipon selalunya kita akan cerita perkara yang baik-baik saja dalam blog untuk menarik minat pembaca..

Hal blogging ni pon macam-macam.. ada orang jadikannya sebagai tempat meluahkan perasaan.. ada yang jadikan tempat menceritakan perkembangan semasa.. ada yang blogging untuk dapatkan income.. bagi aku, aku tulis blog sekadar untuk menceritakan apa yang berlaku di sekeliling aku dan apa yang ada dalam benak fikiranku.. aku tak expect ramai visitors..

Aku perasan ada orang baca blog aku datangnya dr link kawan-kawan.. yg dari Labuan aku tau itu Ajee.. yang dari Shah Alam tentunya Zara.. tapi yg dari KL, Penang, Terengganu, dan beberapa tempat lain tu aku tak sure laa siapa.. Yang pastinya blog ni takde dalam search engine.. Haa bercakap pasal search engine ni, aku pelik laa kenapa blog puterinilam tu boleh digoogle sedangkan dah set cannot be found by search engine.. poning..

Oh ya.. sabtu lepas aku bermimpi sesuatu yang pelik.. perkara yang paling wanita tak suka dalam rumahtangga.. bila tersedar, jantung aku berdegup kencang.. sampai sekarang masih teringatkan perkara itu.. Ya Allah, moga dijauhkan dari hidup aku..
mizalisyaf
Kehangatan audit makin terasa.. keje pon makin banyak.. oh tidakk.. dengan pengambil alihan pihak pengurusan baru, makin banyak bebannya dan kena siapkan dalam masa yang singkat..

hujung bulan 4, insyaAllah angah akan melangsungkan perkahwinan.. ajim plak awal bulan 6.. aku tak pasti aku mampu nak menolong membuat persiapan atau tidak.. kemungkinan besar aku kena datang keje during weekend.. mak pula mengharapkan aku.. poning kepala aku memikirkannya..

last weekend, kitorg sekeluarga gi ke Jerantut.. mengikut rombongan pengantin yang merupakan anak akak ofis ni.. kat Felda Tekam.. on the way back, kononnya nak singgah Colmar Tropicale Bukit Tinggi.. tapi cuaca mendung, takut hujan.. so kitorg tak jadi singgah.. huhu

Isnin, aku amik cuti half day.. gi slimming session di Subang Jaya dengan Kak Ros.. pelik sungguh tempat ni.. mula2 kitorg kena isi form.. pastu terus masuk bilik rawatan cavi-lipo.. aku diurut dengan tangan dan juga mesin dalam sejam.. dah abis, aku diberi minum teh.. takde laa dia terangkan pakej slimming ke apa.. dia cuma promote barang kosmetik.. tu je.. apa result sebelum dan selepas rawatan pon aku tak tau.. dan apa motif dia suruh isi form? Useless..

Oh ya, tadi abang mintak tolong survey harga Ipad2.. sepupunya nak beli.. u know what? Masa tgh browse tu, i discover Galaxy Y Duos sudah berada di pasaran Malaysia.. Duos tu dual sim.. dulu time aku tunggu, takde.. skang aku dah beli Tab, baru laa muncul Galaxy Ace Plus dan Galaxy Y Duos.. Huhu..
mizalisyaf
Sabtu lepas, sedang aku dan abang lepak2 sambil browse internet, tiba-tiba blackout.. waktu tu dekat kol 2am.. kedengaran seperti ada letupan kecil beberapa kali.. abang meninjau di tingkap.. seluruh kampung bukit naga gelap gelita.. kelihatan asap dan api menjulang ke langit tidak jauh dari umah kami.. ada kebakaran!

Kami duduk saja dalam kegelapan.. kedengaran selak pintu rumah sebelah dibuka.. jiran2 berjalan menuju ke tempat kejadian.. abang pun turut serta.. rupanya kilang papan yang terbakar.. aku sangkakan asrama pekerja bangla yang terbakar.. setengah jam kemudian, bomba pon tiba.. malam itu kami terpaksa tido kepanasan..

