mizalisyaf
Sabtu lalu, kami telah pergi ke Ipoh.. menghadiri kenduri kawin Zana.. Zana dulu keje sini tapi dah berenti sbb dpt better offer di TM.. kitorg bertolak dr rumah kol 9.30am.. singgah tapau breakfast di McD dan makan di kawasan rehat Guthrie.. tiba di sana dekat kol 1..
Kat sana, kitorg jumpa beberapa org rakan ofis.. Abang Hashim, En Rosli, En Suhaimi, Zurisman, Che Mat.. Juga ada Kak Lin dan suaminya.. memandangkan tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan, aku makan dgn Kak Lin.. Bila sudah makan, nampak Zaihanis dgn hubby.. sempat laa kitorg bergambar bersama pengantin baru..
Lepas kenduri, kitorg mengambil peluang bergembira di Lost World of Tambun.. mak aih, entrance fee sudah naik laa.. dulu aku gi murah je.. skang dah mahal memandangkan kawasan taman tema itu sudah makin meluas.. ada petting zoo lagi.. mujurlah budak2 kecik lagi, so free entrance.. sempat lagi aku beli tight.. try jugak Muslimah swimwear tu tp cam kureng skit.. nanti carik tempat lain..
Kat situ pon dah mula menggunakan system cashless.. topup credit dlm wristband and off you go into the water.. locker rental berharga RM10 tp ok laa sbb boleh retrieve as many times u like.. harga watermelon juice RM4 dan sweetcorn RM3.. kira ok laa kan? Tak terlalu mahal..
Kitorg mandi manda dekat2 situ je.. takde main slide ke apa.. tu tunggu budak2 besar dulu laa.. yang paling best kat situ sbb ada kolam air panas.. berendam je kat situ sampai nak abis waktu... dekat kol 7, kitorg pon pulang..
mizalisyaf
Hari itu aku tengah berdiskusi dengan bos besar bersama ahli section yang lain.. engkau datang mencelah untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.. seorang demi seorang ahli section ini mendapat kad jemputan atas nama individu.. akhir sekali, kau serahkan kad kepada aku atas nama seluruh section..
Aku tau aku tak berkawan rapat dengan kau.. dan aku tak kisah jika kau tidak memberi kad atas nama aku pun.. cuma kau mengedarkan kad di waktu yang salah.. di depan semua orang kau menjatuhkan air muka aku.. aku terkesima.. Aku nekad takkan pergi ke kenduri kau.. dan aku gembira bila abang juga tidak ingin pergi..
Kami tidak kisah kalau mendapat jemputan melalui email, sms mahupon facebook.. tak kisah jika lokasi kenduri jauh apa tah lagi dekat. Kalau tiada aral melintang, pasti kami pergi dengan senang hati.. tapi kali ini, biarpon dekat kami tak ingin pergi..
mizalisyaf
Yeay gaji masyuk arini.. Alhamdulillah.. mari kita berjimba!
mizalisyaf
Semalam, for the first time ever aku menjejakkan kaki ke Slimming centre.. bukan pergi sorang, aku gi dgn Kak Ros n Kak Aya.. kitorg telah membeli discount coupon from Street Deal.. eh actually aku tak beli kupon tu, ia diberikan oleh sorang ofismate sbb dia tak dpt nak gi.. nama tempat tu Kunzense.. fyi, Dynas menjadi duta Kunzense.. Sampai sana kol 1.30 sedangkan appointment kol 2.. terawal skit sbb overexcited.. hehe..
Firstly, berat badan ditimbang.. dapatlaa result tentang peratusan lemak dan air dalam badan.. sesi consultation by Ivy pon bermula.. as expected, masalah utama aku dari pinggang ke bawah.. dia suggest untuk buat treatment memecahkan lemak 40 minit berharga RM350.. aku memang dah plan before pegi untuk try other treatment in addition to the treatments stated on the coupon (which only for detox).. but my budget only RM250.. since aku kata mahal, dia offer treatment 20 minit berharga RM275..
