mizalisyaf
Arini MHAH telah membalas sms aku.. dia senyap kerana masalah di sana.. baby admitted to hospital sbb kena jaundice.. Sama2 laa kita berdoa semoga baby cepat sembuh.. Amin
mizalisyaf
Oh aku telah hilang seorang kawankah? terasa hati kah dia? insan yang aku kenal selama ini penuh dgn keselambaan.. takkanlah gurauan aku dianggap serius? Midah.. midah.. apa ko dah buat ni?

Kisahnya begini.. aku sms kawan aku untuk mengucapkan tahniah sempena kelahiran baby baru.. dia menanyakan siapa yg sms sbb hilang contact no since tukar phone.. aku cakap laa takkan dia tak ingat awek kat Lancaster.. balasnya, dia ada ramai awek tp paling dia ingat Midah laa.. aku balas sms itu tapi sampai skrang dia senyap.. aku rasa amat bersalah..

Mari kita kaji ayat selamba aku dalam sms..

1. “Huh playboy btol.. haha” - when I use “haha” or “hehe”, it supposed to be gurauan..
2. “Midah laa ni” – mengiyakan tekaan dia
3. “ko ni asik tukar phone je” – wahhh kaya laa ko asyik bertukar2 phone..
4. “lenkali ko kena tulis dalam kertas laa” – ko tulis laa contact no dlm phonebook so that tak hilang lagi next time..
5. “Bagi laa gambar baby baru” – request untuk tgk kecomelan baby baru dia.. aku takleh nak bukak facebook sbb kena block kat ofis.. kat umah aku takde streamyx.. broadband abang plak dah kena cilok..

So rasanya aku berbahasa kasar sgt ke? Atau sms itu menyebabkan penerima membaca dengan intonasi berlainan daripada yg sepatutnya? Aku poning..

** Kepada sahabatku, aku minta maaf di atas keterlanjuran kata-kata andai ianya telah menyakitkan hati kamu.. sesungguhnya aku rasa amat bersalah.. Maaf sekali lagi..
mizalisyaf
Seronoknya cuti 4 ari.. Sabtu, kitorg gi shopping kat Jusco Seri Kembangan.. beli kasut baru.. kasut lama dah nak tercabut tapaknya.. aku perasan yang setiap kasut aku akan rosak sebelah kanan.. something wrong with my leg or the way i walk maybe?

Ahad kitorg gi kenduri Mida kecik di Rantau Panjang.. kat ofis ni ada 2 org Hamidah.. dulu boleh laa bezakan kami berdua dengan istilah Puan dan Cik.. skang ni takleh lagi laa sbb dia dah kawin.. senang panggil dia Mida kecik sbb dia kecik, kurus keding.. dulu aku kurus juga tapi skang tak lagi.. huhu..

ptg tu balik kampung.. Isnin gi kenduri kat Seremban.. lepas kenduri, gi Jusco Seremban 2 plak.. ramai orang gi shopping sempena cuti raya cina.. gaji dah masuk.. maka mlm tu aku belanja diorg makan satay..

Cuti kali ni terasa cam raya puasa plak sbb adik beradik abang semua balik kampung kecuali Alang kat UK..

** agak bz for Q3 closing..
mizalisyaf
Oh no.. rasa mahu demam.. badan dedar.. hidung tersumbat.. semalam sepanjang hari asyik bersin sampai pening.. balik umah lagi laa terasa tak larat nak buat apa pon.. lena kejap atas sofa.. thanks sayang sebab tolong jaga budak2, masak nasi goreng n goreng ayam.. kol 10, abang kejutkan ajak makan..

Malam tadi isyraf terjaga kol 1.. aku buatkan susu.. kol 3, dia bangun lagi.. siap panjat2 badan aku yang tgh tido.. geram btol aku dibuatnya.. tepuk2 tanak tido.. dodoi pon tanak tido.. merengek tak sudah.. aku gagahkan diri bangun, check diapers.. rupanya ada isi laa.. aiyaa..

Eh burung dia bengkak kemerahan.. kena tungau ke? Camne leh kena tungau plak sedangkan dia pakai diapers.. pelik.. pelik.. tapi tgk dia ok je bila ganti diapers baru.. lena sampai pagi.. so aku assume ok laa.. nanti tgk ptg kang camne.. bila search kat internet, katanya takde ubat untuk tungau.. doctor hanya bagi paracetamol n ubat gatal.. satu petua aku jumpa, sapu vicks vaporub.. we’ll see how!

