Mulai Januari 1989, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan imunisasi Hepatitis B untuk semua bayi yang baru lahir.
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B.
Mengapa ia merbahaya?
Hepatitis B merbahaya kerana setengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitannya.
0rang-orang seperti ini dipanggil pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakan hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.
Pembawa Hepatitis B juga mengacam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.
Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap Hepatitis B. Bayi-bayi yang dijangkiti melalui ibu mereka akan menjadi pembawa seumur hidup dan menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati.
0leh itu, mereka perlu diberikan imunisasi Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan sampingan. Imunisasi Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut:
Dos Umur :
Dos Pertama Pada Hari Kelahiran
Dos Kedua Apabila Berumur Satu Bulan
Dos Ketiga Apabila Berumur Lima Bulan