Bermula laa sesi mandi wap.. gile panas sampai menitik2 peluh.. bersukan pon tak camtu.. after that, therapist (Crystal) buat treatment memecahkan lemak di paha menggunakan mesin amende ntah.. memang ada perbezaan before and after that treatment.. then scrub disapu seluruh badan before aku dibalut dengan plastic dan heat blanket.. lepas tu aku disuruh mandi sebelum disembur dgn cecair yg berharuman mawar..
Treatment terakhir adalah menggunakan mesin lagi.. tapi kali ni mesin lain plak yg menghasilkan vibration di bahagian paha, perut dan lengan.. sambil tu dia buat urutan tangan.. hmm seronok juga bila badan dibelai dan dimanja ni.. selesai semua tu, berat badan ditimbang lagi dan hasilnya? Aku berjaya turun sebanyak 1.5kg.. dan fat percentage pon berkurang skit..
Ivy promote pakej 1 month unlimited RM699.. if 3 month, RM 1,698.. seminggu boleh dtg 3 kali and maximum 12 kali sebulan.. if aku ni takde keje lain, sesuai laa aku sign up for that pakej.. but aku ni bekerja dan after office hour, ada 2 budak kecik kena dijaga.. takpelaa, at least aku dah tau pasal slimming centre ni..
Next, slimming session di Subang Jaya and Bukit Tinggi plak.. aku nak try beberapa tempat dan kalau laa orang tu berjaya meyakinkan aku, lokasi yg sesuai dan harganya reasonable, maybe aku sign up.. tgk laa dulu.. siapa tanak kurus kan?
mizalisyaf
I know that if i have passion for something, i will strive for the best. missing the time at MRSM when i gave all out for my studies.. being a good student, good muslimah, good friend.. and the result turned out excellent! And i don’t have to compete with others that time because everyone has the same opportunity..
But now, i am lack of passion for my job.. i know that i can do it.. it’s just something is distracting my mind and makes me lazy as a cat.. there are so many people trying to show their good sides and capabilities but i don’t even bother to compete.. something is not right.. I need to be brainwashed I supposed..
mizalisyaf
Dari last week aku tak sihat.. start dr hari Khamis, aku kena cirit birit.. tak sure apa puncanya.. most probably lauk paru goreng.. since then, aku hilang selera makan.. 3 hari juga aku keluar masuk tandas.. mujurlah hari Sabtu tu dah ok.. so tak mengganggu perjalanan kitorg ke Pahang..
Isnin, aku start selsema.. tak lalu makan.. waktu tengahari adalah waktu makan yang paling ok rasanya.. pagi, aku hanya minum secawan milo di rumah dan makan biskut jacob’s weetameal di ofis.. malam isnin makan roti ban kacang merah je.. malam selasa tak mkn.. malam rabu, hirup sup je.. malam tadi tak makan lg.. pastu dah batuk plak.. kalo berlarutan camni, mau kurus cam dolu2 ni..
Abang pon tak berapa sihat.. demam sebab kesejukan dok bawah aircond.. ni laa susah dok dgn orang yang tak bertimbang rasa.. ikut cakap dia je.. hari2 dok bawah aircond bersuhu 16°C, mana tak demam.. semalam abang plak kena cirit birit.. pagi tadi abang gi klinik, dpt mc.. rehat la sayang..
Menurut doktor, dah ada 2 kematian disebabkan cirit birit di Ipoh.. tp kitorg tak gi Ipoh pon.. puncanya dari air.. ish risau ni.. kalau wabak dibawa oleh air memang senang merebak.. Hmm semoga kami sekeluarga sihat laa..
mizalisyaf
Tak sangka perjalanan dari Shah Alam ke Jerantut hanya memakan masa 3 jam setengah.. kitorg ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan Zuliana, budak ofis ni.. keluar umah kol 10, lalu jalan Subang - Sg Buloh - Batu Caves then terus ke Karak Highway.. ikut exit Temerloh menuju ke Jerantut.. rupanya rumah minah ni 50km je dr Taman Negara Pahang..
Kat Temerloh tu, lalu depan Sek Men Tengku Ampuan Afzan.. rasanya ada kawan aku sekolah situ dulu.. siapa ek?
Kitorg sampai serentak dgn ketibaan kedua mempelai.. kompang dipalu dan pengantin berarak masuk.. dapat laa tgk persembahan silat.. sedang diorg sibuk dgn sesi tepung tawar, kitorg plak sibuk makan.. hehe.. Antara orang ofis yang turut hadir adalah Abang Hashim, Azmi, Nan, Hafiz n Zurisman..