Ni baru makan paracetamol n clarinase.. hopefully tak ngantuk kat ofis ni. Huhu.. gi klinik pon buat penat je sbb doctor bagi ubat yang sama.. kan best kalo leh tido all day long..
mizalisyaf
Pagi tadi Hot fm hebat membincangkan topic wanita tak reti drive kete manual berbanding lelaki.. pendapat aku laa kan, wanita pandai drive kete manual cuma ramai yang gelabah dan kelam kabut.. kalau tak pandai, macam mana wanita boleh lulus ujian memandu? Dari dulu kita belajar menggunakan kete manual.. Skang je baru nak diadakan ujian menggunakan kete auto..

Aku sendiri sejak dapat lesen, bawak kete manual gi keje.. sejak kawin, dah tak drive pun.. bila bawak kete semula, mula2 tu blank.. sama laa jugak cam kebanyakan wanita di luar sana.. dapat lesen je, dia terus drive kete auto.. bila disuruh drive manually, for sure laa dia gelabah.. human afraid of doing something they are not used to..

Ala.. kalau nak cerita pasal perbezaan lelaki ke perempuan, sampai kiamat pon tak sudah..
mizalisyaf
Semalam kitorg telah gi KIKO warehouse clearance sale kat Bandar Puteri, Puchong.. sampai around kol 3.. tak ramai orang pon.. tak macam sale Anakku or Pureen.. pelik sungguh.. bila masuk, tgk2 sale barangan KIKO for kids, not Baby KIKO.. musnah harapanku..

Pastu kitorg gi survey mana lokasi kedai Premier Glaze.. aku beli discount coupon from Milkadeal pada bulan August lepas untuk polish n wax (3 layer).. valid until 21 Feb 2012.. dah jumpa kedai tu, abang gi tanya pasal nak buat appointment.. rupanya dah tukar pemilik daa.. nasib baik bila tgk website milkadeal td, dia update contact person n phone no.. kiranya kupon yg dibeli tu masih boleh redeem.. lega..

Sempena hari gaji abangku sayang semalam, kitorg makan mewah skit laa.. pizza hut.. order pan pizza super supreme dan add on garlic stick.. isyraf makan dgn berselera.. tak lama lagi, sama berat dgn kakaknya kot..

**debaran seminggu lagi.. apa dia? Tunggu...
mizalisyaf
officially kitorg telah berpindah semula ke ofis.. serba baru.. kerusi baru, meja baru, partition baru.. siap ada pokok hiasan lagi..

my desk before pindah

my new desk.. partition warna kuning you! Eh perasan tak beg kecik warna biru? tu isi botol air bekalan gi keje

keadaan ofis yang masih kelam kabut

managers' cubicles tepi dinding sana

Ofis dah cantik.. mood keje bagaimana pula yer?
mizalisyaf
Minggu lepas aku berkesempatan gi karnival komuniti 1 Malaysia di Bukit Sentosa.. ramai juga yang hadir pada hari terakhir karnival ni.. meriah..

Dam gergasi.. menarik gak.. boleh tiru idea ni untuk sukaneka

ramai pengunjung membanjiri tapak karnival

artis baru mana ntah.. aku tak kenal sorang pon..

pemeriksaan kesihatan percuma

stop beli kerepek kat gerai jualan

servis melukis potret pon ada

aku suka gi tempat-tempat camni untuk cuci mata.. bukan cuci mata tgk orang pakai baju seksi, tapi tgk barang jualan yang pelbagai.. lagi best kalau time poket tgh penuh.. hehe
mizalisyaf
Office renovation hampir siap.. dengar cerita esok leh angkut barang naik ofis.. dan ptg esok, InsyaAllah akan diadakan doa selamat untuk masuk ofis baru.. ni untuk mengelakkan gangguan makhluk halus yg banyak berkeliaran di ofis tu..

Menurut cerita orang, pekerja2 kontrak kat ofis tu telah diganggu terutamanya waktu malam.. ada yang disapa.. ada yang nampak hantu tak berkepala.. ada yang dengar bunyi ketuk2 tapi bila dicheck, takde orang pulak.. ada yang nampak budak2 berlari.. ada yang ditanya “tempat saya kat mana, bang?” Makhluk halus ni kan memang wujud..

Aku berdoa agar tak diganggu laa.. minta dijauhkan.. semoga new ambience akan membawa perubahan positif terhadap mutu kerja kita..

** Aku ada snap 2 kpg gambar ofis yang sedang direnovate semalam.. unfortunately gambar tu takde dlm hp aku ni.. something wrong somewhere?
mizalisyaf
Perasan tak ada benda baru kat blog aku ni? aku telah menempek Ginger Breadman family, glitter text dan juga wedding anniversary ticker.. saje nak menceriakan suasana..