Sampai pagi esoknya bekalan elektrik masih tiada.. mujurlah kami keluar ke IOI Mall.. apabila kembali ke rumah, semuanya dah ok.. malam tu, bekalan elektrik terputus lagi.. tapi kali ni cuma di deretan rumah kami.. hampir 3 jam jugalah kami bertemankan cahaya lilin.. bila bekalan elektrik pulih, budak2 pon dah tido.. Dapatlah iron baju keje untuk esok..

Pagi Isnin on the way nak gi keje, keluar je exit Bukit Rimau, jalan dah sesak.. pelik betul.. tak pernah sesak camni.. kitorg meneruskan perjalanan walaupon tau punch card akan merah.. tiba di exit Hicom, jam dah kol 8.15am.. tak dapat bergerak langsung.. abang berpakat dgn nizar (yg turut sama tersangkut dalam jem) untuk lalu jalan alternative iaitu u-turn di tol Seafield..

Belum pon sampai tol, kitorg dah nampak jalan yg bakal dilalui turut jem teruk.. aduh.. aku memberi cadangan untuk amik cuti half day.. bila abang bincang lagi dgn nizar, dia pon kata tanak gi ofis.. aku terus hantar sms kat boss untuk memberitahu ttg emergency leave itu.. that time dah almost kol 9am..

Bila dah sampai rumah, perasaan malas untuk keje makin menjadi2.. akhirnya kitorg cuti full day.. that’s why kitorg sempat gi shopping di Plaza Alam Sentral..
mizalisyaf
Welcoming our new baby, Galaxy Tab 7.7.. baru je berada di pasaran.. aku beli di bawah plan Celcom (Broadband Basic + PPU) iaitu Data 4 GB + pay per use untuk call/sms/mms.. punyalah lama aku nak buat keputusan ni.. sebulan lebih aku berfikir tentang model phone apa nak dibeli dan service provider mana yg paling sesuai untuk aku..

Actually, mula2 aku nak beli Galaxy Y je sbb itulah android yang paling murah RM499.. bila buat comparison, aku berminat pula nak beli Galaxy W sbb better specs.. harga RM899.. ohh harap maklum yang aku memang more into Samsung.. not to say that HTC, Blackberry or others are not good, it’s just my preference..

Bila nak pilih service provider pula, aku dah poning.. I love my Maxis.. line aku adalah supplementary di bawah line Abangku Sayang.. aku just perlu bayar RM30++ je sebulan.. If I want Data plan, cannot be supplementary line.. so, monthly bill akan mencanak.. paling murah boleh dapat adalah RM50 (Voice Plan) + RM48 (Data 1GB) = RM98++..

Tgk plak U Mobile.. they offer very interesting new Data Plan.. U28 menyediakan pakej 1GB + 200 SMS.. hmm aku sudah terpikat.. tapi camne plak aku nak guna 2 sim cards? Kena guna 2 hp laa? 1 utk Maxis n 1 utk U mobile? Tak banyak hp yang ada dual sim.. Samsung Galaxy Y Duos, Galaxy Y Pro Duos, Galaxy S II Duos and Galaxy Ace Duos are coming soon.. tapi bila actual date aku tak tau.. huhu..

Digi menawarkan Data Plan 3GB Data berharga RM58 tanpa perlu ada voice plan.. Ntah kenapa aku kurang berminat terhadap Digi.. mungkin “orang kuning” itu tidak cukup comel? Hehe.. Celcom plak masa mula2 aku survey, RM50 (Voice plan) + RM58 untuk Data 3GB.. mahal tu..

* My choice No 1: Galaxy W + U Mobile

Memandangkan aku seorang yang suka membuat perbandingan, aku carik2 lagi hp yang menarik.. jumpa plak Galaxy Ace Plus yang akan tiba tak lama je lagi.. specs dia semua better dr Galaxy W cuma display size dia 3.65”.. kurang setengah inci je pon.. tunggu punya tunggu, model ni ntah bila nak keluar.. putus harapan..