Zati n hubby.. ex-proton

doorgift special utk tetamu dari jauh

rakan ofis

bergambar kenangan bersama pengantin baru
Aku plan untuk singgah di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi on the way back.. unfortunately masa tidak mengizinkan.. tempat tu tutup kol 6.. kalo sampai kol 5 pon, apa laa yang dpt dibuat within 1 hour.. tak berbaloi bayar RM12 untuk entrance fee.. next time laa ek sayang?
Oh ya, aku telah membeli durian Musang King di tepi highway Karak tu (area Kg. Sg. Dua).. harganya RM28 sekilo.. bak kata abang, beli jerlaa, takut kempunan.. entah bila lagi dapat singgah kat tempat tu.. aku pilih buah yang agak kecik.. tu pon dah sekilo lebih beratnya.. amik ko kena bayar RM40..
aku puas ati ke tak dgn Musang King ni? dari segi isinya memang tebal.. biji kecik.. warna kuning.. gas pon power.. makan 4-5 ulas dah muak.. tapi entah kenapa aku rasa something’s missing.. aku tertanya2 adakah peniaga buat sesuatu untuk menjadikan buahnya rasa sebegitu? Contohnya menggunakan bahan kimia ke.. kalau tengok tangkainya, durian tu seakan2 dipetik, bukan gugur dari pokoknya..
takpe.. next time aku beli lagi musang king kat tempat lain n buat comparison..
mizalisyaf
Tak sempat nak update kisah Mizalisyaf ni sbb mama bz buat BOD paper.. now dah lega skit..
Sabtu: relax je kat umah.. patutnya nak balik Rawang tp mak bz dgn aktiviti sambutan Maulidur Rasul.. abang gi servis kete sbb ujung minggu ni kitorg nak berjalan jauh ke Jerantut, Pahang..
Ahad: Kitorg gi Genting Strawberry Farm.. kol 10 gerak dr Shah Alam melalui Guthrie, masuk pekan Rawang dan terus ke Batang Kali.. saje tanak ikut highway Karak.. jalannya takde laa berliku sangat.. lokasi Strawberry farm ni di Gohtong Jaya (half way ke puncak Genting)..
nice water fountain at the main entrance
Yang bestnya tempat ni entrance fee is free.. tak perlu bayar untuk melawat unless nak petik strawberry sendiri.. charge yang dikenakan adalah RM6 untuk 100g.. kira ok laa kan? Last time kat Cameron Highland kitorg tak dpt petik strawberry sbb bukan musim buah strawberry.. so kali ni kitorg dapatlaa menunaikan hajat memetik buah.. eh actually menggunting tangkai buah.. hehe..
maybe suhu di sini tak sesejuk Cameron Highland menyebabkan buah cacat
make sure petik 15 biji sahaja yer!
Kat sini juga ada kebun sayur, kaktus dan bunga.. laluan yang ada memastikan kita akan menyelusuri setiap pelosok taman.. bermula dengan kebun strawberry kemudian melalui Strawberry cafe.. of course laa orang akan singgah untuk menikmati paling tidak satu jenis hidangan strawberry seperti icecream, teh strawberry, strawberry celup coklat, jus, kek dan bermacam-macam lagi..
mahal giler.. strawberry coklat RM7.50 dan air mineral berperisa strawberry RM4.50
Next, kita akan lalu kebun bunga, kaktus dan sayur.. after that, kita akan lalu bangsal membiak cendawan pula.. Aku sempat membeli jem strawberry dan mushroom crisp.. finally kita akan jumpa Cameron street yang mana pelbagai souvenir dari tanah tinggi itu banyak dijual di sini..
Kol 2, kitorg bergerak meninggalkan kawasan Genting.. singgah pula di Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak 6km dr Bandar Batang Kali.. ada 2 kolam, 1 yg sangat panas dan 1 yg kurang sedikit panasnya.. kitorg hanya merendamkan kaki saja kerana cuaca panas terik.. takpe, next time leh gi lagi..
Percutian yang singkat tapi menyeronokkan..