Aritu terjumpa doodle cute kat blog orang.. teringin juga nak buat doodle sendiri.. tapi aku takde photoshop.. tambahan pula aku keras tangan bab melukis ni.. huhu.. orang kata siapa yang kidal tu berseni.. tapi aku tak minat seni lukis.. seni lain boleh laa skit2..

Nanti nak ceriakan lagi blog ni.. apa ek?
mizalisyaf
Soalan:
SAYA baru saja memulakan kerjaya sebaik menganggur lebih daripada setahun. Saya akui saya kekok, lebih-lebih lagi saya tidak pernah berurusan dengan orang luar selain ahli keluarga. Saya kadangkala terdesak untuk melobi supaya rakan sekerja menyukai saya.

Disebabkan bimbang dan takut tidak digemari rakan sekerja, saya mengiyakan apa juga permintaan mereka seperti keluar minum sehingga jam empat pagi. Meskipun penat, saya turutkan juga kerana ingin menjaga hati mereka.

Apabila saya meminta kebenaran pulang awal, mereka mengutuk saya seolah-olah kera sumbang kerana tidak pandai bersosial. Kadangkala saya terlena di pejabat akibat mengikut rentak kehidupan mereka yang ‘memenatkan’ dan sering keluar bergembira sehingga awal pagi.

Saya pernah menolak permintaan mereka, akhirnya mereka memulaukan saya dan langsung tidak menegur ketika di pejabat.
Saya menjadi serba salah sama ada untuk terus bekerja di sini atau berhenti kerja kerana tidak mampu mengikut rentak rakan lagi.

Jawapan:

Sosial psikologi pernah mengeluarkan satu teori mengenai penerimaan individu dalam satu kumpulan atau komuniti contohnya, rakan sekerja saudara memerlukan saudara mengikut gaya hidup mereka yang gemar berhibur.

Tidak hairan, dengan gaya hidup dan personaliti saudara berbeza menyebabkan mereka menyisihkan saudara. Saudara kerap mengelak untuk menyertai mereka bersosial hingga ke pagi menyebabkan mereka tidak senang dengan sikap saudara.

Justeru, mereka melabelkan saudara kera sumbang dan tidak sepadan untuk dijadikan rakan. Lalu mereka memulaukan saudara hanya kerana saudara tidak mahu menyertai mereka berhibur sehingga pagi.

Layanan rakan saudara dingin sebagai hukuman gagal memenuhi kemahuan mereka membuatkan saudara tertekan. Akhirnya saudara tidak berasa puas dengan kerja baru saudara.

Terus terang Dang Setia katakan, tindakan mereka memulaukan saudara lebih baik daripada menerima saudara. Kelak Dang Setia bimbang mereka bakal mengheret saudara ke arah cara hidup negatif.

Gemar bersosial hingga ke pagi sehingga menjejaskan kualiti kerja serta kesihatan sendiri sudah jelas tidak begitu baik kesannya terhadap saudara.

Tiada gunanya membabitkan diri dalam perkara memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.

Lebih molek saudara menumpukan perhatian terhadap kerjaya berbanding memikirkan cara untuk bergaul mesra dengan rakan.

Terus melayani kemahuan mereka tidak semestinya menjamin prestasi kerja mengagumkan. Malah dikhuatiri ia menjejaskan pencapaian saudara.

Kekalkan sikap optimis dan banyakkan bersabar dalam menangani masalah rakan sekerja. Serlahkan personaliti lebih positif dan ceria supaya saudara punya pesona sendiri dalam memperoleh rakan yang baik.
mizalisyaf
mizalisyaf
4 Jan merupakan hari pertama persekolahan.. Syarikat menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.. disebabkan anak belum bersekolah lagi, kami mengambil kesempatan jalan2 di I-City.. Aku beli kupon dari Groupon dengan harga diskaun untuk masuk Snowalk dan juga outdoor rides..

Masuk je terus terasa sejuk ke tulang


Ayah dan Alya di rumah ais


Mama dan Isyraf dengan snowman


Alya naik gajah comel


Kamera berkabus... huhu


Kuda Laut di taman


2 tier carousel


Ferris Wheel.. cantik kan?
mizalisyaf
1 Jan 2012 - sambutan 5th birthday Ana Humayra di Titiwangsa..

Ana - Si Bday girl


Mama, Alya, Isyraf n Nenek


dah besar kan anak Midah dan Aizal? cepat sungguh masa berlalu..
Daisypath Anniversary tickers