Alhamdulillah.. selesai vaksin dos pertama..
Sebenarnya daftar di MySejahtera sejak Mac 2021 lagi tapi nama tak naik-naik.. masa pendaftaran vaksin Astra Zeneca (AZ) dibuka kali pertama, aku tak mohon sebab masih ragu-ragu dan risau.. Makin hari, makin banyak kes Covid-19.. muncul perasaan risau dijangkiti pula.. baru rasa berani nak ambil vaksin.. tapi ntah bila pula akan dapat appointment..
Masa pendaftaran AZ kali kedua, aku terlewat sejam.. dah fully booked.. nak dijadikan cerita, pada 8 Julai 2021 orang ofis tanya sama ada aku nak daftar program vaksin anjuran DBKL di Bukit Jalil.. kawannya boleh tolong masukkan nama.. pucuk dicita, ulam mendatang.. aku setuju je.. 14 Julai dapat notifikasi MySejahtera untuk makluman tarikh appointment dos pertama iaitu pada 16 Julai 2021..
Masa dapat notifikasi, baru aku tau program vaksin tu untuk penduduk PPR Bukit Jalil.. Aku rasa berbelah bagi nak pergi atau tak.. seolah-olah aku ambil hak orang lain pula.. setelah dapatkan pandangan dari kawan-kawan, aku buat keputusan untuk pergi.. sudah tentulah program ini akan mengutamakan penduduk PPR terlebih dulu sebelum nama aku terpilih..
Kol 7.50 pagi tadi, aku bergerak keluar rumah.. singgah sebentar isi minyak dan sampai di PPR Bukit Jalil Blok E pukul 8.20 pagi.. berpusing-pusing cari parking.. tau sajalah parking di PPR memang sentiasa penuh dan berlapis-lapis.. yang peliknya, tak nampak pula PPV tu.. setelah penat berjalan sana sini, aku call pegawai DBKL yang in charge.. rupanya pusat komuniti berada di tempat lain, bukan di kawasan blok perumahan..
9.05 pagi, aku tiba di pusat komuniti dan bertemu dengan pegawai DBKL tersebut.. scan Mysejahtera dan terus mendaftar.. aku diberikan borang untuk diisi dan tunggu seketika.. selesai borang disemak dan dicop oleh petugas, pergi pula ke tempat menunggu kedua.. tak lama lepas tu, sesi pendaftaran berkomputer pula.. kena scan QR Code menandakan kita hadir untuk divaksin.. kemudian, scan QR code untuk merekodkan bilik pemberian vaksin..
Dalam satu cubical ada 2 orang petugas.. seorang petugas tu menerangkan tentang vaksin sinovac yang akan disuntik sebanyak 0.5ml.. tak rasa sakit sangat pon dicucuk.. sekejap saja, pukul 9.36 pagi dah selesai.. lepas tu pergi pula ke tempat menunggu terakhir untuk diberikan tarikh appointment seterusnya.. Appointment dos kedua adalah 3 minggu lagi pada waktu dan tempat yang sama.. semuanya selesai pukul 9.50 pagi di mana aku sempat bergambar kenang-kenangan "saya dah divaksin"
10.30 pagi dah tiba di rumah.. rasa lenguh di tempat yang dicucuk saja.. malam tu aku rasa sakit kepala.. tapi lepas makan pain killer, dah ok.. Alhamdulillah dah 3 hari berlalu, aku sihat-sihat saja..