* My Choice No 2: Galaxy Ace Plus + U Mobile

Masih berfikir lagi.. buat apa susah2 sangat pakai 2 hp? Lebih baik aku beli broadband je sbb tujuan utama adalah melayari internet.. Maxis RM48 – 1GB, Celcom RM58 – 3GB, Digi RM63 – 3GB, U Mobile RM40 – 2GB.. ni yang aku tgk kat website pada waktu tu laa.. tapi.. tapi.. berapa banyak tapi daa.. susah gak guna broadband ni sbb aku kena angkut laptop ke hulu ke hilir.. berat tu.. mana nak dukung budak lagi.. huhu

Pikir punya pikir, aku cadang nak beli tablet plak.. apa yg best ye? Maka keje-keje membuat perbandingan pon bermula.. seperti biasa, bab jenama barangan elektronik ni memang aku ambil berat.. Samsung of course in the list.. lagi satu Apple Ipad.. Apple ni jenis unik skit.. orang lain guna android, dia guna Apple IOS.. Galaxy Tab ada hotspot, Ipad takde.. Galaxy Tab ada memory card expansion, Ipad takde (kena beli 16GB/32GB/64GB).. kiranya Apple nak jadi the one & only laa.. good for those who want exclusivity.. not for me..

Samsung Galaxy Tab plak ada beberapa model.. Tab 10.1, Tab 8.9, Tab 7.0 plus, latest Tab 7.7.. nombor itu mewakili screen size.. 10.1 tu lebih kurang size A4.. besar n quite berat.. takde memory expansion n takde hotspot juga.. hotspot sgt penting untuk aku share dgn laptop dan jugak hp abang.. Tab 8.9 plak takde memory expansion dan takleh sms.. Tab 7.0 Plus dan Tab 7.7 tak banyak beza pon.. Cuma processor Tab 7.7 better dan bigger screen 0.7 inci..

Kekurangan Tab ni adalah camera 3.2 Megapixel je.. tapi dia ada Secondary Camera 2.0 Megapixel di depan utk amik own pic or video call.. does not really matter sbb aku ada digicam 10 megapixel pon..

*** My Choice No 3: Tab 7.0 Plus (sbb harga murah compared to Tab 7.7).. Service provider tak pikir lagi.. haha

Nak dijadikan cerita, aku browse lagi website service provider.. and something caught my eyes.. waahh, celcom offer Package Data Plan with device tu.. without voice plan.. ini sudah bagus.. dalam tempoh sebulan, diorang boleh buat offer macam2.. memandangkan Tab 7.0 plus tak banyak beza harga dengan Tab 7.7, of course laa aku pilih Tab 7.7..

Sabtu, kitorg gi Giant Sek 13 sbb kat situ ada ejen Celcom.. unfortunately dia tak authorised untuk register new account.. kena gi Blue Cube or Celcom Service Centre.. gi tgk Blue Cube kat Laman Seri tapi dah tutup.. huhu.. malam tu jugak aku google lokasi Blue Cube yang lain..

Ahad, gi Blue Cube di IOI Mall.. terus sign up tanpa berfikir panjang.. mana taknya, sebulan lebih aku dok pikir, takkan nak pikir lagi kot? Cuma 1 je yang kurang best.. kena bayar by cash only.. dia kata connection will be ready within 24 hours.. punyalaa aku tunggu berjam2, rupanya kena off n on that device je.. within few seconds, dah leh connect to internet pon..

Semalam, gi Plaza Alam Sentral beli casing n screen protector.. kopak gue.. selagi masih berfungsi dan selagi dapat menahan nafsu, Galaxy Tab 7.7 akan kekal di tanganku tanpa pengganti..

p/s: Galaxy Ace Plus baru je beberapa hari berada di pasaran.. lambat sikiiiitttt je.. kalo tak, memang aku tak merasa pakai Galaxy Tab 7.7..
Daisypath Anniversary tickers